Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 September 2012

Tangan Yang Mengapai.

Apa motif ibu tayang tangan 4F nie?????
Ni ha, masing-masing dapat hadiah jam dari ayah..
Biasa macam tulah ayah bagi motivasi untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan awam.
Yang ambil peperiksaan Angah(SPM) dan Naurah(UPSR) tetapi
3F yang lain akan dapat tempias jugak.......
Yang bestnya ayah akan bawa 5F dan
bagi kebebasan mereka memilih sendiri jam idaman hati.
Maklumlah, ayah ni peminat tegar jam dan sanggup berhabis demi untuk menambah koleksinya........
Along, Angah dan Naurah pilih jenama Cassio ,
Beby pilih Roscani dan Farouk peminat G-Shock..

 Ini kepunyaan Beby Najdah....

Dan ibu hadiahkan kakak Naurah pen-drive 4GB ni sempena dia dapat 
5A dalam trial UPSR hari tu.
Bila beli untuk Kakak Naurah, si Farouk pun nak jugak.
Alahai...kalau anak ramai macam ni la.......

4 September 2012

Pereka Fesyen Tak Bertauliah.

Pereka fesyen la sangat...cit!!!!
Ibu ni terkadang ada masa datang mood yang terlebih rajin.
Masa sedang berangan pun ibu boleh datang idea secara mendadak.
Masa tu jugak ibu akan capai kain, gunting dan bahan-bahan jahitan.
Kalau dah datang penyakit M, minta maaf jelah ye.
Ibu sanggup perapkan kain-kain tu berbulan-bulan malah bertahun-tahun......

Ni nak cerita fesyen rekaan ibu yang entah apa-apa.
Rekaan pertama untuk raya.
Mangsanya sudah tentulah Naurah sebab dia puteri bongsu.
3F dah tak layan baju-baju pelik ciptaan ibu yang entah apa-apa.....hahaha....
Kain tu jenis lace yang dihadiahkan oleh seorang rakan ibu 2 tahun lepas.
Bayangkan kain yang mahal tu ibu perap sebab tak ada idea nak buat baju.
Tak kan nak jahit baju ibu.
Tak sesuai sebab kain tu lebih sesuai untuk majlis persandingan....hehehe....
Maka terciptalah baju gaun labuh untuk Naurah......

ciptaan ke 2 hasil sentuhan tangan ibu yang tidak ada asas mereka cipta nie.
Ibu pun tak tau nak katagori maxi or gaun labuh.
Main hentam semacam je.
Kain bahagian atas tu dibeli di Vietnam dan dicantum dengan kain satin dari Singapore.
Sejak jahit baju ni angah tak habis-habis mengkritik tentang baju nie.
Katanya, kain tak cantik la, nampak macam kain buruk la, sakit mata la...
Aduyai........Sabar jelah.......

Ibu tambah sedikit bunga-bunga kecil dibahagian lengan dan cantuman kain bahagian bawah.

 Dan model ibu ni dah pakai untuk majlis open house anak-anak perantau semasa malam raya ke 3.
Tak kisahlah angah nak kutuk apa, yang penting model ibu suka dan rakan-rakan
dia tak habis-habis memuji kecomelan baju tu....
Maka terperasan la si cikgu ni bila rakan-rakan Naurah merangkap anak-anak murid memuji cikgunya.
"Pandailah Cikgu Z jahit baju...CANTIK!!!!!."...entah ikhlas ke tidak tu....hahaha.....

 Terselit gambar si pereka fesyen yang entah apa-apa tu.
Ada cerita disebalik gambar model yang tak pandai senyum tu.
Maklumlah masa ni baru balik sekolah...
Juru gambarnya si Farouk tu....
Baju ibu tu diperbuat daripada sebahagian kain baju Naurah  dan 
untuk kainnya adalah batik Sarawak hadiah daripada
kanda tersayang  Ummiross .
Kebetulan maching pula kain batik Sarawak yang ummi hadiahkan tu dengan kain dari Vietnam tu.
Ibu sanggup menjelajah ke beberapa buah kedai tudung untuk dapatkan
warna yang sama.
Akhirnya pencarian ibu berakhir di Melaka.........
Baru semalam  ibu sempat melaram dengan baju raya nie.
Mood raya masih mekar suburkan.......

TQSM Ummiross...Sayang Ummi ketat2....Muah100X.

Ada ibu buat n3 tentang hadiah dari ummi tapi masa tu ummi dah selamat
sampai ke Tanah Suci Mekah. Klik SINI ...


dibahagian bawah baju tertanam bunga-bunga kembang semanguk + bermangkuk2......
Sekadar menambah seri pada baju tu.

p/s:
Minggu yang sibuk.
Malam esok dan lusa ibu terpaksa  ke sekolah untuk hadiri
program kecemerlangan UPSR.......
Ayah dan farouk pula tak habis2 bermarhaban raya setiap malam.......


2 September 2012

Pulangkan.....

Macam tajuk lagu la pulak kan.
Hari ni kami akan bergerak ke Melaka untuk hantar along pulang semula ke matrik.
Along balik sejak hari Jumaat lagi untuk beraya di sini.
Maklumlah semasa cuti raya hari tu along terus balik ke Kelantan dengan bas kolej.

 Posing sebelum pergi open house rumah kawan ayah.
Kat Johor sambutan hari raya masih meriah.
Rumah ibu tak putus-putus menerima tetamu siang dan malam.
Duit raya terpaksa ditambah stoknya walaupun sebelum raya ibu dah tukar sebanyak 1K+.

Itu belum lagi jemputan untuk open house, marhaban dan kenduri kawin.
Macam mana badan nak manitain kalau macam nie.
Sehari 2-3 buah rumah.
Niat  hati tak nak makan tetapi setiap rumah dihidangkan dengan menu berbeza, 
mana boleh tahankan......huhuhu....

Kekenyangan selepas selesai mengisi perut di 2 buah rumah rakan ayah.
Mengintai goodie yang mereka dapat.
Hanya mereka bertiga yang ikut kerana angah dan beby ada program
tersendiri dengan rakan-rakan.

Yang paling ibu terharu dan sedih bila tengok along makan.
Kesian sungguh tengokkan.
Macam orang tak pernah jumpa makanan berminggu-minggu.
Katanya makanan kat cafe kolej tak menepati selera dia.....
Masa balik rumah la dia nak makan puas-puas.
Alahai.......

Update status terkini nie...
Gambar ni disnap bbrapa jam tadi di depan bilik along kt kolej.
Baru beberapa jam berpisah, dada ibu dah sarat dengan rindu....hukhukhuk....

p/s:
Hari ni ada lagi jemputan di 2-3 buah rumah......
Selamat membina badan....huhuhu..

About me