Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Mac 2012

Edisi Makan-makan.

Ni cerita pergi makan-makan semasa aktiviti berfoya-foya kat Melaka.
Sebenarnya kami anak-beranak jarang makan kat restaurant kecuali fast-food.
Hari tu kami nak menuju ke McD tiba-tiba lalu kat depan restaurant ni.
Nampak macam menyelerakan.
So singgahlah.

Kalau masuk ke fast-food, ibu tak akan dengar sebarang komen dari anak-anak.
maklumlah mereka ni peminat tegar fast-food.
Sedap ke tak sedap ke, di tekak mereka ok je......
Tapi bila masuk restaurant akan dengarlah macam-macam komen.
Tak sedap la, ibu masak lagi best la, banyak sangat la...bla..bla..bla...
Hish!!! anak-anak ibu.....
Macam la ibu ni teror sangat masak.....
Malas ibu nak bawa mereka ni pergi makan........
Makan kat restaurant dapur ibu lagi bagus........he....

 Jemput makan......

Along dengan air feveret dia, teh 'o' ais limau.....
Along ni bukan jenis yang cerewet..
Makan apa je yang ada depan mata.
(Rindu along...hu.hu.hu...)

 Angah ni kalau makan ciput je.
Geram ibu tengok kalau dia makan...
Kais2 macam mencari sesuatu dalam nasi tu....
Patut la badan angah sekeping je......

 Farouk makan ikut mood.
Kalau datang "hari makan sedunia" memang licin.
kalau datang angin tak ada selera, dia akan makan lauk je.....

 Bawa budak sorang ni memang senang.
Tak banyak songeh.
Makan penuh keayuan dan jarang mengecewakan....
Sedap ke, tak sedap ke...no komen...diam je....

Sharing is caring....
Order air asam boi tapi macam minum air gula...
Manis sangat2......
Terpaksa beli air mineral tambah dalam gelas tu......

p/s :
Mulai pagi ni ibu kembali ke sekolah setelah 3 hari berehat kat rumah.
Jom ramai-ramai ke sekolah......

13 Mac 2012

Rindu Kamu!!!!

Malam tadi Along pula meninggalkan ibu.
Along balik ke Kelantan beberapa hari.
Sebagai wakil ibu, along ziarah tok mama dan tok ayah di Kelantan.
Katanya rindu atok sangat-sangat....
Rindukan Wan Sara Auni,
Rindukan Sutie sekeluarga.
Lagi pun masa cuti ni ummi sekeluarga pun ada di kampung.
Maklumlah, Along adalah cucu sulung dan merupakan kesayangan semua.

 Balik rumah tiba-tiba rasa sunyi sangat.
Biasanya setiap kali balik rumah dari outing akan terdengar 
suara si along menyuruh si adiknya Farouk solat.

Sejak tamat SPM Alonglah jadi driver untuk adik-adik,
Along juga jadi tukang kemas rumah,
Along juga tukang basuh baju dan lipat kain baju yang mengunung,
Along juga sebagai guru tuisyen kepada Farouk,
dan sesekali along tolong memasak jika ibu tak sempat (alasan ibu tu sebenarnya...he..)

Jawabnya sepanjang ketiadaan Along, ibu terpaksa
mengambil alih semula tugas-tugas rutin ibu tu.....hu.hu.hu...
Cepat balik ye Along......!!!!!!

Sebelum bertolak macam-macam along pesan pada adik-adik.
*tolong ibu kemas rumah ye. Sebab Along tahu adik2 dia ni tukang sepah.
*tolong ibu buat kerja rumah.
*suruh Farouk buat latihan.
*suruh angah tengok-tengokkan ibu.
*minta tolong angah jemput Naurah dari tuisyen di sekolah.
Macam mak nenek pulak ibu tengok.
Tapi hati rasa gembira melihat sikap tanggungjawab along pada
keluarga mula terserlah.
Dan syukur, adik-adik patuh pada pesanan along......

Sebelum Along bertolak ke Kelantan,
kami pekena yong tau foo kat Perhentian Bentayan...
Ni kes baca n3 mamaijat la tiba-tiba teringin nak makan....he...
Yong Tau Foo kat situ boleh tahan sedap....

Along, Angah dan Naurah tak nak makan.
Naurah cuma minum air jagung.
Air jagung pun sedap,lemak berkrim.
Siap ada isi jagung lagi...

Along sekadar tengok adik-adik makan.
Si Farouk macam orang kebulur lak ibu tengok.
Memang ibu lupa nak bagi dia makan nasi...he.he.he......

Lepas makan Yong tau foo, Farouk pekena otak-otak Muar pula..
Alahai kesian anak ibu nie....
Mentang-mentang la ayah tak ada, lupa terus ibu nak pelawa dia makan nasi....ngee....


Menu Hari ini-Keli Masak Lemak Bertumis.

Pagi-pagi teringin nak makan ikan sardin.
So pagi-pagi dah siap masak.
Tiba2 pula nak makan ikan keli masak lemak...
Waduh, kerajinan melanda tetapi kedua-dua lauk tu
langsung tak maching untuk dimakan bersama.
Tetapi bila dah teringin masak jelah.

Lagipun stok lauk dalam peti ais tu banyak sangat2.
Ada ke patut sebelum terbang ke China, ayah beli
6 ekor ayam + 2 kg ikan keli + 2 kg ikan kembung + 1 kg ikan siakap +
lauk-lauk sampingan.
Alahai ayah macam nak pergi sebulan.....
Tapi ayah dah tau perangai ibu....tak suka ke pasar.....

Meh tengok resepi ibu:

Ikan keli dikelar + digaul bersama garam dan kunyit.
Kemudian digoreng.......

Bahan A
2 batang serai dihiris nipis2..
1 biji bawang besar/merah dimayang
2 biji cili besar dihiris (kalau nak pedas masukkan cili padi)
1 ulas bawang putih dihiris.
Kunyit hidup (ibu guna serbuk kunyit je)

Bahan B
4 helai daun limau purut.
Santan.
Garam dan gula secukup rasa.
Asam keping.
Minyak untuk menumis.

Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga naik bau.
Masukkan bahan B.
Masukkan ikan.
Pastikan kuahnya pekat.

Siap untuk dimakan.......

About me