Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Mac 2012

Kepenatan Terubat.

Kisah dah basi sebenarnya ni.
Tetapi nak buat n3 juga.
Sebagai motivasi untuk diri sendiri.

Pagi Rabu lepas,
sewaktu sampai ke sekolah ibu terpandang 3 keping sijil atas meja.
2 Sijil Penghargaan dan 1 Sijil untuk Naurah.
Hari berbunga riang.
Tidak disangka-sangka PSS sekolah ibu berjaya merangkul gelaran 
Naib Johan Peringkat Daerah.
Mengalahkan ratusan buah PSS Daerah.
Terubat segala kepenatan ibu.
Sekurang-kurangnya jadi penawar ke"stress"an ibu saat ini.
Masih terbayang-bayang saat ibu diserang oleh PTP/Pemantau.
Diasak dengan macam-macam soalan.
Kisah lanjut klik n3 " FUh!!!Berpeluh Hingga ke Kaki"...

Sijil Penghargaan ke 2 diterima dari BTP Johor setelah salah
seorang pelajar SKPK Farah Naurah
merangkul gelaran Tokoh NILAM Daerah dan layak ke peringkat negeri.
Pihak sekolah juga menerima penghargaan di atas kejayaan Naurah.
Terima kasih dan Tahniah  kakak Naurah kerana mengharumkan nama sekolah kita....

 Juga Sijil Penghargaan empunya diri Farah Naurah.
Ibu agak terkilan kerana nama Ayah jadi Mohamad....hu.hu.hu....

Dan hari ini Naurah diraikan oleh pihak sekolah.
Sijil disampaikan di tapak perhimpunan.
Kata-kata semangat diberi oleh cikgu-cikgu.
Menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.....


Ada orang Belanja.....

Petang semalam ada orang belanja ibu cheezy wedges......


sebab dia dah dapat lesen.......
Angah dah dapat lesen motor dan tahun depan 
baru angah cukup umur untuk ambil lesen memandu pula....
Ayah jangan lupa kumpul duit untuk angah ambil lesen kereta pulak ye........

4 Mac 2012

Serbu Book Centre

Aktiviti rutin awal tahun.
Serbu kedai buku untuk memborong buku-buku PSS.
Kalau nak senang kerja  ibu sebenarnya tak perlu bersusah payah ke kedai buku.
Cukuplah menanti kehadiran pembekal di sekolah.
Tetapi  ibu tidak sanggup untuk mengambil saja buku-buku yang dibawa.

Dengan harga 60% lebih mahal dari kedai buku.
Terkadang 3X ganda dari harga sebenar.
Bayangkan 1 buah buku dikedai berharga RM5.00 tetapi
pihak sekolah perlu membayar RM13.50 sebuah.
Tidakkah itu membazir......
Ibu tak salahkan pembekal kerana mereka cuma dapat komisyen je.

Terkadang buku tidak menepati citarasa murid.
Bila difikirkan, kita membazir ribuan ringgit tetapi tidak mampu menarik
minat murid mmembaca.
Biarlah ibu berkorban sedikit masa, tenaga dan wang ringgit....
Asalkan ianya berbaloi dan dapat mengembirakan orang lain.....

 Naurahlah pembantu setia memilih buku-buku untuk PSS kerana dia lebih tahu citarasa rakan sebaya.
Hasil tangkapan Naurah dapat dalam 2 bakul penuh.
Semua sekali dalam RM 1,555.

 Farouk bukan tolong pilih buku tetapi dia pula leka membaca buku-buku di situ.
Dah macam rumah sendiri lak dibuatnya....

 "Driver" ibu, Along. Hari tu kami pergi berempat je.
Yang lain ada urusan tersendiri....

Anak-anak ibu kalau dah bawa ke sini memang tak hinggat nak balik...Leka sungguh...

Tiba-tiba menyepi.
Rupanya Farouk sedang leka disebalik timbunan buku-buku......

 Singgah shopping baju.
Dah lama tak beli baju anak-anak.


 Dapat upah aiskrim.
Niat hati nak singgah KR kat Giant.
Rupanya dah tak beroperasi....

 "Driver" yang setia tetapi agak ganas memandu....

 Buku yang sempat along beli.
Peminat setia penulis Sherlock Holmes along nie.
Semua tu dalam RM160.
Along beli dari hasil titik peluh dia menjual ais krim.....
Terharu pulak ibu..
Tapi itu salah satu proses pembelajaran untuk along jugak.....

Hari itu juga ibu kena saman.
Kesilapan mengores kupon parking.
Kesilapannya goresan  masa tu terkeluar sedikit dari garisan.
Adakah itu satu kesalahan??????????
Terus ibu ke Majlis bandaran untuk tunjukkan bukti.
Mereka akuai kesilapan pihak mereka tetapi saman tidak boleh ditarik balik
kecuali ibu perlu berurusan dengan pihak atasan.
Menurut mereka akan mmemakan masa.
Malas ibu nak layan.
Bayar jelah setelah berbincang mereka cuma kenakan RM10 je.
Tetapi ibu geram juga kerana menyusahkan orang ramai.
Beginikah caranya mereka nak mengumpul dana??????

About me