Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Februari 2012

Kesian Dia....

Rumah ibu memang sentiasa sunyi walaupun ramai penghuni.
Maklumlah, 3 Farah sudah besar.
Masing-masing buat hal sendiri.
Tinggallah Naurah dan Farouk.
Sesekali si kakak suka juga menyakat Farouk.
Mungkin mereka terasa rumah kami sunyi........

 Inilah "pot" Farouk lepak.
Dalam bilik dia.
Yang terkadang kemas dan terkadang macam tongkang pecah.....
Main sendirian tanpa teman......kesian dia.

 Terkadang ibu kesian tengok Farouk.
Ayah yang sentiasa sibuk ke sana sini.
Tinggallah farouk dikelilingi kaum wanita di rumah kami.
Kami tidak memahami naluri seorang lelaki......

 Menyusun "hot wheels" yang menjadi koleksinya.
Dan ayah yang jadi pembakar semangat untuk menambah koleksi-koleksi farouk.
Setiap kali outing atau bermesyuarat, inilah buah tangan ayah untuk buah hati kesayangannya.
Semalam ayah outstation lagi.
Farouk tidak sabar menanti buah tangan dari ayah.
Dan ini menyebabkan 4 farah jeles yang teramat....

 Tak jenu-jemu Farouk membelek-belek koleksinya tu.
Dan bila ibu mengintai dari celah pintu, timbul  pula rasa kesian.
Bertapa sunyinya hidup Farouk tanpa seorang kawan bernama lelaki.......

p/s:
Terima kasih semua kerana tak putus-putus mendoakan
Baby Qaisara Balqis....
Setiap kali menyebut nama itu, pasti airmata ibu tumpah.
Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik untuk Baby Qaisara.
Semoga Qaisara sihat seperti bayi kecil yang lain.
Dan berikan ketabahan dan kekuatan pada mama Qaisara.
Semoga dia mampu bertahan menerima ujian dariMu  Ya Allah.
Amin..amin...amin....

14 Februari 2012

Cepatlah Sembuh Wahai Sayangku Qaisara Balqis

Berita terkini tentang Qaisara Balqis.
Bagi yang telah mengikuti kisah si kecil Qaisara, 
Qaisara telah discharge dari ICU semalam.
Klik sini dan sini .
Selama 10 hari Qaisara bertarung melawan kesakitan di ICU diusia 10 hari sehingga semalam
usia Qaisara masuk 20 hari.
Walaupun telah discharge dari ICU
tetapi keadaan Qaisara masih belum pulih sepenuhnya.
Kahak masih keluar membuak-buak.
Badannya semakin susut dan lemah.
Qaisara lemah tidak bermaya.....

Hati ibu bertambah sedih bila mama Qaisara seolah-olah
berputus asa dan dalam keadaan tertekan melihat Qaisara.
Semasa menaip n3 ini, airmata ibu tidak putus2 mengalir.
Terasa pedih dan peritnya hati ini.
Hanya Allah yang tahu perasaan ini.
Ibu tidak mampu melawan kesedihan ini.
Mohon kawan-kawan terus berdoa untuk Qaisara.
Be strong my dear sis n Qaisara.
Doa sentiasa mengiringi kalian berdua...

"Ya Allah, aku mohon padaMu....selamatkan dan lindungilah
Baby Qaisara dari kesakitan dan penderitaan...""Berikanlah kami kekuatan untuk lalui segala ujian dariMu Ya Allah"....amin


Ibu terlalu menyayangimu sayang.....

Good Luck Naurah.

Hari ini Farah Naurah mewakili Zon ke 
Pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah.
Seawal pagi dia telah bertolak ke PKG.

Persaingan kali ini lebih sengit memandangkan
semua calon yang bertanding telah terpilih mewakili Zon masing-masing.
Selain temuduga dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
ada juga Forum, Persembahan  dan pelbagai. katagori lagi.

Ibu harap Naurah dapat lakukan yang terbaik.
Bukan kemenangan yang diharapkan tetapi pengalaman berharga
yang dikutip dari pertandingan yang disertai untuk membina
keyakinan diri.......

Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Along
kerana banyak membantu Naurah dalam memantapkan Naurah
dalam aktiviti berforum dan bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum berangkat ke PKG.
Gambar blur la pulak...hu.hu.hu....

Good Luck Kakak...
Ibu sentiasa mendoakn yang terbaik untuk anak ibu....

About me