Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Disember 2011

Hadiah Untuk Naurah...

Rasanya inilah kali pertama ibu bagi hadiah yang special untuk Naurah
sempena dia dapat Tempat Pertama dan 4 subjek terbaik Keseluruhan Tahun 5.
Klik sini.
Dasyatkan ibu...hi.hi.hi...
Sebelum ini ibu pernah bagi hadiah yang sangat-sangat kelakar
dan tak masuk akal..
Dan rasanya tak pernah dibuat orang.
Hadiah PINTU TANDAS untuk Naurah.
Time tu muka Naurah macam blur sekejap.......
kalau nak tahu cerita klik sini....

Bukan apa, biasanya Ayahlah yang selalu beri hadiah
berupa wang jika anak-anak cemerlang..
Bukan sedikit, tapi lumayan yang terkadang buat
ibu tersentap dan jeles.
Kira sharelah tu.
Duit Ayah duit ibu juga kan..kan..kan   .Sharing is caring.
Tak gitu Ayah.......ha.ha.ha.....

Sebab tu bila anak-anak dapat result yang
cemerlang, ibu buat tak kisah.
Yang pasti ada habuan lumayan dari si Ayah....

 Kali pertama dapat hadiah dari ibu yang macam si bakhil nie
(boleh claim ke ayah?????)....ha.ha.ha....
Sengeh sampai ke telinga Naurah ni.
Gembira sangat2.
Bukan senang tau nak dapat hadiah dari ibu nie....
Tak putus-putus ucap terima kasih...
Sampai naik bosan ibu mendengarnya...
Ok dah...dah....dah.

 Semua sekali tak sampai RM100 pun.
Siap dengan pam, aksesori dan 3 ekor ikan koi....

 Dalam Kakak Naurah bergembira dapat hadiah dari ibu, 
ada seorang kanak-kanak merana dan bersedih...
Syahdu + cemburu + sedih + kecewa.....
Ada ke patut dapat no 10 nak minta hadiah.
Farouk: Faroukkan dapat no 10 periksa  hari tu.
Farouk nak hadiah jugak macam kakak....
Ibu : No 10 nak hadiah?????? ooooo..Tidak!!!
Kakak selalu dapat no 1 pun tak pernah minta hadiah!!!!!
Farouk : alah, ibu nie.......Farouk pun pandai juga cuma
belakang 1 tu cikgu tambah 0 je....
Satu la jugak tu....
Ibu : yelah tu.....auta je lebih.....

 Dalam tangis memujuk kakaknya.
Farouk : Kakak, nanti kita kongsi ek!!!!
Naurah : yela...yelah, Farouk jadi" tukang jaga" ikan.
Ha.ha.ha....tak tahan ibu dengar tugas baru farouk tu.....

Dan akhirnya terpaksa akur.
Jadi "tukang jaga" ikan.
Duduklah dia diam-diam memerhati si ikan berenang-renang 
di dalam akuarium kakak Naurah itu.
Di hati terselit rasa sedih + kecewa  kerana hajat tak tercapai......

Mereka Tetap Permata di hati Ibu!!!!!

Semasa mesyuarat minggu lepas,
ibu volunteer mengambil kelas 5B untuk tuisyen Matematik.
Ibu pun tak tahu kenapa hati ibu selalu terpanggil untuk
mendekati anak-anak murid sebegini.
Walaupun mereka tidak begitu cemerlang
dalam pelajaran tetapi mereka punya kelebihan.

Mereka tahu menghargai, mereka tahu berterima kasih.
Dari pengalaman ibu sepanjang bergelar cikgu,
anak-anak sebegini yang tidak mudah lupa jasa cikgu.
Anak-anak ini tidak lokek menyapa dan bersalam dengan cikgu2 mereka bila bersua
berbanding anak-anak yang cemerlang (bukan semua).
Anak-anak ini akan mencari ibu di FB setelah mereka berjaya
menjejak kaki ke menara gading....
Tidak putus2 mengucapkan terima kasih.

Semasa "take 5" sesi pertama tuisyen,
beberapa orang murid-murid lelaki mendekati ibu.
Berbual-bual kosong dan meluahkan perasaan.
Murid A : Cikgu, agak2 cikgu, saya dapat tak 3A dalam UPSR nanti.
Ibu : Kenapa target 3A je????
Murid A: Saya tak pandai cikgu....
Ibu : (sedih!!!!) InsyaAllah, awak semua pandai cuma MALAS je.
Murid A: ye ke cikgu??????(tersenggih2 sambil garu2 kepala)
Ibu : Ya...
Murid B: Cikgu, saya target 4A1B.
Ibu: Kenapa mesti ada B.
Murid B : Saya lemah dalam BI la cikgu.....
Murid C : Saya pun...
Murid D: saya pun....tapi saya target BI dapat C...
Ibu : Cikgu doakan awak semua dapat 5A.
Cuba awak lawan murid kelas 5A tu..
Kalau awak dapat A dalam Math, awak cari cikgu ye.
Cikgu janji...
Tapi tahun depan cikgu tak ajar kelas awak lagi.
Murid2: Alah cikgu...jangan la mcm tu. Ajarlah kami...
Ibu: tak boleh, masa cuti cikgu kena balik kg.
Cikgu kena jaga mama cikgu yang sakit.
Nanti siapa nak ajar tuisyen awak masa cuti nanti....????
Cikgu Mas orang kg sini...InsyaAllah masa cuti
cikgu Mas boleh ajar awak nanti....
Cikgu hanya mampu bagi tuisyen masa hari sekolah aje.
Itupun sebelah malam......
Ibu tahu mereka semua sedih..Ibu pun sedih......

2 tahun ibu mengajar mereka.
Mereka amat rapat dengan ibu.
Mereka telah faham sikap ibu.
Masa mengajar ibu serius, ada masa serius, ada masa kami bergurau,
masa terluang mereka boleh bergurau senda,
ada ketika mereka meluahkan perasaan dan ada kalanya
sesuka hati mereka menadah tangan meminta duit belanja.....
Ibu rasa mereka macam anak-anak sendiri.
Dan mereka sebenarnya ada cita-cita yang tinggi.
Mereka semua adalah anak-anak cemerlang dimata ibu
walaupun ada kalanya ada "orang2 tertentu" seolah-olah pilih kasih
dan memandang rendah kemampuan mereka......

Kebanyakkan mereka lahir dari keluarga yang agak susah.
Mereka terabai dengan kesibukan ibu/bapa mencari rezeki.
Ada diantara mereka mengadu, ibu mereka tidak "faham" untuk mengajar mereka.
Ibu akur........
Dan mereka tidak boleh dipinggirkan.

Ibu berjanji pada mereka, walaupun ibu
tidak lagi mengajar mereka tahun depan,
ibu akan terus membantu dan memantau mereka.
Ibu akan pastikan mereka berjaya terutama
subjek Matematik.
2 tahun ibu mengasak mereka untuk memahami konsep.
Walaupun ada terkial-kial, merangkak dan bertatih.
Alhamdulillah, sekarang ibu dah nampak hasilnya.
Ada diantara mereka lebih cemerlang dari murid
5A (ibu pun mengajar Maths juga kelas 5A).
Itulah kepuasan yang ibu dapat dari mereka......

Ibu sanggup korbankan waktu malam untuk mereka.
Ibu akan pastikan mereka juga cemerlang seperti kawan2
mereka dikelas A.......
Harapan ibu tinggi mengunung untuk melihat mereka berjaya
dan cemerlang........InsyaAllah......

inilah sebahagian wajah2 itu.
Sentiasa ceria dan akan tersentap bila cikgunya ini mengamuk.....
Gambar ini semasa mereka datang berhari raya di rumah ibu.
Mereka semua tetap dihati....
Gud luck anak-anak didik ibu....
"Kalian tetap permata di hati cikgu!!!!!."

p/s:
Jap lagi nak ke sekolah.
Ada perbincangan dengan GB berkaitan dengan 
Program Galakan  Membaca untuk tahun depan........

1 Disember 2011

Teman Yang Hebat-November 2011

Sekejap je masa berlalu.
Rupanya hari ni dah masuk bulan Disember.

Terima kasih teman kerana tidak pernah jemu bertandan ke blog ibu.
Tidak pernah jemu membaca kisah kami sekeluarga.
Kalian adalah teman yang hebat.
Bagi yang tidak tersenarai,
kalian juga teman2 yang hebat.
Sentiasa menemani ibu setiap saat dan ketika.....
Terima kasih semua!!!!

Puding ke Kek?????

Petang semalam  ibu minta Angah buatkan puding karamel.
Tau-taulah Angah tu.
Memang tak minat masak.
Tak macam Beby .
Tanpa banyak songeh Angah ke dapur menyediakan puding.
Angah ni jenis : "Saya Yang Menurut Perintah"
MasyaAllah, riuh rendah bunyi periuk belanga kat dapur
dikerjakan Angah...
Alahai anak dara......

 Bila dah masak, punyalah si Along yang baru balik dari exam kecoh.
Siap kutuk-kutuk puding Angah yang katanya tak cantiklah, tak jadilah, tak menawanlah....
Amboi-amboi sesedap rasa je dia komen masakan Angah tu.
Ibu pun tak tahan nak ketawa tengok puding Angah yang berkedut seribu tu....
Wakaka...Opsss!!!! sorry my dear (hi.hi.hi..angah selalu baca blog ibu..)

Angah hanya diam dan sepatah kata yang keluar dari mulut :
"Angahkan tak pandai masak bu......".hu.hu...hu
Tak baik tau Along ni kutuk-kutuk Angah macam tu....
ha.ha.ha........

Tapi yang ibu tak tahan dengan along ni,
bila makan terover pula dia.
Tak padan dengan kutukan yang terlebih tu.....
Along kata sedap....
Bila ibu rasa memang sedap cuma rupanya je yang...."tut"....
Bab kata orang, Apa ada pada rupa!!!!!!!!

30 November 2011

Si pencuri....

Pagi-pagi ibu dah geram.
Ada pencuri a.k.a penceroboh masuk ke dapur...
Slamber je curi ikan goreng dan telur dadar......

nilah si pencuri tu...
Nasib baik ko comel.....
Bila ibu bising-bising, Farouk mulalah membela si kucing tu...:
Ibu: Hish!!!!!geramnya ibu tengok kucing ni.
Farouk : Alah ibu, kucing tu kan kecik lagi......Dia lapar la..
Ibu : Ibu taulah, 2 dah pandai masuk rumah.
Farouk : Kucing tu kan binatang, dia kan tak de akal la ibu.....
Kucing tak tau nak masak. Dia lapar...Sebab tu dia curi ikan ibu...
Ibu jangan marah ek...nnti Allah bagi ibu pahala....

Tersentap sekejap ibu.....
Dah la ibu tengah geram, boleh pula dia bagi ceramah free kat ibu....

 Inilah kerja Farouk..
Suka sangat kidnap anak-anak kucing ni bawa masuk rumah....

 anak-anak kucing ni di sorokkan dalam baju..
Ni ibu sempat mengintai aktiviti Farouk dan Naurah......

tengok tu....manja je anak-anak kucing ni dengan farouk
macamlah kucing tu milik dia yang mutlak......

Bilalah Nak Mula.......?????

Bilalah nak mula jadi tailor nie.
Kain dah beli masa pergi Tangkak hari tu
tetapi mood nak menjahit ke laut.
Cuti sekolah dah 2 minggu berlalu tetapi kesibukkan macam hari
persekolahan biasa.

2 pasang uniform untuk Naurah dah siap digunting.
Tinggal nak jahit aje.
Itu pun langsung tak sampai seru lagi.
Tahun ni tolak Along sorang ajelah tak perlu uniform sekolah.
Semua sekali ibu kena jahit 8 pasang uniform untuk Angah, Beby dan Naurah.
Naurah lebih sikit sebab dia masih sekolah agama.
Warna baju sekolah agama pun tak sama dengan sekolah pagi....
Untuk Farouk senang aje, beli yang yang dah siap......

InsyaAllah minggu depan nak balik kampung bercuti.
Entah bila la nak siap ni.
Alahai ibu...........

29 November 2011

Edisi Masak-masak + Bina Badan...

Maaf la ye sebab asyik tayang makanan je.
Maklumlah, bila hujan macam ni perut lapar je.
Masa taip n3 ni pun hujan sedang turun dengan lebatnya...
Sambil mengadap lappy sambil mengunyah....
Syok sungguh!!!!!!

 petang-petang santai-santai depan TV tiba-tiba kerajinan melanda.
Teringin nak makan kek coklat kukus.
Resepi...klik sini.
Ibu masak banyak-banyak dan simpan dalam petiais.
Sempatlah 2-3 hari buat stok..........

Ini pula Beby yang volunteer nak masak sagu berkuah.
Kalau ikutkan kuahnya guna santan tetapi Beby ubah dengan susu cair je.
Anak-anak lebih suka makan dengan susu cair....
Lemak berkrim.....
Sekali masak, memang banyaklah.
Stok untuk 2-3 hari simpan dalam peti ais....
Siapa-siapa nak resepi sagu berkuah
klik sini..

yang warna merah ni ibu yang masak.
Nampak gaya Beby lagi teror masak sagu berkuah ni.
Beby punya sagunya cantik bulat-bulat tetapi yang ibu masak semacam je....
hu.hu.hu.......
Lain kali Beby masak ok.....

petang ni teringin nak makan jemput-jemput karot.
Sagat jelah karot yang ada dan bahan lain sama dengan jemput-jemput biasa.......

ini pula jemput-jemput pisang.
Habis stok pisang mas ayah ibu kerjakan..
Ha.ha.ha...
Bila Ayah jengah ke dapur cari pisang dah tak ada....

p/s:
Nasib baik la Naurah dan Farouk tak demam.
Main hujan macam tak hinggat.......
Hari ni minta nak main hujan lagi
tapi ibu tak izinkan.
Risau juga takut demam........

Wajib Masak.

Cuti sekolah sepatutnya rutin memasak boleh dirombak.
Takde maknanya ibu.
Seawal pagi macam biasa ibu dah kena bangun.
Kena masak macam biasa.
Tak boleh nak bersantai-santai atas katil.....

Ibu sebenarnya kesiankan Along.
Nak pergi exam SPM pun nak ibu bekalkan makanan.
Padahal Ayah dah bagi duit belanja yang lebih.
Maklumlah exam tamat lebih kurang pukul 3.30 petang.
Katanya tetap nak makan nasi dan lauk masakan ibu.
Nak tak nak, ibu terpaksalah berkorban untuk anak.
Kasihan juga bila Along dah cakap macam tu.

Mungkin anak-anak ibu dah terbiasa makan lunch
dari hasil airtangan ibunya yaNG  gebus dan mulus nie..
he.he.he....perasan je lebih ibu ni....

Dan Ayah pun spesis yang sama.
Tengahari sanggup balik semata-mata nak lunch kat rumah.
Kalau pergi kenduri pun tetap buka periuk dan cari nasi di rumah.....
Pelik sungguh anak beranak nie...

Penat pun tak kisah, yang penting hati puas
bila tengok Ayah dan anak-anak berselera makan
masakan ibu..
Walaupun terkadang, ibu pun dah hilang selera dengan
masakan sendiri...hu.hu.hu......

menu pagi ni.
Pukul 5 pagi ibu dah masak ayam masak merah ni untuk "lunch" dan bekal along.
Ibu cuma tambah ulam timun dalam bekal along..
Dan hati terasa sejuk bila along ucapkan :"terima kasih ibu, sedap bau lauk nie..."
Alahai anak, pandainya bodek ibu........

sambil itu, ibu goreng mee untuk sarapan along dan adik2nya.......

p/s:
Hari ni paper Kimia....
Gud luck Along..
Semoga Allah permudahkan urusan Along.....
Al-Fatihah.......amin.....

28 November 2011

Main Hujan..

Sekarang ni petang je hujan....
Dah beberapa hari Farouk dan Naurah sibuk minta
nak main hujan.
Kalau ikutkan hati memang ibu tak
benarkan.
Tapi bila ibu kenangkan zaman kanak-kanak dulu
seronok juga bermain hujan nie.
Terutama bila tiba musim tengkujuh....
Syok sangat-sangat......

Apa salahnya sesekali ibu biarkan saja
kanak-kanak ribena ni meneroka....
Merasai bertapa syoknya bermain hujan.

Sambil tu ibu siap warning:
"Kalau demam jangan ikut ibu balik kampung nanti..."
Best je tengok muka mereka berdua yang seronok tiba-tiba tersentap seketika....

Masa ni hujan sedang turun dengan lebatnya...
Basah kuyup.....

 Dah mula "over" la tu.
Mula main pondok2 pulak dalam hujan.....

 Naurah pun "over" juga....

 Entah apa benda la yang dikutip tu....

Ha, kan air hujan dah masuk mata.....

Habis pokok bunga ibu jadi mangsa...hish..hish...budak nie....

Dah mengiggil kesejukkan....
Semangat nak main hujan masih berkobar-kobar.....

Cuti Tapi Tak Cuti

Apa tu...???? Cuti tapi tak cuti????
Ibu dan rakan-rakan gurulah.....
1 minggu lepas hadiri mesyuarat dan menyiapkan sistem fail.
Hari ini 2 minggu kelas tambahan berjalan.
Minggu akhir kami dah kena kembali ke sekolah.
Kena buat berbagai-bagai persiapan untuk tahun 2012.

Redha jelah....
Terima dengan ikhlas....
Senyuman tetap terukir..
Tak kisahlah, berkorban untuk anak-anak murid juga.

Dan sejak cuti ibu juga sibuk dengan aktiviti rewang.
Banyak kenduri musim cuti ni....
Masa untuk kerja dan masa untuk masyarakat sekitar.
Pergi rewang pun sekadar tunjukkan muka.
Nanti orang kata kita tak campur orang pula....

Dan anak-anak mula bersuara:
Kalau hari sekolah ibu balik rumah pukul 1.30 petang.
Tapi hari cuti ibu balik rumah dah nak pukul 3 petang.
Lepas tu ibu keluar rewang lagi.
Balik dah nak Maghrib....
Makin sibuk pula ibu ni......

Alahai kesian anak-anak ibu.
Nak buat macam mana.
Ibu kerja makan gaji.
Kalau ibu jadi bos lainlah cerita.
Pelanggan ibu adalah murid-murid.
Kalau orang dewasa ibu tak kisah sebab mereka 
semua dah habis belajar.......

Kalau prestasi mereka meningkat ibu dan rakan-rakan guru
gembira tidak terhingga walaupun segelintir saja yang memberi ucapan terima kasih.
Banyak ucapan terima kasih diberi kepada guru-guru
tuisyen diluar sana walaupun sebahagian
besar waktu mereka habiskan di sekolah........
Tetapi bila prestasi mereka merosot, ibu dan rakan-rakan
guru juga yang akan dihentam hebat.........
Apapun ibu dan rakan-rakan tetap ikhlas kerana
ibu tahu Allah memberi ganjaran berliat kali ganda.
Kalau bukan untuk ibu ,untuk anak2 ibu juga.......
Terima kasih kerana anak-anak ibu memahami.....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah.
Ada kelas tambahan.............

27 November 2011

Kenduri...kenduri...kenduri...

Sejak cuti boleh dikatakan setiap hari ibu terima jemputan.
Makin memuncak bila tiba hujung minggu.
Bukan setakat 2-3 tempat, terkadang menjangkau 5-6 buah rumah.
Bukan setakat jemputan kahwin tetapi jemputan majlis khatan dan berkhatam.

Yang paling ibu risau, berat badan.
Macam manalah agaknya kalau berterusan begini
sepanjang cuti...
Baru 1 minggu cuti, berat dah naik 2 kg....
Itu pun ibu kawal makan.
Ibu akan makan nasi minyak cuma di rumah pertama.
Rumah seterusnya ibu sekadar menjamah makanan sampingan je.

Kalau kat Johor ni bab-bab buah tangan memang canggih manggih.
Bakul dari surat khabar yang penuh dengan jajan ni ibu dapat dimajlis berkhatan.....
Bakul tu sebesar pinggan juga dan macam-macam isi ada kat dalam tu....

Untuk Naurah dan Farouk dapat jajan yang berasingan....

 Semalam dapat 1 set hidangan.
Dapat macam-macam lauk..
Ni untuk orang yang pergi rewang.
Ibu bukan rewang mana pun.
Sekadar tolong kopek bawang je...hi.hi.hi....

Kata orang kalau kenduri kahwin gantung periuk belanga.
Kat rumah ibu tak ada istilah tu.
Masak tetap masak.
Biasanya yang ikut ibu dan ayah cuma 2 orang
kanak-kanak ribena tu aje.
Itu pun bukan makan pun.
Balik rumah baru sibuk lapar.....
3 Farah tetap makan di rumah.

p/s:
Hari ini ada jemputan lagi...
Cuma sempat pergi 2 buah rumah aje.....

Salam Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah dari kami sekeluarga kepada 
semua ahli keluarga , 
rakan-rakan blogger,
rakan-rakan FB
dan yang mengenali kami sekeluarga....
Semoga kita memperolehi keberkatan dan
sentiasa dalam Perlindungan Allah swt....
Semoga Allah perkenankan segala doa-doa kita semua...
Amin!!!!!!....

SEMOGA ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.......

26 November 2011

Tak Cukup 3, nak tambah lagi?????

Aktiviti cuti anak-anak mengadap lappy.
Nak buat macam mana, 
cuti sekolah ayah dan ibu sibuk.
Nak bawa bercuti pun masih belum berkesempatan.
Sabar ye anak-anak, InsyaAllah 5.12.11 Along dah habis SPM,
mungkin kerja-kerja di sekolah ibu pun dah selesai.....

Naurah melayan lappy di ruang belakang......

Terkadang Farouk mengambil tempat....
Nasib baik Farouk sibuk dengan aktiviti melayan TV.
Kartun..kartun...dan kartun...
Sesekali ada juga dia kacau kak Naurah berebut lappy....
Bila ibu pesan, adik kena mengalah so Farouk terpaksa redha dalam
terpaksa.......


 Ayah buat kerja-kerja di ruang tamu.....

Ibu dan Beby terkadang berebut lappy di meja makan.....
Yang pasti ibu yang akan menang.....hi.hi.hi...

Angah mengalah, kadang-kadang terpaksa layan FB dengan hp je.......

Sehari dua ni ibu dah sibuk berangan nak
cari netbook yang lebih kecil.
Kononnya senang nak sumbat dalam hbag......
Terfikir juga terkadang kita ni tak pernah puas
dengan apa yang ada.
Tak cukup 3, nak tambah lagi 1 lappy.
Insaf-insaf la ibu...
Sekadar mengingatkan diri sendiri yang terkadang leka......

Pasar Lambak.

Semalam ibu sempat singgah ke pasar minggu/lambak di Bukit Gambir.
Lama dah ibu tak ke pasar minggu ni walaupun jarak tak sampai 0.5 km je dari rumah.
Tahun ini cuma 2 kali aje berpeluang ke sana.
Maklumlah pasar ni diadakan pada pagi hari bekerja...
Hari Jumaat dan berakhir sebelum pukul 12 tengahari.....
Memang tak berkesempatanlah.....
Sekali pergi macam-macam nak dibeli.
Segan juga bila asyik ditegur "Hai cikgu banyak belanja"...
hu.hu.hu....itu yang paling ibu tak suka....

 ini yang pertama menawan hati ibu.
Kalau dulu ibu tak pandang pun sata ikan ni.
Tetapi tiba-tiba tergerak hati nak beli.
Tak sia-sia ibu beli sebab rasanya memang sedap.....

 dan otak-otak ikan.
Beby memang suka sangat otak-otak.
Ibu cuma beli 12 batang.
Maklumlah anak ramai, so seorang dapatlah 2 batang.

dan tapai pulut kegemaran Naurah.
Pun sedap juga rasanya.

Yang geramnya, Farouk seorang je tak layan semua makanan tu.
Ibu belikan keropok lekor dan apam rangup untuk dia.
Akhirnya singgah juga tempat feveret dia di MBrown.
Ibu cuma tapau 1 kotak chicken mushroom dan bubur ayam untuk dibawa ke sekolah.
Manalah tau nanti dia kelaparan semasa menunggu ibu siapkan
kerja-kerja kat sekolah...
Balik rumah dah hampir pukul 3.00 petang....

p/s:
Hari ni kena hadiri beberapa jemputan....

25 November 2011

Lihat dan Berfikir.....

Entah kenapa hati ibu begitu tertarik dengan sekeping gambar ini.
Gambar ni ibu ambil dari FB adik yang berada di Eygpt.
Gambar orang Kristian membuat 1 bulatan melindungi 
orang Islam yang sedang solat ditengah-tengah perhimpunan rakyat Mesir 
di Tahrir Square, Cairo.

Alangkah bagusnya jika semua insan di dunia ini bersatu
tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik......
Yang pasti kita hanyalah makhluk lemah
ciptaan Allah......
Fikir-fikirkan lah.....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah......
Banyak timbunan fail yang perlu dibereskan.
Banyak program yang perlu difikirkan sebelum
anak2 murid melangkah ke tahun2012.......

24 November 2011

Ibu , Anak dan Pencolek...

Si Ibu Kucing
kucing yang paling lama menghuni belakang rumah ibu.
Memang tak ada rupa tetapi ramai peminat.
Tak ada kerja lain, asyik bunting...bunting..bunting...
Sebab itu ibu kata si Comot ni ramai peminat....

Si Anak Kucing
Ini salah seekor antara berbelas mungkin berpuluh ekor anak kucing
yang dilahirkan si Comot.
Tetapi anak-anak si Comot ni semuanya comel-comel.
Tak macam si ibu yang langsung tak ada rupa.....

Si pengacau
 dan 2 orang kanak-kanak ribena inilah yang selalu jadi pencolek anak kucing.
Suka sangat colek anak kucing tu untuk dibawa bermain seketika.
Semasa mencolek, anak kucing disorok dalam baju.
Semasa mencolek anak kucing si kanak-kanak ribena ini akan
memberi habuan ikan bilis supaya si ibu kucing leka........

Meeting..meeting...meeting....

Semalam meeting, hari ini meeting, esok meeting.........
Bila masa nak pergi dating nie...????
Minggu depan kelas tambahan, minggu depan lagi kelas tambahan..
Bila nak cuti balik kampung ni????

Guru Besar yang begitu bersemangat untuk meningkatkan prestasi sekolah.
Sila abaikan bilik mesyuarat yang baru beroperasi...
Masih belum terurus...sedang menunggu meja mesyuarat seperti yang dijanjikan????

p/s:
Hari ini paper Fizik...
Semalam balik rumah muka Along dah kelat..
Maklumlah Add-Maths dan dapat pula soalan aras paling tinggi...
Doakan Along ye....
Gud luck my dear.......

23 November 2011

Souvineer dan Batik Sarawak...

Souvineer ni ibu dapat dari  murid tahun 6 sebelum cuti sekolah.
 Rehal kayu.....

 dan kain batik..
Terima kasih kerana sentiasa memberi cikgu cenderahati....

Hari Isnin bungkusan kain batik dari Sarawak sampai kat sekolah.
Ibu order 11 helai kain batik dari UMMIROSS...
Ibu bagi  alamat sekolah agar selamat tiba.
Hari ini baru berkesempatan pergi sekolah kerana semalam cuti.
Sampai ke sekolah, kain batik tu dah tinggal 2 helai.
Hu.hu.hu.....Kejam tau diaorang.

Tapi memang kain batik dari ummiross yang ibu tempah (klik sini )
memang cantik dan lembut kain..
Tak rugi kalau beli.
Hi.hi.hi....tolong promosi kain batik ummi...
Kalau nak cuci mata sila terjah blog UmmiRoss.
Confirm ada yang jatuh cinta......

Dalam mesyuarat tadi Guru Penolong HEM cadangkan agar
kami pakai baju yang seragam untuk majlis tahun depan.
Katanya terlanjur ada batik Sarawak yang cantik
so ibu ditugaskan untuk order lagi...
Katanya nak cari kelainan.
Asyik kain dari Tangkak jerr.
hi.hi.hi......maklumlah kami duduk agak
dekat dengan Tangkak mulalah eksyen...

Ini je yang tinggal untuk ibu.
Cantikkan....
Itupun setelah ibu sempat sorokkan.........
Tapi tak kisah sebab ibu boleh order lagi dari Ummiross.....

About me