Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Januari 2012

Thanks Dinas.

Cek tak sangka cek terpilih untuk terima souviner dari rakan blogger cek...
Cewah ber"cek2" pulak ibu nie.
Sebabnya cek terima souvenir ni dari orang Penang.
DINAS.......

Ni dia sampul surat yang ibu terima sekembalinya
dari hari pertama persekolahan......

Taraaaaaa.....ibu dapat FM dari Dinas.
Rasa macam nak melompat-lompat je tapi 
nanti apa pulak kata anak-anak kalau tengok si ibu macam tu....
Thanks my dear sis..ibu suka sangat.

 Ha tengok kalau tak percaya yang ibu ni kategori peminat fanantik FM.
Ni bahagian tepi peti ais tau.....
Koleksi tu dah lengkap dari seluruh dunia dan pelusuk tanah air.


Ni koleksi yang ibu tampal bahagian depan peti ais.
Yang depan ni ibu tampal yang tahan lasak je sebab
kat rumah ni ramai yang tangannya ganaz2.
Bila buka peti ais bukan boleh perlahan-lahan  atau control ayu.
Main hentam je.
Untuk selamatkankan keadaan, ibu terpaksa tepek kat bahagian tepi..

Maka diumumkan bertambahlah koleksi FM kat peti ais ibu tu.
Kalau dah penuh bolehlah minta peti ais satu lagi dari ayah untuk tampal FM.
Bolehkan Ayah??????

Ada sapa-sapa lagi nak bagi itu Fm tak????...he.he.he....

Minum Petang + Sarapan Pagi.

Petang semalam syok melayan  kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan
"SEGERA  + URGENT !!!!!".
Syok la sangat.
Layan kerja 30 minit mengadap Fb 3jam.
Adilkah itu?????

Tiba-tiba teringin nak makan lempeng cicah sambal godok 
(sambal versi Jawa yang ibu belajar dari MIL terchenta)...
Ibu ni kalau nakkan sesuatu tak tahu sabar.
Terus tinggalkan lappy yang masih 'on' dengan kerja yangmelambak, 
dengan meninggalkan aktiviti sambilan ber"chatting"
dengan rakan lama.

Terus ke dapur cari stok bahan yang diperlukan.
Menyiapkan apa yang patut.
Kalau nak tahu ibu ni buat kerja secara "express".
Tak delah ikut peraturan dan control ayu macam orang lain.
Main hentam aje.......

 Akhirnya kempunan ibu dah terlaksana 50%  bila 
tiba-tiba kemalasan melanda untuk masak lempeng.
Ada roti so ibu bakar je roti tu guna toster sampai jadi renung....hu.hu.hu.....
Rentung pn oklah asalkan roti tu rangup + cicah sambal godok tu..
(Kalau nak resepi klik sini )

Dan pagi ini ibu dah merealisasikan impian untuk makan lempeng cicah sambal godok..
Yelah tu..
Melayan selera untuk menambahkan lemak-lemak dibadan.....
Maklumlah kerja sekarang melambak-lambak.
Asal stress je makan dalam erti kata melantak........

6 Januari 2012

Perkenalkan Kembar ibu....

Kembar ibu????
Sila percaya.
Seronoknya dapat bersua kembali dengan kembar ibu, Kak Salmi
Sebenarnya tahun lepas ibu dapat jejaki Kak Salmi yang
ibu panggil k.mie di FB setelah beberapa tahun kami terpisah.

Sekarang k.mie mula aktif berblog....
Klik sini .
Awalnya k.mie ada sebuah blog bisnes on9.
Sekarang k.mie ada sebuah blog family.
Dari situ ibu boleh ikuti perkembangan k.mie sekeluarga
setiap hari.

Ibu kenal k.mie semasa ibu posting ke SKSD Mersing.
Masa tu ibu baru 1 tahun posting.
Umur awal 20an.
Sudah bergelar isteri hingusan...he.he.he....
Dan k.mie sudah punya 2 orang anak yang comel.....

Kami digelar kembar oleh kawan-kawan sebab:
Kami dalam katogeri tinggi lampai.
Kami berdua berbadan langsing
(tapi sekarang badan ibu dah dipenuhi lemak-lemak tepu..hu.hu.hu)
Kulit kami pun lebih kurang sama tapi k.mie lebih putih
dalam katagori putih melepak.
Kami sama-sama minat dalam dunia seni.
Hobi kami melukis.
Kalau duduk berdua memang kerja kami melukis..melukis dan melukis...
Stail tudung kami pun hampir sama.
Banyakkan persamaan kami.

Dan sekarang :
Kami sama-sama ada 5 orang anak.
Anak-anak kami pernah ditawarkan belajar disekolah
berasrama tetapi semuanya menolak kerana
lebih selesa dibawah ketiak ibu dan ayah.
Kami menjahit sendiri pakaian sendiri dan anak-anak.
Terutama uniform sekolah anak-anak dara...
(Betulkan k.mie....???)
Dan banyak lagi persamaan kami yang kalau
ibu huraikan di sini tak cukup 1 minggu.....

Indahnya kenangan itu.
Pergi sekolah sama-sama.
Duduk bilik guru bersebelahan.
Makan kat kantin pun bersama-sama.
(yang bezanya k.mie suka makan dada ayam tapi ibu suka peha ayam...he.he.he..)

Seronok sangat sewaktu mengajar di SKSD.
Rasanya sekolah yang paling best dalam sejarah pendidikan ibu.
Kawan-kawan pun semuanya baik2 kecuali...tut...
Hanya ibu dan k.mie yang tahu siapa ...tut..itu.
Biarlah ianya jadi rahsia pahit kami......
ibu(8 dr kiri) dan k.mie(7 dr kiri) dibarisan tengah tu..
kami berdiri bersebelahan dan fesyen tudung pun sama..
Macam kembarkan....
kalau bergambar, itulah tempat kami...bahagian tengah
sebab kami tinggi......
Kelakar je bila tengok gambar kenangan di SKSD ni...

Namun ibu bersyukur kerana kami dapat bersua kembali
setelah sekian lama terpisah.
Walaupun kini sekadar di alam maya.
Kenangan indah bersama tetap dikenang sampai bila-bila...
Sayang k.mie ketat2.......

Sapa-sapa nak kenal k.mie bolehlah ke blognya ye...

About me