Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Samudera (2)

Sesi jalan-jalan dan percutian singkat di Melaka 
weekend hari tu berakhir di Muzium Samudera (2)
setelah menjelajah ke
dan

Lega rasanya hati ibu kerana tidak perlu lagi menapak.
Penat sangat dan habis lenguh rasanya kaki dan lutut ibu
demi memenuhi keinginan 2 orang kanak-kanak ribena.
Habis longgar sendi lutut dan buku lali ibu......
Dan yang sedih terpaksa melupakan hasrat untuk bersama 
Ayah dan 3 Farah bershopping di 
Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan..hu.hu.hu......

Muka Kakak Naurah dan Farouk yang dah kepenatan tetapi masih bersemangat...

Kepenatan 2 orang kanak2 ribena hilang dan kembali ceria.....
Bakal penganti Dr Sheikh Muzaffar...
Ada bakat tak??????.....


Alahai tak tahu penat ke Kakak????
Ibu dah rasa macam nak je merangkak je...


Layan jelah Kakak Naurah posing...
Di sini kami berpeluang melihat dan memegang Metor.
Metor tu kalau dalam Bahasa Melayu dipanggil Tahi Bintang.
Memang berat dan lebih kurang macam besi....
Farouk siap tanya:
Kenapa tahi bintang ni tak busuk????
Staf di situ siap gelak-gelak dengan pertanyaan Farouk....
Terlupa pula ibu nak snap gambar metor tu.

Dan posing lagi....
Sebelah kiri kalau tak silap ibu replika hang Tuah dan
sebelah kanan tu pedagang Arab....

menikmati keindahan laut.
Rindu laut dan semasa OTW nak balik Ayah sempat  singgah ke Pantai Kelebang,Melaka.
Masa tu dah malam dan ibu pun dah tak ada mood nak tangkap gambar.
Ayah tengok ibu pelik kerana 
Ayah dah tahu ibu ni pantang lalu mana-mana, mesti snap sana snap sini..
Penat + mengantuk sangat masa tu.

Laluan terakhir...
LEGA!!!!!!!
Sampai rumah dah lewat malam......

p/s:
Esok ayah akan terbang lagi...
Hu.hu.hu...kena tinggal lagi dan lagi dan lagi..
Jangan lupa beli FM n souvineer ye Ayah.......

Nasi Rainbow + Gulai Ayam.

Pagi ini tiba-tiba datang kerajinan nak masak nasi minyak.
Seawal pukul 5 pagi ibu dah mula operasi di dapur.
Rutin harian ibu masak untuk lunch dan sarapan pagi keluarga.

 Suka suki letak nama nasi pelangi.
Ada ke pelangi warna hijau?????
Apa-apa ajelah.
Kat dapur cuma ada 2 pewarna saja iaitu hijau dan merah.
Kalau dah jadi ibu kena la kreatif walaupun terkadang tak kreatif mana pun.
Bila anak-anak bangun tidur masing-masing
terhidu bau semerbak kat dapur...
Anak: "Ibu masak apa pagi ni????"
Ibu :"Nasi rainbow.........
Anak : Tak sabar nak balik makan tengahari nanti...Mesti sedap.

Lawannya cuma kari ayam.
Maaflah anak-anak, ibu tak berkesempatan nak sediakan acar dan menu lain.
Tetapi Alhamdulillah sewaktu makan tengahari 
(sebenarnya dah pukul 2.30 petang)
mereka makan dengan berselera.
Ibulah membuatkan ibu terus semangat nak masak 
untuk mereka walaupun ibu ni bukan yang teror masak...
Bagi anak2 dan ayah, masakan ibu yang paling best...
Jangan jeles........hi

18 Oktober 2011

Majlis Ilmu Yang Indah

2 hari SK ibu ada majlis ilmu.
Pagi tadi ibu amat tertarik dengan tazkirah bertajuk 
Melangkah ke Alam Remaja.
Ibu pada mulanya mengisi masa "free" di dewan untuk bersama
murid-murid yang sedang enjoy sakan selepas UPSR.
Menumpang ilmu yang disampaikan oleh seorang
penceramah jemputan Ustaz Ishak Nor dari 
Sekolah Agama Kesang.

Orangnya simple tetapi penyampaiannya amat-amat menarik.
Disusuli dengan gurauan sinis dan disusuli petikan ayat suci Al-Quran.
Dengan alunan suaranya yang merdu.

Ibu tambah terpegun bila melihat murid-murid diam, 
memberi spenuh perhatian.
Waktu berlalu begitu cepat.
Syukur Alhamdulillah, sedikit sebanyak perkongsian ilmu 
beliau memberi banyak maanfaat kepada pelajar.
Juga untuk diri ibu yang masih banyak kekurangan......

Petikan Yang paling menarik:
"Selemah-lemah makhluk Allah adalah manusia,
Selemah-lemah manusia, mereka mampu melawan perintah Allah"
Renng-renungkan.......

About me