Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Ogos 2011

Check List Raya-Puasa ke 25

Check List sebelum balik kampung:
1.Baju raya - 
Alhamdulillah dah settle. 
Cuma tinggal sepasang baju raya tambahan untuk Naurah masih dalam proses.

2. Kuih Raya:
Dah settle.
Semua kuih tunjuk.
Masa tunjuk bukan main syok tetapi bila bertubi-tubi sampai kat atas meja
Bilik Guru, tiba-tiba terpegun.
Mak aiii...sabo jelah.
Tiba-tiba kempis dompet gara-gara lupa diri.
Tapi ibu terpaksa order untuk 4 buah rumah.
1 bahagian untuk rumah sendiri.
1 bahagian untuk bawa balik kampung.
1 bahagian untuk mak mertua ibu.
Dan 2-3 jenis untuk mak usu kesayangan ibu di kampung.
Niat hati nak buat kek lapis sebelum balik kampung.
Entah berjaya ke tidak tu.......

3. Duit Raya:
Ayah dah siap tukar dah.
Dan Naurah dah siap masukkan dalam sampul.
Jumlah-biarlah rahsia!!!!!

4. Kasut Raya:
3 Farah yang dah besar tu pun sibuk nak kasut raya.
So dah beli.
Naurah dan Farouk pakai kasut yang dah ada.
Alhamdulillah depa tak kisah.

5. Tudung Raya
Setakat ni rasanya dah settle.
Ibu pakai je tudung yang dah ada.

6. Langsir:
Hu.hu.hu.....BELUM SIAP!!!!!
Baru siap untuk sliding door je.
Siap je terus gantung dan lepas tu yang lain tersadai....
Bila nak siap nie????????
*sebenarnya langsirnya bukan sebab nak raya tetapi dah beberapa tahun tak tukar.
Jadinya ibu ambil kesempatan tukar bulan ni....

7. Packing barang:
BELUM LAGI!!!!!!
Hu.hu.hu.hu...
Mood nak balik kampung berkobar-kobar tetapi bab-bab
mengemas ni yang alergik sikit.
Tinggal 1 hari lagi dah nak balik kampung.
Macam mana ni????????

Rasanya itu je check list yang penting.
Tapi yang risaunya rumah pun belum kemas lagi.
Ada sapa-sapa nak tolong????????.

24 Ogos 2011

A-One, Di manakah Kamu-Puasa ke 24

Siapa tahu kat mana nak dapat produk ni???????
Dah banyak farmasi ibu tanya tetapi mereka kata tak ada dalam stok.
Malah tak pernah tengok produk ni dalam pasaran.

Sabun ni keluaran Mesir dan sangat bagus untuk kulit muka
berjerawat, berjeragat dan bermasalah.
Pendek kata macam pencuci mukalah.
Ibu pernah cuba guna sabun ni .
Kebetulan adik yu beli kat farmasi di Mesir.
Masa tu muka adik yu alami masalah jerawat.
Terperanjat ibu bila tengok muka adik yu sekarang.
Putih, gebu dan licin kemerahan....
Jeles tau....

Masalahnya adik yu beli 2 ketul sahaja.
Dan anak-anak dara ibu berebut-rebut nak guna.
Sudah semestinya cepat habis....

Ibu tak tahu apa kandungannya kerana semua tulisan dalam bahasa Arab.
Menurut kata ahli farmasi di sana, sabun ini mengandungi anti bakteria.
Dan amat sesuai untuk semua jenis kulit.
Entah-entah sabun ni diperbuat daripada susu unta kot.
Hish!!!! pandai-pandai je ibu buat spekulasi....

Ada sapa-sapa boleh tolong???
Atau ada siapa pernah ternampak kat mana-mana farmasi,
tolong maklumkan lokasi farmasi tu pada ibu ye....

Kisah Ikan Goreng Bertepung-Puasa ke 24

Petang semalam ibu goreng ikan celup tepung.
Tiba-tiba hati jadi sayu.
Entah kenapa terkenang zaman kanak-kanak.


Zaman yang indah tiba-tiba jadi sedih bila Abah melanjutkan pelajaran ke UKM.
Sejak itu kami sekeluarga hidup dalam kesukaran dan keperitan.
Kalau tak silap ibu, sewaktu ibu usia ibu 5 tahun.
Malas lah ibu nak kenang lagi saat itu.
Klik sini.

Tapi ikan goreng tepung ini mengamit kenangan.
Semasa itu ibu berada dalam Tahun 1.
Di kantin sekolah ibu (SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas)
ada menjual ikan goreng tepung ini.
Dan merupakan menu kegemaran ibu.
Kenapa kegemaran kerana makanan ini yang paling murah ketika itu.
Setiap hari ibu hanya mampu membeli seekor
ikan kecil bertepung dengan harga 20 sen untuk mengalas perut
dengan berbekalkan air masak.
Sedangkan rakan-rakan lain mampu membeli
nasi lemak, mee goreng dan macam-macam makanan lain.

Dan di satu sudut ibu menanti penuh sabar lebihan 
RMT (rancangan makanan tambahan) 
khusus untuk pelajar miskin.
Ibu tidak layak memandangkan abah seorang guru
(tetapi kerana abah melanjutkan pelajaran, hidup kami susah).
Mama cuma mampu bekalkan ibu dengan wang belanja 20 sen.
Setiap hari ibu berdoa agar ada lebihan makanan itu.
Dapatlah ibu mengalas perut dengan makanan yang lebih enak..

Hu.hu.hu...sedih bila dikenang.
Kenapa lah ikan goreng tepung ni buat ibu sedih.....
Tidak pasal-pasal petang yang ceria bertukar syahdu....

p/s: 
"MAMA, ABAH", kakak rindu kalian berdua..
Kakak xsabar nak jumpa kalian.....

About me