Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Ogos 2011

Pengalaman Mengajar Anak-Anak Berpuasa.

Hari pertama puasa Farouk tidak ada masalah.
Ok dan ceria..
Kebetulan sekolah cuti dan Ayah ada melayan Farouk
berjalan sana sini dengan moto.

Hari kedua Farouk lepak kat rumah .
Tengahari dia cakap kat ibu:
"Ibu, hari ni Farouk nak cuti puasa macam ibu boleh tak???"
"Farouk rasa macam dah seminggu tak makan.....lapar.."
Amboi-amboi, sesuka hati nak minta cuti.

Ibu pujuk suruh Farouk baring-baring.
Puas baring, ibu suruh Farouk tengok TV.
Puas tengok TV ibu suruh Farouk pergi main mainan dalam biliknya.
Bila dia dah bosan ibu suruh dia siapkan homework.
Ibu seboleh-bolehnya cuba penuhkan masanya
dengan macam-macam aktiviti.

Itulah cabaran yang perlu seorang ibu tempuhi.
Melatih anak-anak kecil berpuasa.
Setiap anak tidak sama caranya.

Sebelum ini ibu tidak ada masalah mengajar anak-anak berpuasa.
Along belajar berpuasa seawal usia 4 tahun
( mampu berpuasa 4 hari penuh).
Masuk usia 5-6 tahun Along, Angah, Beby dan Naurah mampu
berpuasa penuh sebulan.
Mereka berpuasa di atas kerelaan sendiri tanpa
meminta ganjaran dan tanpa pujukkan...
Anak-anak perempuan agaknya.
Lebih cepat matang dan cepat memahami.

DAN,
Farouk mula belajar berpuasa di usia 5 tahun.
Itu pun sempat 1 minggu sahaja yang penuh dan
selebihnya puasa separuh hari.
Umur 6 tahun bilangan hari berpuasa semakin bertambah.
Diusia 7 tahun, Farouk sudah mampu berpuasa selama
26 hari dan baki 4 hari terpaksa ditinggalkan kerana kena serangan asma.
Syukur kerana target ibu tercapai!!!!!

Dan di usia yang akan melangkah 8 tahun ibu rasa dia
dah tidak banyak masalah sangat berpuasa.
Cuma sesekali kedengaran perkataan:
"Farouk haus la bu...."
" Farouk lapar la bu..."

Bila Farouk mengadu lapar, ibu akan tunjukkan gambar ini.
Ibu akan bercerita tentang orang-orang miskin yang tidak ada duit dan makanan.
Ibu terangkan kenapa Allah suruh kita puasa.
Masa itulah airmata akan bergenang di mata Farouk.
Air mata sedih, sayu dan simpati agaknya.
Dan disaat itu juga dia akan diam dan tidak akan meminta untuk berbuka lagi..
Terkeluar sepatah kata dari bibirnya:
"KESIANnya budak tu bu...........".

Dan ibu tidak pernah menjanjikan ganjaran pada anak-anak
tetapi ganjaran untuk mereka tetap ada di Aidil Fitri
sebagai tanda penghargaan di atas kesungguhan mereka berpuasa......

Dan selepas berbuka, Farouk dah tidak mampu bercakap lagi.
Muka penuh dengan kepenatan...dan...
.........................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................

Along dan Inhaler-Puasa ke 3

Semalam terima telefon dari Along.
Suruh ibu jemput dia kat sekolah.
Alahai, kena serangan asthma lagi budak sorang ni.
Sekarang ini kerap pula Along kena asthma.
Mungkin keadaan cuaca dan kekurangan air la tu.
Balik rumah ibu lihat sepanjang hari dia baring aje di katil.

Sambil tu sempat juga ibu bebelkan Along OTW balik ke rumah.
Selalu ibu pesan supaya dia bawa inhaler ke sekolah.
Katanya segan nak bawa ke sekolah bulan puasa kerana
kawan-kawan akan ejek dia tidak puasa.

Hukum penggunaan "inhaler" (klik sini)  dan sini semasa puasa.
Ibu pun bukan setakat search kat internet mengenai hukum penggunaan
inhaler ni tetapi selalu merujuk dengan orang-orang yang 
arif dalam bidang agama...
Memang setakat ini hukumnya di"boleh"kan tanpa membatalkan puasa...


2 Ogos 2011

Hari ke 2 Ramadhan

Hari ini ibu masih bercuti.
Esok dah mula kerja balik.
Bila bulan puasa, setiap kali balik sekolah dah sibuk fikir nak masak apa.
Every day macam tu.
Dah jadi satu kerja pula kena berfikir dan perah otak....
Terkadang buntu juga memikirkan.
Maklumlah ibu ni masak sendiri.

Bazar Ramadhan memang jarang ibu jejak.
Tahun lepas sebulan puasa cuma 2 kali ke sana.
Wahal, jarak bazar beberapa langkah saja dari rumah ibu.
Anak-anak dan ayah lebih suka makan masakan ibu.
Hu.hu.hu....

Hari ini masak "versi Johor" dan "versi Kelantan".
Gabungan masakkan antara benua.
Benua la sangat......cit!!!!

gambar kidnap dr en.google...
Masak lemak "versi Kelantan"
Tak ada mood nak snap hari nie.
Penat meronda-ronda dan window shopping dengan Naurah...
Balik rumah dompet kempis semacam jer..
Tak pelah, minda terapi juga tu......

Siap masak "versi Kelantan", ibu masak mee bandung "versi Johor"
Gambar ini pun ibu kidnap dari en google juga......

Sampingan ibu goreng tempe, ikan goreng tepung ,ikan kering dan
sambal.

About me