Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mac 2011

Meh ke Fiesta Tekstil Tangkak...

Weekend yg sepi.
Sepi la sangat.
Yelh ayah asyik sibuk je skrg...
Pandai2lh ibu n anak2 bawa diri..
Sedihkan!!!!!!

Ni cerita Hari Sabtu yang tertunda....
Hari Sabtu ni ibu rehat sikit cz tuisyen Along dibatalkan.
Kelas taekwando utk this year pn belum brmula.
Ibu lak asyik dok trbaring je cz badan rasa sgt lesu.
After solat Zohor niat hati nk ke Fiesta Tekstil  di Tangkak.
Bila ajak anak2, cuma 3 org je yg nk ikut.
Along n Angah cam biasa, suka lepak2 kt rumah je...
Berempat pn oklh.
Nk tgk juga ada apa kt sana.
So, lepas solat terus ke Tangkak.
Dlm 22km dr rumah ibu.
Yg ikut cuma beby, Naurah n Farouk je.

Sempat gak la ibu beli sehelai tudung utk ibu, 
1 helai utk beby n 2 helai utk Naurah.
Niat hati nk beli kain pasang xkesampaian.
So sblm balik ibu singgah Bandar Tangkak.
Beli juga la sepasang kain utk ubatkan keinginan tu.
Kalu la ibu tahu Karnival tu sekadar jual tudung mmg ibu xpergi pn.
Abis gak duit xpasal2.....

panazzzzz terik....

ni kat Dataran Tangkak....

ada disediakan tempat main2 ttp cuaca panas sgt  smpai nk pijak pn panazzzz.....


beli jajan sebelum balik.........

6 Mac 2011

Membiak terus membiak....

Alahai, nampak gayanya anak2 angkat ibu ni makin membiak. 
Bukan main produktif lagi.
Makin lama makin bertambah ahli.
Pantang ibu buka pintu...
Masing-masing menerpa n menerjah.
Asyik lapar jerrr......
Berselera sepanjang masa!!!!!!

tgk tu...masing2 memandang bila dengar pintu dibuka...

Menuai Hasil , Cekur

Fuh!!!!!
Kekonon nk wat n3 outing smlm ttp line tenet mcm siput terus postpone...
Nk tunggu gambar masuk brjam2....
Kebetulan ibu ada n3 yg trperap 4 hari yg lepas..
Ni ttg pokok cekur yang ibu tanam dlm pasu.
Bukan main membiak2 lagi.

Adalah dalam 2 pasu ibu tanam.
Senang nnti kalu nk buat ulam, buat urap atau masak lemak Jawa stail.
(Nk resepi di atas klik sini)

nilh pokok cekur yang ibu dh cabut...banyak juga rupanya isi cekur.

ok...ibu zoom lagi..
Nilh rupa isi cekur.
Lebih kurang mcm halia cuma ia kecil2.
Baunya mmg sgt2 wangi.



KHASIAT CEKUR-..
-Sering dijadikan ulam oleh kaum wanita, terutamanya selepas bersalin.

-Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan di mana air rebusan ini diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

-Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.

-Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.

-Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah.

-Ia juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbisinya.

About me