Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Februari 2011

Jom Pergi Sekolah

Hari Sabtu yang  ceria.
Yelh tu.
Ceria la sangat.
Orang lain masih syok dok berselimut kt atas katil,
Ibu dh pecut untuk ke sekolah.
Cam biasa keluar seawal 6.40 pagi.
Xpelh, masa kaum Cina sambut raya,
kita orang pn sibuk gak nk cuti panjang.
So, pandai2lah ganti balik cuti tu.
Jangan nk byk songeh.

Baru smlm jejak kaki ke sekolah,
dah ada lagi surat menunggu ibu.
Hu.hu.hu.....
Hari ni pn belum sempat jumpa kawan2 cz byk kerja menunggu ibu 
di bilik kerja yg tertangguh.....
Terpaksa la depa cari ibu dok tgh bertapa kt bilik kerja...
Keluar2 bilik pn masa  rehat.

Ibu kena hadiri 1 lagi Bengkel kt PKG Serom hari Isnin.
Kalulah pergi bengkel buat kek ke, melukis ke..kan best.
Ni kena ngadap laptop...
Ok, xpe..smbil kursus ibu curi2 berFB n berblog....Ok tak???
hi.hi.hi......

18 Februari 2011

Risau + Air Yasin....

Seperti yang sedia maklum, setiap malam Jumaat Farouk  akan ikut ayah ke surau untuk bacaan yasin.
Semalam ayah BZ n banyak kerja yg nk kena settle utk mesyuarat kt KL hari nie, so ayah xsmpt berjemaah kt surau.

Biasanya kalu ayah xpergi surau ,Farouk akan bersolat jemaah kt rumah je dengan ayah. Malam tadi tiba2 Farouk xde kt ruang tamu. Biasanya Farouk la penunggu setia ayah cz ibu n 4 farah lebih suka lepak2 kt ruang belakang.

Pelik gak ibu cz Farouk xakan keluar rumah tanpa memaklumkan pada ibu n sememangnya Farouk jrg keluar rumah. Nk pergi toilet pn mesti Farouk beritahu ibu....Hairan gak ibu tiba2 dia xde.

Bila tanya 4 Farah, mrk pn xtahu Farouk ke mana.
Risau gak ibu cz Farouk xpernah sesekali keluar rumah. Malam2 pulak tu.......

Tiba2 Farouk pulang dgn 2 botol air mineral.
"Ibu, ni air yasin........Farouk baca yasin kt surau dgn pakcik "spek"(pakcik ni mmg rapat sgt dgn farouk n selalu bg dia duit).....nnti ibu minum ye air yasin tu..air tu Farouk baca yasin kt surau dgn pakcik2........."
Alahai Farouk, rupanya dia pergi surau sorg2.
Sebenarnya surau tu betul2 berhadapan dengan rumah ibu je. Yelh risau gak, tiba2 je hilang. Rupanya dia dh maklumkan pada ayah nk pergi sendiri. Alahai anak bujang ibu...Moga bila dh besar nnti, Farouk jadikan bacaan yasin tu amalan yg rutin.....Insyallah.....

Ayam Masak Lemak Cekur Versi Jawa......

 Ibu xtau la betul ke nama resepi kat tajuk n3 ibu nie.
Resepi ni ibu belajar dengan MIL.
MIL ibu orang Jawa.
So ibu letak la nama camtu.
Resepi ni sedap bagi tekak ibulh.
Mayb ada orang xbiasa makan cekur.
Tapi bagi ibu mmg marvelous la.
Sapa nk cuba, meh ambil resepi kt bawah nie.....

ni ha rupanya resepi Ayam Masak Lemak Cekur.

Resepi:
1 ekor ayam -nk guna ikan pn boleh gak...
(dipanggang..ttp ibu nie tramat rajin so goreng jelh...)
3 keping Tempe  
(pn sama dipanggang...ibu goreng gak...rajinkan menantu Mak!!!)
santan pekat.
Minyak untuk menumis
Asam keping
sedikit garam dan gula....
daun cekur dihiris nipis2....

Bahan A (Kisar)
4 ulas bwg merah
2 bawang putih
4 biji cili padi (lagi best colour hijau tu...)
sedikit ubi cekur
sedikit belacan ( ibu xguna cz alah dgn belacan)
*semua bahan A digoreng dlm minyak n pastu toskan dan baru dikisar....

Cara:
Guna minyak yang digunakan menggoreng bahan A tadi.
Tumis bahan A yg telah dikisar sampai naik bau.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Masukkan asam keping.
Masukkan ayam dan tempe yang siap dipanggang/goreng.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tutup apa dan hiris daun cekur dan tabur di atas.
Siap utk dimakan........

bagi sesiapa yg xpernah tengok pokok cekur nilh pokoknya.
Isinya mcm kunyit ttp  kecik2 je n berwarna putih....
Pokok ni ibu tanam dalam pasu kt belakang rumah je.
Selain ayam masak lemak cekur, urap(kerabu versi Jawa) juga menggunakan cekur.

ni sayur sampingan makan dengan masak lemak tu.....
Malamnya xleh tidur cz angin 1 badan.
Terpaksa la ayah kena jadi tukang urut...hu..hu.hu....

About me