Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Jun 2009

Suprise lagiii.....

Story 3
Hari ni aku terima lagi satu suprise dari anak-anak muridku....Pagi-pagi aku free dan cuba buka internet kt bilik khas ku..eeemmm, dah 2 hari tak ada line. kenapa ye????????. Bosan pulak aku rasa. So aku siapkan fail-fail yang terbengkalai....Menimbun-nimbun kerja menungguku. Apa nak buat. Terpaksalah aku siapkan juga.......

Sambil menyiapkan kerja-kerjaku tu, sempat juga aku melepaskan stress....apa lagi, ........melukislah. Hilang segala tekanan kerja aku untuk seketika........hemmm, lapang dan tenang aku rasakan....


Sejam sebelum waktu rehat aku ke kelas Tahun 4 untuk subjek Mathematics...sebagai tanda terima kasih untuk kejutan semalam, aku belikan bebudak tu cenderahati, murid perempuan aku belikan sepasang sepit rambut comel dan untuk murid lelaki pula aku belikan gam kartun...eemmm happy nampaknya bebudak tu semua.....ramai-ramai mereka ucapkan terima kasih kepada aku....
Sebelum rehat datang 2 orang murid perempuan iaitu Nuris dan Sa'odah (murid tahun 5 ) jumpa aku. "Cikgu kejap lagi pergi ke kelas kami ye"......" kami nk sambut birthday cikgu "....Aku terperanjat untuk kali yang entah ke berapa. Emm...gembira sungguh aku rasa dengan penghargaan dari anak-anak muridku. "Insyallah cikgu akan ke sana nanti ye..".. "Terima kasih".

Waktu rehat aku dah tak suspen lagi coz sudah dimaklumkan mereka nak sambut birthday aku. Terus aku meluru ke kelas Tahun 5. Sambil tu terbayang kek yang mereka tempah...tersenyum aku sendirian dengan kesungguhan akan-anak muridku itu.......
Patutlah semalam mereka semua keluar bersalaman dengan aku sewaktu aku melintasi kelas mereka...rupa-rupanya mereka pun tahu bila birthday aku. Menurut kawanku Mahani, bebudak ni siap ke pejabat untuk lihat tahun kelahiranku.....siap kira berapa usiaku sekarang..... eemmmm, dah tua rupanya aku ni....


Buka aje pintu kelas hampir pengsan aku dibuatnya. Mereka sambut aku dengan bunyi letupan yang agak kuat.....Terperanjat aku dibuatnya.. Aku dah set kat kepala mesti mereka akan sambut aku dengan ucapan dan nyanyian seperti yang dilakukan oleh murid-murid tahun 4.....rupakan lain pula caranya.....hai, terperanjat lagi aku.....
Hai..macam-macam kerenah anak-anak muridku nak tunjukkan kasih sayang mereka pada aku. Apapun aku tetap bahagia.......

Mereka bawa aku ke meja dan suruh aku potong kek sambil mereka nyanyi beramai-ramai. Untuk kesekian kalinya aku rasa amat terharu dangan penghargaan yang mereka berikan...Aku kehilangan kata-kata....aku juga menerima sebungkus hadiah......sepasang kain yang cantik coraknya...Aku hanya mampu ucapkan terima kasih....dan aku tidak lupa berikan mereka buku nota kecil yang comel yang kebetulan dijual di kedai buku sekolah sebelum mereka pulang sebagai tanda terima kasih aku pada mereka......
Terima kasih anak-anak muridku di atas ingatan yang kalian berikan........Tidak terbalas segala yang kalian berikan buat cikgu....


Terima kasih juga untuk Amir Hamzah Tahun 4(salah seorang pelajarku yang baik dan tekun) kerana beri hadiah kepada cikgu, begitu juga dengan Shahirah ( rajin menolong cikgu)...juga untuk semua anak-anak murid cikgu.....cikgu doakan agar kalian semua menjadi anak-anak yang baik, soleh/solehah dan mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran...amin..

24 Jun 2009

2 Suprise Hari Ni.....

Story 1

Pagi macam biasa pergi sekolah..belum smpt turun kereta, bbrapa org muridku meluru..mcm biasa salam dan tetiba aku terima ucapan "selamat hari jadi cikgu"..aku terpingga seketika.."eh! hari ni birthday cikgu ke???" " mana awak tahu???"...." kita taulh cikgu"..Terus aku naik ke bilik guru, Kak Simah meluru bersalam dan peluk aku, terperanjat aku dibuatnya....."Selamat Hari Jadi Cikgu Zakiah", lantas kwnku Mahani pula peluk dan cium pipi aku .."Selamat Hari jadi Yah"...eeem terharu sungguh. Terima kasih semua...aku pun dh hampir lupa hari ni birthday aku...dh tua rasanya...

Lepas rehat aku suruh murid Th 4 ke PSS utk subjek PSV ......eemmm masing2 senyum semacam tengok aku smbil bisik2 sesama sendiri....ada apa ye bebudak ni asyik senyum2, jeling aku semacaam jer,....kejap2 ada suara dok panggil cikgu2..apa kena dengan bebudak ni...


Waktu akhir subjek Mathematics Tahun 4. Waktu turun tangga ada seorg muridku jerit...Cikgu Zakiah dtglah weh!!!!..aku mkn pelik..apasal bebudak ni..semacam jeerr...macam nampak singa jee..aku ada buat salah ke kt mereka hari ni..????? Bila aku lalu dkt Tahun 5, semua murid Th 5 keluar kelas bersalaman dgn aku..eh, mimpi apa bebudak ni..siap keluar kelas utk bersalam dgn aku..rasa mcm artis lak..aku makin confuse...???????.

Tetiba kt pintu kelas Tahun 4, pintu lak di tutup.Mula aku nk membebel... Dah le pintunya sush nk buka....hai..mcm2 kerenah ank2 muridku ni...tiba2 aja bila pintu di buka..ramai2 mereka jerit dan siap nyanyi lagi "HAPPY BIRTHDAY "...terpingga2 dan terperanjat aku dibuatnya.


Mujur aku tak ada sakit jantung....kalu tak, time tu juga aku mati...Baru aku tahu rupa2nya ank2 muridku buat suprise utkku...terharu dan syahdunya aku..tak dpt diluahkan dgn kata2...


Diusia semuda itu mrk sudah tahu menghargai aku seorg guru. Makin terharu bila aku lihat di atas meja siap ada sebiji kek yang besar berhias cntik, buah kegemaran aku... manggis, air botol dan mcm2 lagi.....seorang murid menghulurkan aku satu bungkusan hadiah....hampir nk menitis airmata melihat wajah2 ikhlas ank2 muridku.....siap tlg kopekkn lagi buah manggis utk aku....., mrk kucup tangan dan peluk aku penuh ikhlas....
kalian terlalu baik, jujur dan ikhlas ...... terkdg kalian buat cikgu ketawa, tersenyum dan terkdg hilang sabar dgn kerenah kalian.... terima kasih anak2 muridku.


Ketahuilah kalian...marah cikgu bukan kerana benci tetapi atas rasa sayang dan tanggung jawab ingin melihat kalian berjaya......insyallah....ketahuilh, inilh Hari Jadi Terbaik yang pernah cikgu rasai...Terima kasih anak2 muridku.......


Story 2

Pagi-pagi lebih kurang 5 pagi aku dah bangun untuk masak sarapan dan makanan untuk makan tghari...tiba2 aku terpandang kotak kek atas meja. Tak tahu dari mana datangnya.....kerana tak sempat aku terus lupakan tentang kotak tu dan terus ke sekolah......

Tengahari..... balik rumah, terus aku meluru ke dapur aku dan sekali lagi mataku tertumpu pada kotak itu...lantas aku buka...emmm ada keklah.


Tak tahu dari mana datangnya. Pelik dan hairan. Semalam tak ada. Tiba-tiba pagi ni ada atas meja dapur. Bila dan siapa yang beli kek tuu....Nak kata suamiku, dia keluar rumah pagi-pagi lagi..kedai kek mana ada buka pagi-pagi. Suamiku dah bertolak ke JB....suspen, suspennn....... aku confuse kali ke dua ??????????

Aku tanya anak2...katanya ayah dan Naurah pergi kedai malam tadi..time tu aku dah lena tidur...emm patutlah tiba-tiba jer ada kek pagi2 buta...Ingatkan kek yang turun dari kayangan....Ngeri je masa tu aku rasa....Dahlah pagi-pagi buta. Nak buat suprise......
Petang, anak2 berkumpul nk potong kek, ktnya ayahnya dah pesan tak payah tunggu coz hari ni Mr Hubby ada mesyuarat dgn KPM-JPN-KPPK kat JPNJ Johor Baharu...mlm baru balik...Gitulah Mr Hubby, mesyuarat sana-sini..


Esok berkejar lagi ke JB untuk mesyuarat MBJ-JPNJ..... tapi tak apalah asalkan dia tak lupa belikan aku kek keju, kek kegemaran aku.....Thank You Very Much, abang.......Juga terima kasih tidak terhingga kepada anak2 tersayang yang menghadiahkan ibunya dengan losyen, bedak, toner dan kain pasang..................


Terima kasih untuk suami dan anak-anak yang tidak pernah lupa menghargai aku.....kepenatanku hilang begitu saja bila melihat keperihatinan kalian semua kepada aku...syukur aku kehadrat ilahi dikurniakan anak-anak yang mendengar kata dan tidak pernah meninggi suara terhadap kedua orang tuanya...Doaku agar anak-anakku membesar dengan sempurna dan menjadi anak-anak yang soleh/solehah serta berjaya dalam hidup.....
Dapat kain pasang dari along dan angah....thankz my sweet heart.....




Naurah dan Beby hadiahkan losyen, bedak dan toner...thankz my sweet heart...




EEmmm...Farouk nak hadiahkan ibu kereta...

23 Jun 2009

Tensionnya ...Blog xboleh buka..kenapa ni


glitter-graphics.com

Balik dari sekolah macam biasa terus menuju ke lap-top....buka blog tapi hampa..tunggu punya tunggu blog family tak kluar...eeee....tension betul!!!!!! Kenapa ye????????Apa masalahnya????

About me