Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan vietnam. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan vietnam. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

13 Julai 2016

Riang Ria Raya Part 1

Bersua lagi setelah ibu menyepi beberapa minggu.
Kisah riang raya hari pertama.
Taip laju-laju sebab nak jugak kisah ni tertepek di sini...huhuhu....

Macam biasa selama 24 tahun usia perkahwinan kami..
Kami sekeluarga akan menyambut raya di kampung ibu dulu dan 
barulah menyambut di kampung en ayah.
Keputusan yang direncana oleh en ayah sejak awal perkahwinan kami dan 
dipersetujuai oleh ibu mertuaku.
Ibu sebagai seorang isteri dan menantu mengikut aje.
Dalam hati mestilah berbunga riangggggg........

Terima kasih abang...terima kasih MAK kerana mak terlalu memahami dan 
ikhlas walaupun ada
insan yang tidak puas hati dengan keadaan ini.
Kesian en ayah yang mungkin menjadi bahan ketiadak puasan hati orang lain dan 
mungkin "orang tertentu" cop ibu sebagai queen control dan mementingkan diri sendiri...

Biarlah...Hanya Allah yang tahu dan yang penting keputusan ini 
di atas persetujuan antara ibu, en ayah dan MIL........
Yang paling penting keikhlasan dalam melakukan sesuatu.
Kalau tak ikhlas dan sering berburuk sangka pun tak guna.
Pahala tak dapat.....buat penat dan stress je....
Alamak......sesi luah perasaan pulak....he3x...

Tahun ni rasanya kami baru ada tema warna.
"HITAM ITU MENAWAN"....
Rasa macam berkabung pulok...ha3x...
Raya sebelum ni kami ber"tema" fesyen sama tapi berlainan warna.
Ini pun dah last minute bertema warna hitam sebab kesian en Ayah gigih beli baju rayanya dan Faroukkat Vietnam semasa ayah berseminar kat sana.

Ayah dan ibu memang tak ada peluang la nak posing sesama sebab ada je budak menyelit kat tengah.

Permata hati ibu ...mama, abah dan 5F.

3 generasi....Angah...ibu dan mama....

5F......nak p mana tuuuuu....?

Lepas solat sunat raya ibu sekeluarga + family adik rushing pergi beraya rumah pakcik/makcik.
Balik rumah dah tak boleh kemana-mana sebab tetamu mula datang.
Ok ni je kisah raya pertama....
Gambar beraya rumah pakcik/makcik memang tak ada dalam stok....
Sejak dua menjak ni ibu dah tak berminat snap gambar.....hihu...
Ok...kalau ada kerajinan ibu sambung lagi kisah raya seterusnya......


2 Januari 2016

Kenangan Nov dan Dis 2015

Bersua kembali di Tahun 2016.
Banyak kenangan pahit manis yang menjadi catatan sejarah dalam hidup ibu sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah 2015 banyak mencatatkan kemanisan dalam hidup ibu.
Banyak impian ibu Allah makbulkan...Syukur Alhamdulillah

Semua sedia maklum tahun 2015 blog ibu semakin sepi dan suram.
Nak kata sibuk memang itu bukan alasan.
Tapi tulah...makin hari ibu makin kaku menaip di sini.
Banyak kisah 2015 terbangkalai begitu saja.
Sayang rasanya sebab detik-detik indah tak dapat dicoretkan di sini.
Ni pun ibu cuba ringkaskan dan biarlah gambar yang berbicara.......

November

 bawa kanak-kanak rebina ke "Lawatan Sambil Belajar"....he3x
Tengok mumia...piramid...unta.........bla..bla..bla..

Result UPSR keluar.
Ibu redha dengan keupayaan Farouk.
Dia tidak mampu pertahankan deligasi kecemerlangan kakaks yang dapat result tip-top.
Namun ibu redha terimanya....
Ibu tetap bangga dengan pencapaian farouk...
Sayu hati ibu melihat airmata kecewa Farouk...
Dalam hati ibu berkata2.."Alahai nak nangis pulak bagai.....belajar suam-suam kuku dan
penuh vitamin M...mana nak dapat straight A.....kejam tak ibu!!!!!.
Mungkin selama ini ibu dan ayah berada dalam ZOn Selesa dengan kecemerlangan
4Farahs.....
Balik dari P.Langkawi Ayah terbang ke Vietnam pulak selama 1 minggu.
Souvineer daripada Ayah buat ibu dan anak-anak....Alhamdulillah

Disember
Ho.ho.ho.....balik kampung...
 Bercanda sambil JJCM kat Pantai Cahaya Bulan KBharu.

 Kalau balik kampung di kelantan wajib datang JJCM kat sini sebab feveret mama -sotong celup tepung.

hantar adik berkursus sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang doktor muda.
Doktor ke 2 dalam family ibu.
Alhamdulillah adik Yu posting di tempat abangnya bekerja dahulu.
Dekat dengan rumah abah/mama.
Lagipun kalau tak silap ibu hospital tu ada lebih 6@7 orang sepupu sepapat ibu bekerja
sebagai doktor.
Jangan terperanjat ye sebab family ibu sebelah abah memang ramai bergelar doktor...he3x
Good luck Yu...tempuhi cabaran dengan semangat yang kuat.

 Pot yang sering ibu pergi bila berada di kg iaitu RTC.
Bila pergi sini ibu akan lupa segala2nya.
Tengok pelbagai lauk pauk segar..makanan tradisional dan macam-macam...fuh....

 Alhamdulillah...2Farahs mengubat hati ibu dengan hadiah kecemerlangan.
14.12.2015 Serentak mereka mendapat result exam.
Syabas beby kerana mampu kekalkan Anugerah Dekan dalam exam Sem 3.
Dan Syabas Kakak Naurah kerana mampu kekalkan kecemerlangan.
Maaf ye Kakak sebab tak dapat hadir di hari pengumuman di dewan sekolah sebab masih berada di kampung.
Katanya berkali-kali nama kakak Naurah diumumkan di pentas namun tuan badan tak hadir...huhuhu....


Beby jugak telah menduduki upgrading black belt 2nd Degree .
Alhamdulillah Beby berjaya dengan cemerlang.
Satu2nya calon perempuan tunggal dan termuda....
Dan sekarang Beby dah layak menjadi tenaga pengajar di Kolej2 dan politeknik.
Tak sia-sia pelaburan ayah selama ini.....
Apapun Ibu sangat-sangat bangga dengan kalian.....

Januari
Ibu dah mula sibuk dengan meeting..
Menguruskan pendaftaran Farouk dan Naurah.
Juga syabas untuk Ayah di atas kenaikan pangkat.
Permulaan yang baik untuk 2016.
Moga rezeki kami sekeluarga bertambah murah.

Juga saat ini Along(UTEM) dan Angah(UiTM) sedang berjuang dengan exam Sem.
Good luck anak-anak ibu.
Ibu percaya anak-anak ibu mampu lakukan yang terbaik.
Doa sentiasa mengiringi kalian disetiap saat.......




4 Julai 2014

Kisah Minggu Lepas

Hari ni dah masuk puasa ke 6.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.

Kisah praRamadhan terperap dalam draf.
Berhabuk dan bersawang.

Cuti 4 hari sebelum dan diawal Ramadhan sempat layan 4Farahs bershopping kat Melaka.
Niat hati nak cari baju raya yang ready-made.
Si ibu dah 2 tahun "bersara" jahit baju raya anak-anak.
Punyalah cerewet 4Farahs ni.
Habis lengguh kaki dan lutut si ibu nie.
Ayah tak ikut serta kerana sibuk dengan meeting Cuepecs tang bonus gomen minggu lepas.
So ibulah jadi mangsa melayan 4Farahs.
Adeh....ikut sapalah tu cerewet sangat tang memilih baju tu??????
Akhirnya balik tanpa baju raya.
Rasanya dah lebih 4-5 buah kedai kain baju tu kami masuk.

Hari dah makin petang.
Tekak dah kering...perut dah lapar minta diisi.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Layan jelah tekak 5F tu.
Macam biasa fast food jugaklah pilihan mereka.
Baru senyap dan takde komen.
Ibu sekadar alas perut dengan zinger burger je.
Tekak ibu dah tak macam dulu lagi.

Dah bertapa kat rumah ibu ambil kesempatan selongkar khazanah yang tersadai kaku
kat sudut bilik.
Itupun sebab Along sibuk nak berkemas.
Buka beg travel...MasyaAllah...rupanya banyak lagi khazanah kain baju yang ibu beli
semasa melancong luar negara tahun lepas.
6 pasang kain berbaki yang ibu beli di Bandung,
 2 pasang dari Vietnam, 2 pasang masa beli kat Shenzuan dan
2 pasang beli kat Ghuangzho......
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.

Nampak tak ibu ni menang membeli tapi kalah bab-bab membudget duit.....
Itulah kelemahan ibu sejak dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba mood menjahit datang membara.
Tengah syok menjahit stok benang pulak habis.
Syiok betul.
Terus hilang mood yang ibu tunggu berbulan-bulan.
Tergendala lagi cita-cita nak jahit baju.......
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.

28 Mac 2014

Kepulangan

Terima Kasih di atas ucapan Tahniah dan doa2 buat Naurah dan Beby.
Bersua lagi kita setelah ibu menyepi beberapa hari.

Cuti kali ini ibu agak tergesa-gesa balik ke kampung.
Kebetulan result SPM keluar sehari sebelum cuti.
Ibu terpaksa tumpukan sepenuhnya dulu pada persediaan Beby.
Memantau dia settlekan apply UPU.
Maklumlah Beby ni agak cool dan tak ambil kisah....
Ayah yang sentiasa sibuk dengan urusan di luar kawasan.
Along dan Angah yang sedang berjuang dengan peperiksaan.

Akhirnya disaat-saat akhir ibu terpaksa pulang kerana pakcik ibu sakit.
Keadaannya agak membimbangkan ibu.
Hati ibu gundah, risau, sedih dan sayu.
Ayah mengambil keputusan menempah tiket untuk ibu, Naurah dan Farouk..
Saat ini ibu dan anak-anak agak fobia bila memikirkan balik menaiki penerbangan.
Padahal semua itu adalah ketentuan Allah.

Akhirnya ibu dan anak-anak berkeras balik menaiki bas.
Ibu tak kisah melalui perjalanan yang panjang asalkan hati ibu dan anak-anak tidak gundah.
Aduyai....itulah kelemahan ibu sebagai insan yang serba kekurangan......
Farouk sempat menurunkan tanda tangan dan sepotong doa di sini
sewaktu ayah berhenti mengisi minyak untuk hantar kami ke station bas..

Ibu di kampung tidak lama.
CUma 4 hari 3 malam.
Itupun ibu sempat beberapa kali ulang-alik ziarah pakcik di hospital.
Ibu memang tidak sempat nak kemana-mana seperti biasa.
Dengan jalan yang sesak teruk akibat cuti sekolah dan hari ke 3
bertembung pulak dengan perlawanan bola antara Kelantan-Johor di stadium
berhampiran....Memang sesak sangat-sangat.

Suhu agak tinggi namun panasnya tidak mencengkam.....

Hari yang ke 2 ibu cuma sempat singgah ke gedung yang menjual tudung.
Ini pun selepas ke hospital menziarahi pakcik.

Ibu cuma sempat rembat 3 helai tudung sebab dah mula rambang mata....

Hari pertama ibu sampai adik ipar baru balik dari Vietnam.
Banyak jugak dia beli kain.
Ibu sempat sambar 2 pasang.
Kainnya sejenis cotton tapi amat lembut.....

Memang kali ni tidak puas bercuti di kampung.
Tapi apakan daya, terlalu banyak kekangan.
Berat hati nak melangkah meninggalkan pakcik yang masih tenan,mama dan abah.
Hati perlu kuat untuk lalui semua ini.
Semoga Allah sentiasa lindungi insan-insan tersayang di bawah
limpahan rahmat dan kasih sayangNya.....amin...

28 Januari 2014

Kembara Ke Universal Studio Singapore (USS)

Wah canggih punya tajuk.
Sebenarnya percutian ibu
ke Universal Studio Singapore (USS) memang tidak dirancang.
Sebab tu ibu kata "Kembara" ala-ala "Explore-race"....
Cuti-cuti obesi yang spontan...
Tiada sebarang perancangan tapi dibuat tiba-tiba.....

Tujuan catatan pengalaman ni untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang ingin terjah
macam ibu nie.
Manalah tahu ada rakan-rakan ke JB dan tiba-tiba teringin nak pergi "obesi"
diseberang sana.....

Tapi pastikan kita memiliki pasport antara bangsa.
Money changer ada di station bas Larkin.
Masa ibu tukar duit Malaysia turun lagi.
$1 = RM2.85

Ibu sebenarnya mengidam nak ke Singapore sejak
lahirkan Along lagi.
Masa tu wad bersalin ibu betul-betul mengadap Singapore.
Tapi tak tahu dimana silapnya impian ibu tak tercapai walaupun
ibu pernah jejak kaki ke negara-negara lain tapi belum ke Singapore.
Dasyatkan.

Perjalanan bermula:
1. Station Bas Larkin, JB
Biasanya bila naik bas dari Utara, Pantai Barat atau Timur
hentian utama di Larkin.
Kalau turun di Kota Raya boleh dapatkan teksi ke station bas Larkin.

2. Bas 170
Untuk ke Singapore tak perlu kita booking tiket bagai.
Terus cari Bas 170 berwarna kuning.
Tambang dalam RM2.20 ke imigesen Malaysia.
Perjalanan pun dekat saja dalam 10 minit.

3. Check in Imigresen Malaysia
Turun bas 170 kita pergi untuk check in di  level atas dengan
menaiki escalator
Selesai "check in" kita terus dapatkan bas 170 semula.
Kalau terlepas bas jangan risau sebab
bas 170 sentiasa ada.
Ada tempat menunggu bas.
Pastikan tiket jangan dibuang sebab tiket tu boleh digunakan semula.

4. Check in Imigresen Singapore.
Tak sampai 10 minit kita sampai ke imigresen Singapore.
Itupun jika jalan tak sibuk.
Paling selamat pergi masa bekerja.
ibu pergi Hari Jumaat so tidak perlu beratur sebab memang tak
ramai orang.
Isi borang dan terus "check in" ke Singapore.
Imigresen Singapore sama macam Malaysia dan Indonesia.
Tidak cerewet berbanding semasa ibu ke Vietnam , Hong Kong dan China.

5. Bas ke Pulau Sentosa
Turun dari Imegresen tu terus menuju ke bas stand.
Jangan segan bertanya ye.
Alhamdulillah ibu jumpa semua yang baik dan peramah tak kira Melayu dan Cina.
Semua dengan ramah sedia membantu kami.

Ada bas berwarna merah menuju ke Pulau Sentosa.
Tak perlu beli tiket kat kaunter.
Bayar je semasa naik bas.
Seorang dalam $5.
Pastikan sediakan wang sekeping $5 kerana baki tidak akan
dipulangkan.
Perjalanan dari Woodlands ke Pulau Sentosa lebih kurang 1 jam.

6. Universal Studio Singapore USS
Bas terus membawa kita menuju ke sana.
Kalau tak silap ibu, station bas ni bawah tanah.
Luas sangat.
Sampai je kita terus naik eskalator ke USS.
Memang tak sesat punya sebab bas parking betul-betul depan tangga escalator.
Dan jangan risau sebab banyak bas yang akan membawa kita kembali
ke Woodlands/imigresen  tu dengan tambang yang sama.

7. Tiket USS
Ibu beli di kaunter.
Agak mahal sebab petukaran duit Malaysia yang turun.
Tiket berharga $74 seorang.
Masa ibu pergi pertukaran wang yang rendah menyebabkan tiket jadi RM215
Katanya kalau kita tempah melalui on-line lagi murah.
Tiket tu diberi tempoh 6 bulan dari tarikh booking.
Dengan tiket tu masuklah kemana-mana saja.
Pastikan tiada bayaran lain dikenakan.
Sama macam kat Disneyland.
USS ditutup pada 7 malam.


8. Makanan dan Minuman
Tak ada masalah untuk dibawa masuk.
 Pastikan makanan dimasukkan ke dalam beg bertutup.
Ibu sekadar bawa roti dan air.
Kat dalam tu banyak gerai makanan dan banyak juga yang halal.

9. Solat
Disediakan tempat solat kat dalam nie.

 Taraaaaa......akhirnya USS di depan mata.
Bukan main melancong ke obesi bagai, USS belum pernah jejak...hehehe.....
Bila naik je dari eskalator kita akan jumpa trade mark ni.
Posing la puas-puas....
Ni bahagian luarnya.
Kalau tak masuk pun boleh aje posing sini tanpa apa-apa bayaran....

Along yang teringin sangat nak ke sini.
Katanya cuti sem berbaki 2 minggu lagi......
Alahai, anak-anak sekarang bila cuti ajak pergi obesi...
Ibu dulu nak pergi KL pun susah tau.....
Puas hati dapat bergambar kat sini....hahaha....
nanti tunggu siri jelajah kami ke USS.
Seterusnya nanti ibu akan bawa semua ke
Hollywood,
New York,
Sci-Fi City,
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......
Tungguuuu....

8 Januari 2014

Shenzen Part 2- Kilang Jed dan Bamboo

Sambung lagi siri jelajah Negara China.
Daerah ke 3 ialah Shenzhen.
Perjalanan diteruskan setelah beberapa ketika kami berada di Window Of World.
Lebih selesa berada dalam bas berbanding suhu di luar yang sejuk.


Bangunan pencakar langit disepanjang perjalanan.
Kereta-kereta mewah menjalar di jalan raya.
Amat berbeza semasa ibu ke Vietnam yang jalannya hanya dipenuhi motosikal.....
Di sini semua jalannya besar...berlorong 3 dan 4.

Kami dibawa ke pusat jualan jed milik kerajaan.
Kalau nak membeli jed seeloknya ke pusat jualan kerana kita tidak ditipu
kerana setiap barangan dibeli disertakan kad jaminan/warranty.
Kebanyakan jed yang dijual di luar sana banyak sangat penipuan berlaku.

Danial, pemandu pelancong kami memberi penerangan dipintu masuk.
Hanya di area sini dibenarkan mengambil gambar.
Kawalan amat ketat sebab ada diantara jed bernilai jutaan ringgit....

Naga ini pun daripada jed.

Kapal tu tu diperbuat daripada jed bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Danial mampu menuturkan beberapa patah perkataan dalam Bahasa Melayu.
Comel je sebutan dia.
Tapi dia lebih selesa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris
 walaupun terkadang sebutan dia tu mengelirukan.....

Bila masuk ke dalam kami tidak dibenarkan tangkap gambar.
Ada sesi penerangan untuk memilih jed berkualiti.
Ruangan pameran membuatkan kami terpegun melihat harga jed yang dipamerkan.
Ada yang bernilai jutaan ringgit.
Kemudian kami dibawa ke bahagian pemasaran produk.
Melopong mulut ibu.
Mula rambang mata.
Semua berkenan....huwaaaaaa......

Kat sini tidak ada masalah interkasi kerana beberapa orang pekerja
fasih bertutur dalam Bahasa Indonesia.
Tetiba ibu rasa macam duduk kat Indonesia pulak....he3x....

Ibu pun terjebak sama membeli gelang jed dan loket di sini.
1 gelang ni bernilai RM500 = 900 yuen dan lokek tu RM200 ( RM1=1.80 yuen).
Itu je yang mampu dibeli.
Ibu juga belikan 3F tu lokek jed.
Geram jugak tengok gelang jed yang lain tapi harganya buat ibu berpeluh
walau pun di dalam bilik yang sejuk.
Ooo..sebelum lupa, duit di Shenzen berbeza antara Macau dan Hong Kong.
Jika di Macau dan Hong Kong ibu menggunakan duit Dollar Hong Kong
tapi di Shenzhen dan Guangzhou mereka guna duit yuen.

Posing dulu sebelum ke destinasi seterusnya....

Seterusnya kami dibawa pulak ke sebuah kilang produk daripada buluh.
Rupanya pelbagai barangan yang diperbuat daripada buluh termasuk
pakaian, mainan dan perubatan.
Pintu masuk.


Sebelum dibawa masuk ke kedai, kami diberi penerangan dan demonstrasi oleh pekerja di sini.
Ibu curi-curi snap pic nie..muahaha.......

Menuju ke kedai jualan barangan daripada buluh.
Sebesar-besar karpet hingga ke barangan kecil dijual di sini.
Harganya mampu beli berbanding di Macau dan Hong Kong.
Cuma t-shirtnya agak mahal.
Tapi memang selesa dipakai kerana ianya amat-amat lembut.
Sebakul juga barang yang ibu beli di sini.
Lupa pulak nak snap gambar sebab masa tu ibu dah mula lupa diri....he3x....

Antara barangan yang ibu beli..
Semua tu berasaskan buluh....
Kainnya memang lebih lembut berbanding cotton.

Buluh yang digunakan....
Agak lama juga di sini sebab kaum kerabat berborong sakan.

Ibu keluar lebih awal berbanding yang lain.
Risau habis melabur di sini sebab banyak lagi destinasi yang kami nak pergi.
Sementara menunggu yang lain kami posing-posing yang tidak ada motif....hehehe....
Naurah dan Farouk

Ibu dan Farouk pulak....

Merayau-rayau seketika....


Kat signboard pun bergambarrrr......aduyaiiii....
Posing dulu sebelum mengisi perut di sebuah restauran Halal di Shenzhen.

Selesai makan kami bergerak ke destinasi yang ibu tunggu-tunggu....
Jom...shopping...shopping....

About me