Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan hong kong. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan hong kong. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

4 Julai 2014

Kisah Minggu Lepas

Hari ni dah masuk puasa ke 6.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.

Kisah praRamadhan terperap dalam draf.
Berhabuk dan bersawang.

Cuti 4 hari sebelum dan diawal Ramadhan sempat layan 4Farahs bershopping kat Melaka.
Niat hati nak cari baju raya yang ready-made.
Si ibu dah 2 tahun "bersara" jahit baju raya anak-anak.
Punyalah cerewet 4Farahs ni.
Habis lengguh kaki dan lutut si ibu nie.
Ayah tak ikut serta kerana sibuk dengan meeting Cuepecs tang bonus gomen minggu lepas.
So ibulah jadi mangsa melayan 4Farahs.
Adeh....ikut sapalah tu cerewet sangat tang memilih baju tu??????
Akhirnya balik tanpa baju raya.
Rasanya dah lebih 4-5 buah kedai kain baju tu kami masuk.

Hari dah makin petang.
Tekak dah kering...perut dah lapar minta diisi.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Layan jelah tekak 5F tu.
Macam biasa fast food jugaklah pilihan mereka.
Baru senyap dan takde komen.
Ibu sekadar alas perut dengan zinger burger je.
Tekak ibu dah tak macam dulu lagi.

Dah bertapa kat rumah ibu ambil kesempatan selongkar khazanah yang tersadai kaku
kat sudut bilik.
Itupun sebab Along sibuk nak berkemas.
Buka beg travel...MasyaAllah...rupanya banyak lagi khazanah kain baju yang ibu beli
semasa melancong luar negara tahun lepas.
6 pasang kain berbaki yang ibu beli di Bandung,
 2 pasang dari Vietnam, 2 pasang masa beli kat Shenzuan dan
2 pasang beli kat Ghuangzho......
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.

Nampak tak ibu ni menang membeli tapi kalah bab-bab membudget duit.....
Itulah kelemahan ibu sejak dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba mood menjahit datang membara.
Tengah syok menjahit stok benang pulak habis.
Syiok betul.
Terus hilang mood yang ibu tunggu berbulan-bulan.
Tergendala lagi cita-cita nak jahit baju.......
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.

18 Februari 2014

Restaurant HALAL di Macau, Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou.

N3 penutup siri jelajah ibu ke Negara China.
Sila jangan muntah ye....hehehe....
Terjumpa satu lagi tajuk yang belum publish....abar jelah.

Kalau pergi ke luar negara,
perkara pertama yang kita fikirkan tentang mencari makanan halal
dan boleh diterima tekak.
Kalau boleh kita nak bawa stok makanan yang banyak.
Maklumlah makan untuk hidup dan hidup untuk makannnn.....

Makanan Halal dan tandas jadi isu utama kalau ke luar negara.
Kalau nak berjalan pastikan sentiasa bawa botol kosong dalam handbag.
Bab-bab makanan susah sikit.
Kalau pergi dengan travel macam ibu tak ada masalah tapi kalau pergi sendiri tentu
mendatangkan masalah.

Di sini ibu buat n3 beberapa tempat makanan halal di 4 buah daerah yang
ibu lawati.

A. Shenzen-Restaurant Muslim Hotel
Semasa di Shenzhen kami menginap di hotel berhampiran.
Ibu pun tak pasti kenapa kami tidak menginap di sini....
Kami dibawa makan di sini semasa berada di Shenzen.
Biasalah menu orang Cina yang meriah dengan sayur-sayuran segar.
Bagi ibu tidak ada masalah untuk meratah sayur-sayuran itu kerana ibu suka sayurrr.......

Sijil apa ke benda entah.
Ibu snap semasa menaiki tangga ke tingkat atas.....
Semua dalam tulisan Cina....

Di aras 1.
Ibu tertarik dengan gambar di belakang Naurah Farouk tu.

Beginilah hidangan yang kami makan.
Setiap meja untuk 10 orang.
Memang makanan itu semua tidak pernah habis kerana terlalu banyak.....
Lagipun Farouk dan Iman memang anti nasi.
Makan kena paksa......
Ibu and the geng memang tak larat nak habiskan semua hidangan tu.
Terfikir pulak,....mereka ni makan banyak ke apa???
Tengok saiz orang-orang di China semua slim je.
Susah nak jumpa berbadan besar macam geng kami.....hahaha.............

Ini untuk sarapan.
Dah macam makan tengahari.
Cuma yang tak bestnya kami dihidangkan dengan bubur nasi.
Masing-masing merungut sebab bubur nasinya macam nasi + air.....huhuhu...
Makan jugak sebab nak alas perut.
Maklumlah sepanjang hari kami habiskan di atas bas....

Ni untuk makan malam kalau tak silap ibu.
Maklumlah kami di Shenzen selama 2 hari .......

Daging kambing digoreng bersama cili.
Boleh tahan pedas dan rasanya oklah...
Dagingnya lembut dan manis....

Ni telur hancur bersama lada banggala.
Menu yang sentiasa ada dimana-mana restaurant yang kami singgah.

Nasi ibu ambil sedikit je sebab lauk terlalu banyak.
kenyang meratah sayur dan lauk.
Kat dalam pinggan ibu tu ada satey kambing.
Satey dicucuk dengan batang besi.
Satey tu pedas sangat dan rempahnya amat kuat hingga hilang rasa keenakan daging kambing....

Sayuran hijau tu selamat ibu ratah.......

 B. Macau- Restaurant Indian
Masa di macau kami dibawa dinner kat restaurant ni.
Masa tengok hidangan buffet nampak macam menyelerakan.
Tapi bila dah rasa masing-masing berubah muka..
Walah, tak tahu nak cakap apa......
Yang tak bestnya di pintu masuk ibu perlu melalui tempat makan
yang tidak halal dan botol-botol arak tersusun depan mata....huhuhuhu...
Terus hilang selera....

Ni je yang ibu ambil.
Itu pun tak habis dimakan walaupun perut lapar.

               
Begedil dan ala-ala samaso.
Begedil tu rupanya diperbuat daripada isi ikan tenggiri.
Oklah rasanya tapi kuih 3 segi tu tak boleh nak telan...huhuhu.....

Desert buah-buahan.
Mula-mula ibu tersenyum riang sebab feveret ibu ni.
Bila masuk ke mulut terus tersekat kat kerongkong...
Aduyai.....tak tahu nak cakap rasa macam mana.
kalau kita guna susu cair tapi depa letak yougart yang masam tu...

                                                Muka Naurah yang tak dapat nak habiskan nasi tu......

             
Farouk termenung panjang setelah makan sesuap nasi....
Topi nilah yang tercicir entah kat mana.
Sayang pulak sebab ayah beli jauh nun di Australia.......

C. Disneyland Hong Kong

Dekorasi di pintu masuk ke restaurant halal....
Terasa seperti berada di sebuah perkampungan orang-orang asli...
Diiringi muzik dan bunyi-bunyian yang agak menyeramkan.......
Restaurant ni besar dan penuh dengan pelanggan.....

Ada sebuah restauran halal di disney.
Jangan risau ye sebab kalau lapar pergi je terjah kat sini.
Ada macam-macam menu berharga antara RM35-50 1 set untuk seorang.
Rasanya oklah.

D. Guangzhou-Abdullah Qinghai Moslem Restaurant
Antara restauran yang terkenal di Guanzhou.
Restaurant ni pernah dikunjungi mantan PM dan PM kita serta orang-orang kenamaan.
Gambar-gambar VVIP ni di framekan di kaunter masuk.

Boleh tahan besar juga dan sentiasa dipenuhi pelanggan.
Ada pelbagai menu di sini.
Kat restauran ni disediakan bilik solat untuk lelaki dan wanita.
Bilik solat tu ala kadar jelah.
Bolehlah kita guna untuk bersolat.....

Ibu pun tak pasti ikan apa.
Tengok rupa macam ikan siakap.
Ikan ni dibela sendiri oleh pihak restaurant dan diberi makan sayur-sayuran sahaja.
Isinya tidak hanyir cuma tidak begitu manis seperti siakap.
Tapi yang tak tahan setiap kali makan mesti ada menu yang sama.
Ikan masak ala-ala sweet sour.
Bila dah 2-3 kali makan memang tekak dah tak boleh nak terima...terasa muak.

                       
Ini pun di restaurant yang sama.

E. Guangzhou-Xinyug Muslem Restaurant 
di Bostan Hotel
Kami juga dibawa makan ke sini semasa di Guangzhou.
Sebuah Hotel 5 bintang yang serba mewah...
Bergambar di pintu masuk.

Ada lif disediakan tapi ibu mendaki tangga ke aras 3.
Terpandang dekorasi ni.

Ni kat atas.
Model kena paksa bergambar di sini....

Dekorasi kat restaurant ni memang cantik dan nampak mewah.

Sedang menunggu hidangan disediakan.
Maklumlah stail mereka berbeza dengan kita.
Hidangan mereka secara berperingkat....
Sama lah kalau kita makan makanan Cina kat Malaysia.
Hidangan akan datang berperingkat-peringkat.....

Budak berdua ni memang tak suka makan nasi.
Kalau paksa makan nasi Farouk dan Iman main kais-kais je.....

Ni nasi ibu.
Ibu makan nasi sedikit je sebab kena habiskan pelbagai sayur-sayuran tu.
Ibu peminat sayur-sayuran dan ulam....

     Di hotel ni disediakan bilik solat lelaki dan perempuan,
cuma kami terpaksa berkongsi tandas.....

Semasa di Hong Kong, kami singgah di Masjid ni.
Sebuah bangunan yang dijadikan masjid, restaurant halal, pusat perjumpaan
muslim di Hong Kong.
Masa ibu di sana, ada kelas mengaji dan usrah sedang berjalan....
Leka ibu lihat pelbagai bangsa dibawah satu Agama bersatu.......
Lupa pulak nak snap gambar kami makan di sini.
Kami sebenarnya kejar masa untuk makan dan solat kerana banyak lagi tempat yang hendak dituju...

Ada sekeping ni je gambar Farouk sedang makan.


Ibu sempat beli wantan yang sangat sedap.
Berintikan udang...ikan dan sayur-sayuran.
Seketul tu RM12.Mahalkan....
Melopong seketika bila ibu bayar.....
Beli jugak sebab nak rasa.....Ibu beli 4 ketul = RM 48..
Kalau kat Malaysia dah dapat sedulang pizza bersaiz sederhana....

Gambar selingan.
Ibu tak tahu apa nama kekacang ni.
Buahnya macam kelongsong buah getah yang  sangat-sangat sedapppppppp..
Ibu beli semasa di Guangzhou.
Kekacang ni dijual di hadapan masjid S'Habi.
Muka penjual tu macam orang Arab..Berjanggut panjang, berjubah dan berkopiah....
Setengah kilo = RM25.

Gambar yang ibu ambil dari en google.
Campuran kekacang seperti kuaci, walnut, badan, kacang dan macam-macam.
Sangat-sangat sedap cuma agak manis.
1kg=RM50.
Ianya dijual dengan motosikal oleh muslim.......
Saiznya memang besar , sebesar separuh meja makan bersaiz sederhana
dan bila kita nak beli mereka memotongnya.



5 Februari 2014

Universal Studio Singapore (USS) -Part 1

Bersua kembali.
Dua n3 yang lepas tu adalah auto publish sebab masa tu ibu cuti-cuti
Malaysia..
Terima kasih di atas ucapan hari lahir untuk Naurah.
Juga mohon maaf kerana masih tidak berkesempatan menjengah ke rumah rakan-rakan.

Hari ni ibu nak sambung kisah percutian singkat ke Singapore.
N3 yang lepas ibu dah bagi cara-cara nak terjah ke USS ala-ala explore race ye.
Hari ni kita pergi melancong dan sama-sama tengok apa yang menarik kat sana.
Manalah tahu ada rakan-rakan blog yang berminat nak habiskan cuti di Singapore....

Pertama sekali ibu amat-amat terharu dengan sikap orang-orang
sana yang baru ibu kenali.
Sangat baik dan friendly.
Tidak sombong dan banyak membantu......TQSM....

Ok jom kita jelajah ke USS
Pot wajib tangkap gambar di sini.
Bukti kita dah jejak kaki ke sini.
Trade mark USS......

Ada  7 tempat yang akan kita jejaki.
Antaranya ialah: 
Hollywood,
New York,
Sci-Fi City,
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......

Ibu rasa saiz USS tidak sebesar Disneyland Hong Kong tapi
kecanggihan teknologinya setanding malah lebih maju.

Hollywood
Hollywood ni berada di pintu masuk.
Tak banyak yang menarik di sini.
Sekadar bergambar dengan "super star" jadian...hehehe....
Ada jugak terjumpa "Marilyn More" yang comel dan seksi.
Masa OTW keluar ada persembahan nyanyian ala-ala bintang Hollywood.
Bila tengok map ada tertulis Monster Rock.
Ibu tak pasti apakah benda ada kat situ.....
Papan tanda Hollywood.
Tiba-tiba berangan berada di sana.....

New York
Lights, Camera, Action pun best.
Mula-mula masuk terasa kebosanan sebab kami cuma diberi penerangan.
Masa tu rasa rugi je beratur lama.
Bila dibawa masuk ke studio baru rasa kecanggihan teknologinya....
Kita ditunjukkan bagaimana berlakunya ribut taufan dan kebakaran.
Melopong mulut ibu.
Memang nampak real sangat.
Tiba-tiba rasa tak rugi beratur lama-lama.....

Sesame Street Spaghetti Space Chase
Mula-mula tengok kat sini ingatkan restaurant jual spaggethi...muhaha...
Aduyai, rupanya tempat permainan yang best jugak.
Memang rugi rasanya tak masuk ke situ.
Sempat bergambar kat gerai kecik depan je....huhuhu.....

Jom layan gambar bangunan yang ada di sekitar New York.

Reka bentuk klasik...

Ni dah penghujung jalan.

Berlatar belakangkan bangunan berseni bina Eropah.....

Kereta klasik.

Sci-Fi City
Accelerator ni roller coster yang sangat mengerunkan.
Tapi semasa ibu beli tiket, pekerja disitu dah maklumkan RS ni ditutup
untuk sementara kerana sedang diselenggarakan......

Transformers The Ride
 yang sangat best.
Perjalanan meneroka ke alam transformers.
Ibu yang dah tua ni pun seronok, apatah lagi anak-anak.
Penerokaan dalam dunia 4D yang membuat kita berasa seolah-olah berada
di dunia transformers yang realiti...
Ibu begitu kagum dengan kecanggihan teknologi yang digunakan.
Along tersangat teruja sebab dia sedang belajar dalam bidang teknologi ICT nie....

Kat sini pun ibu tak masuk.
Tak tahu apa kebenda kat dalam tu.....

Nanti ibu bawakan ke part 2 di zone 
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......
yang lebih best.....

30 Januari 2014

Ghuanzhou Part 6-Ocean World Buat Kami Mengiggil.

Kita lupakan seketika cuti-cuti Universal Studio Singapore (USS) tu ye.
Ada lagi n3 siri jelajah Negara China yang tercicir...hehehe....
Destinasi terakhir di Guangzhou yang kami pergi.
Di dalam ZooLogical yang kami pergi tu ada Ocean World ni.
Kiranya pakej 2 in 1.
Kalau kat Malaysia, Zoo dan Under Water World adalah 2 tempat berbeza...
Tapi memang patut pun sebab tiket nak masuk ke sini agak mahal RM98.

Pintu masuk.....

Pintu masuknya ala-ala Akuaria di KLCC dan Under Water World P.Langkawi...

Masuk ke sini sudah pastinya nak tengok ikan-ikan......
Macam-macam ikan ada....Kebanyakannya penerangannya dalam Bahasa Cina.
Maka jadilah ibu seorang cikgu yang "buta huruf" di negara orang....

Jomlah kita layan gambar ikan yang diambil oleh
 jurukamera yang amat " profesional"...he.he.he...



Ok, dah bosan dan muak layan gambar ikan yang entah apa-apa kita tengok pulak
gambar kaum kerabat yang sudah malas nak posing dengan ikan.....

Naurah je yang mampu tersenyum bila nampak kamera....

Akuarium yang panjang, yang pendek, dalam dan cetek.....
Macam-macam ada.....

Kat sini terlalu gelap.
Agaknya depa lupa nak bayar bil letrik kot....

Cak!!!!.....bergambar tak ada motif.....

Ikan apa entah.....ngeri je ibu utengok rupa ikan tu.
Tapi itulah tanda kekuasaan Allah...
Macam-macam ciptaan yang mengkagumkan.....

Tiba-tiba keluar " puteri duyung" yang sangat-sangat cantik nie.
Putih melepak kulitnya.
Lama jugalah si puteri duyung ni berenang-renang dan ambil udara dan turun lagi.
Ibu tengok seram sejuk.
Tak dapat nak bayangkan si puteri duyung ni terpaksa berenang dalam air dicuaca
yang amat sejuk.
 5 celcius........eeeeeeeeee......
Ibu yang tengok mengiggil kesejukan....huhuhu......

Ikan karp yang sangat-sangat jinak.
Pantang tengok orang...berpusu-pusu ia datang berkumpul.

Bila nampak Iman dan Farouk ikan-ikan ni makin menghampiri.....

Kita juga diberi peluang memberi ikan-ikan ni minum susu dalam botol dengan bayaran
RM2 = 4 yuen.
Leka ibu tengok ikan-ikan tu hisap puting botol macam seorang bayi.
Siap ada bunyi-bunyi macam baby nyonyok susu...comel.......
Aduyai kesian pulak tengok...

Ada zon hutan rimba....

Ikan ni putih melepak....

Tempat ni tidak adalah besar sangat.
Jalan-jalan ..pusing-pusing dah habis.....

Posing kat sini kejap....

Farouk di kelilingi oleh ikan-ikan berwarna merah.....

Cantikan..macam frame gambar.....
Semua tu ikan hidup tapi jinak sangat...

Lorong menuju ke tempat penguin...

Dekorasi yang menambahkan kesejukan kami...

dan posing lagi....

Posing lagi dan lagi.....

Beberapa ekor penguin ada di sini....

Semuanya dalam tulisan Cina....

Menuju ke pintu keluar........
Selamat tinggal Guangzhou yang memberi seribu makna buat kami.
Selamat Negara China yang banyak memberi pengalaman berharga
buat kami semua semasa siri jelajah ke :
Macau
Hong Kong
disneyland
Shenzhen
Guangzhou

Tahun ini Negara China tidak ada dalam list
percutian obesi kami....
InsyaAllah mungkin ditahun-tahun akan datang kami
akan ke Beijing pulak.
Itu pun kalau tabung ayam ibu penuh.........

p/s:
Mungkin blog ni sepi seketika kerana tuan rumah
nak cuti-cuti Msia pulak...
Jumpa lagi......


About me