Bersua kembali.
Minggu terakhir persekolahan ni ibu amat-amat sibuk dengan pelbagai program.
Nak update status kat fb pun tak sempat apatah lagi kat blog.
Lama dah ibu tak buat n3 tentang 5F.
Kisah 3 minggu lepas.
SAPS Farouk dan Kakak Naurah.
Tinggal mereka berdua jelah yang masih bersekolah.
Adik dan Kakak.
Macam kembar walaupun usia mereka berbeza 3 tahun.
Sekarang Farouk dah lebih tinggi dari kakak...
Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana Kakak tetap kekalkan kecemerlangan walaupun
memilih untuk bersekolah di sekolah harian biasa.
Usaha gigih cikgu-cikgu dan kakak membuahkan hasil.
Kakak dapat 8A1B. 1B pun dah tinggal 1 markah nak ke A-.
Kedudukan dalam kelas 2/30 dan 2/285 orang keseluruhan tingkatan 4.
Semoga Kakak Naurah mampu kekalkan prestasi cemerlang sehingga SPM nanti.
Alhamdulillah...Farouk juga menunjukkan peningkatan dalam pelajaran walaupun dalam dirinya membiak penyakit "M" nya tu..
Adeh....
Namun ibu tetap bersyukur kerana disebalik "main hentam jelah" masa exam (mungkinlah kot sebab sepanjang exam tu ibu lihat sangat sedikit dia pegang buku.Lebih banyak melayan hp...),
Farouk mampu meraih tempat ke 3/30 di dalam kelas walaupun keseluruhan tingkatan dia tidak tersenarai dalam top pun.
Yang paling penting Farouk mampu melangkah ke kelas yang lebih baik tahun 2017.
Alhamdulillah...TERIMA KASIH ALLAH kerana sentiasa memberi ibu dan anak-anak rezeki
yang melebihi dari apa yang ibu minta.
Kisah disebalik tabir yang buat airmata ibu tumpah bila mendengar kata-kata Farouk.
Dibawah ini ibu printe screen dialog yang dialog Farouk yang meruntun jiwa ibu :
"Buka SAPS kakak naurah....tersenyum bahagia ibu. Alhamdulillah syukur pd Allah. Kakak mampu kekalkan prestasi cemerlang w.pn bersekolah di sk harian biasa. 8A1B dgn kedudukan 2/285 drp keseluruhan tingkatan 4. Jeng..jeng..jeng...baru nk buka yg farouk..tiba2 dgn lindangan airmata farouk brkata 'ibu..ibu jgn compare farouk dgn kakak..farouk xpandai mcm kakak..'...terkedu ibu..hilang kata2..mata ibu berkaca... Jantung bagai ditusuk sembilu. Alhamdulillah farouk dpt no 3/30 dlm kelas w.pn bukan keseluruhan tingkatan. Ibu pujuk farouk : 'farouk pn sama dgn kakaks semua..xde beza...Ibu bangga dgn pencapaian ank2 ibu..cuma kalau farouk usha lebih mcm kakak, farouk pn akn bijak mcm kakak2 semua..huhuhu... Ibu xpernah membezakan kalian berdasarkan prestasi. Kalian tetap yg trbaik buat ibu. Tahniah kakak dan farouk. Peringatan buat ibu...JANGAN SESEKALI MEMBANDINGKAN ANK2. Terima kelebihan dan kelemahan mrk seadanya."
Untuk Farouk :
Ibu tidak pernah sesekali membezakan kalian berdasarkan prestasi kecemerlangan.
Ibu sayang anak-anak ibu sepenuh jiwa ibu tanpa ada perbezaan.
Kalian adalah nyawa ibu.....
Kelebihan yang Farouk miliki bila setiap kali ibu bersua dengan rakan-rakan dan orang-orang kampung..mereka selalu memuji Farouk :
"Sejuk mata saya bila tengok Farouk..."
"Bagusnya Farouk...setiap waktu bersolat jemaah di surau. Subuh pun di surau.."
"Merdunya suara Farouk bila azan di surau.."
Farouk jadi kesayangan pakcik-pakcik di surau.
Jika Farouk pergi bercuti mereka akan tercari-cari gelibat Farouk..mereka akan rindukan Farouk....
Ibu kelebihan yang Farouk miliki yang tidak ada pada yang lain.....
Untuk anak-anak ibu :
Ibu menerima anak-anak ibu seadanya dan ibu amat-amat bangga dengan kalian terutama
dari segi akhlak kerana kalian tidak pernah sesekali meninggikan suara pada ibu.
Amat patuh dan mendengar kata tanpa bantahan.
Sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh sopan santun.
Memberi keutamaan kepada ibu dan ayah,.
Sentiasa menjaga solat dan adab.
Itu yang paling penting dan kecemerlangan kalian adalah satu bonus dan rezeki
yang ALLAH berikan buat ibu dan ayah.
TERIMA KASIH ALLAH.
Syukur Alhamdulillah....