![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Pagi semalam Ayah angkut kami ke JB kerana ayah ada seminar.
Kami bertolak seawal 9 pagi.
Hujan lebat disepanjang perjalanan.
Tol ke JB agak lengang hari ni.
Mungkin dah ramai mula bekerja.
OTW ke JB ayah melencong keluar ke Kulai Jaya.
Ayah tahu sangat minat ibu dan anak-anak.
Lagipun sebelum kami "bersetuju" ikut ayah berseminar ayah "bersetuju" bawa kami ke
JPO (Johor Premium Outlet).
Sekarang ni JPO tengah femes-ames sebagai pusat membeli beli barangan jenama terkenal.
Beginilah 2 beranak nie.
Satu-satunya kawan peneman ayah.
Ibu, Angah dan Naurah dengan aktiviti kami tersendiri....hehehe...
Beby?...tak dapat bersama sebab ada tuisyen di sekolah.
Dengan berat hati ibu meninggalkan dia.
Along???? dah dipulangkan ke Matrik......huhuhu....
Geng shopping ibu dah tak lengkap......
Pemandangan di bahagian dalam.......
Outlet pertama yang kami masuk.
Mak aiiiii...Ingatkan dapat murah rupanya harga mahai jugak.
Cuma murah sikit berbanding dengan pusat membeli belah lain....
Cuma murah sikit berbanding dengan pusat membeli belah lain....
Sehelai t-shirt yang paling murah RM1XX...
Berbeza dengan Bazar Saigon Square kat Vietnam yang berganda-ganda lebih murah.
Masa di Saigon Square Angah ada beli baju Polo dengan harga kurang dari RM100....
Kat sini RM150 sehelai.......huhuhu....
Kat sini RM150 sehelai.......huhuhu....
Di JPO ada 2 buah bangunan yang besar.
Jenuh juga nak masuk ke dalam semua outlet.....
Kami skip je..Masuk ke kedai yang kami berkenan......
Kami skip je..Masuk ke kedai yang kami berkenan......
Naurah yang dah mula ikut jejak ibu dan kakak2nya....
Akhirnya iman ibu tergugat juga.
Pada mulanya ibu dah berkenan dengan sebuah handbag.
Dah siap belek dan cuba.....Nyaris ibu beli.
Harga dalam RM5XX....
Bila ibu tilik2 +belek2 , rupanya ada sedikit kecederaan + kecacatan pada handbag tu.
Nasib baik ibu terperasan.
Tapi sampai taip n3 ni ibu masih terbayang handbag yang cantik itu....huhuhu...
Untuk mengubat hati yang frust, ibu beli sepasang kasut dari jenama yang sama.
Tak payahlah ibu nyatakan harganya di sini....huhuhu....
Beli coklat untuk Naurah.
Sebatang coklat RM7....Bagi ibu ianya agak mahal.....
Anak-anak dara ibu dah rambang mata.....
dan lagi............
dan lagi..........
Ayah call kami tanya dah siap ke atau masih belum selesai urusan ibu.
Hehehe..begitulah ayah..Amat sporting dan memahami minat ibu dan anak-anak.
Berapa lama pun dia sanggup tunggu.
Sabar menanti....................
Ok dah anak-anak, Jom kita bersurai.
Ayah kena check in kat hotel pukul 12 tapi pukul 1 ptg kami masih di sini.....
Inilah kasut leader yang ibu beli bagi mengubat kekecewaan hati.
Dalam kereta tak habis-habis membelek kasut.
Ayah hanya memerhati tanpa kata apa-apa........hehehe...
p/s:
Pagi ni ayah berseminar......kami juz lepak2 je kat bilik hotel.....
p/s:
Pagi ni ayah berseminar......kami juz lepak2 je kat bilik hotel.....