Jangan kata apa-apa SENYUM...
Hanya itu yang mampu ibu lakukan untuk memujuk hati nan lara...
Lara la sangat....tak de maknanya.
Sesekali ibu beristifar....
Puncanya :
Ibu terima panggilan atau dalam bahasa perubatan "on call" dari PKG:.
"Cikgu, petang esok ada interview Calon Tokoh NILAM
peringkat Zon ke Daerah di PKG.......
CIkgu kena bawa calon untuk ditemuduga dalam BM/BI dan sesi mengarang BM/BI
bersama fail-fail sijil,
buku folio yang telah siap dibinding,
buku-buku rekod NILAM yang telah disahkan,
buku rekod rakan pembaca,
bla..bla..bla..bla....
Sejuk je telinga ibu mendengar arahan-arahan lemak merdu tu....
Dalam hati berkata...SABAR JELAH!!!!!!!!
Kenapalah begitu singkat tempoh masa dan makluman diberi.....
1. Saksikan timbunan buku "rekod bacaan" yang perlu ibu tanda tangan dalam tempoh 1 hari.
Nasib baik ibu dibantu oleh Ina dan Kak Mas.
Thanks a lot my dear.......
Setelah siap kena jilid cantik-cantik.....
Kalau rajin lagi letaklah reben2 ye......
Seronok sangat-sangat...
Rasa macam nak patah jari mulus n gebuz ibu ni.......
2. Terpaksa siapkan Folio murid yang lebih kurang 200 m/s dalam masa yang sama.
Kumpul dan buat salinan sijil-sijil penyertaan,
result exam dariTahun 1-5,
yang semuanya entah berapa ratus keping itu.....
Dan yang paling tragis GUru Penyelaras NILAM sudah pindah akhir tahun lepas.
2-3 minggu lepas masa ibu calling2,
Cikgu Anis pun lupa dia letak folder untuk Tokoh NILAM di mana.
Dan Anis cadangkan ibu rujuk Folio yang lepas aje dan taip semula.......hu.hu.hu......
Ibu segan nak calling2 lagi dan memahami keadaan Anis ditempat baru.
Risau menganggu.
Nak kacau Guru Penyelaras NILAM baru pun tak sampai hati
sebab dia masih tak tahu apa2........
Redha jelah..........
Maka semalam dan hari ini mata dan jari ibu dah naik kematu
mengadap dan menaip di PC.
Berkurung pagi-pagi buta di PSS, di Makmal Komputer, dan bergerak
ulang alik ke ofis......
Dan nasib baik Calon Tokoh NILAM
yang cikgu Anis pilih dan didik dari Tahun 1 adalah budak ini....????????
Farah Naurah Bt Mahmud
Pemilihan dan Markah Berdasarkan :
-bilangan buku yang telah di baca dari darjah 1-5 sebanyak 1,666 buah.
-prestasi peperiksaan dari tahun 1-5 (Nombor 1).
-penglibatan dalam ko-kurikulum peringkat Sekolah, Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
(semuanya berserta sijil sebagai bukti)
-jawatan2 yang disandang dalam Badan Disiplin, persatuan, unit beruniform, dan sukan (layak)
Dan nasib baik si Naurah amat teliti menyimpan semua
sijil-sijil penyertaan dari peringkat SK, Zon, Daerah, Negeri malah Kebangsaan.
Tak perlulah ibu mengejar budak ini untuk sediakan semua
dokumen sokongan itu......
Dan harapan ibu dan pihak sekolah agar Naurah dapat menjawab soalan-soalan
lisan (dalam BM/BI) dengan fasih dan lancar.
Dapat menulis karangan BM/BI dengan baik.
Dapat berdebat dengan calon-calon terpilih dengan lancar...
InsyaAllah.......
p/s:
Maaf ye kerana kesibukan yang melampau ibu tidak sempat nak BW.
Hu.hu.hu.hu.......