Bersua kembali setelah blog ibu dah bersawang.
Tak tahu nak mula dari mana sebab banyak kisah travel sepanjang 2018 tersimpan dalam draf.
Sepanjang 2018 ibu berkesempatan melancong ke 4 buah negara luar.
seperti Turkey, Kazasthan, Mekah/Madinah dan Hat Yai....
Nantilah ibu update jika ada mood.
Banyak dah data-data tu terhapus dari memori ni....
Jari pun jadi kaku nak menaip..
Ayat-ayat pun berterabur sebab lama dah tak catat dairy ni....
Kali nak cerita dulu kisah travelog ibu diawal 2019.....
Alhamdulillah Allah masih memberi rezeki kepada ibu.
Rezeki yang paling utama Allah berikan kesihatan buat ibu.
Syukur sangat-sangat......
Allah bagi ruang dan kesempatan untuk ibu melihat keindahan ciptaanNya.
21hb Mac En Suami terbang berseminar di Brunei dan ibu bersama kawan-kawan terbang ke Korea.
Awalnya plan nak ke Australia tapi terpaksa tangguhkan dulu.....
Sebabnya konon-kononnya nak guling-guling atas bunga sakura....ha3x...
Insyaallah kalau ada rezeki akan sampai la ke sana.
Tak salah simpan angan-angan dulukan......he3x.
Day 1-24.3.2019 ( Ahad)
Kami berkumpul di KLIA pada 3.30 petang.
Macam pengalaman travel ibu yang lepas..kami semua berkumpul di KLIA.
Kat sini la kami saling mengenali antara satu sama lain.
Kumpulan ibu pada kali ini seramai 24 orang dan di ketuai oleh Cikgu Lim.
Ibu pergi dengan Syarikat Tursina Travel milik adik ipar ibu.
Dah banyak ibu join travel ni.
Memang berbaloi-baloilah....hotel selesa..makan sedap.
Feeback dari ahli-ahli pun bagi 5 Stars.....
Geng ibu....Hatimah, Sarah dan Iqa.
Kawan baru....
Ada dari Kelantan, Johor, Sarawak dan beberapa tempat di Malaysia.
Ahli group kami seramai 24 orang...
Penerbangan bermula 7.30 mlam.
2 jam 30 minit KLIA ke Hanoi Vietnam.
Kami transit selama 2 jam.
Meneruskan penerbangan Hanoi ke Seoul selama 3 jam 30 minit....
6 jam penerbangan + 2 jam transit = 8 jam.....emmm
Bagi yang tak biasa memang akan rasa penat kan...
Alhamdulillah ibu sempat mimpi 2-3 trip...ha3x....
Penat tidur layan movie..penat layan movie ibu tidur........
Kami tiba seawal 5.30 pagi waktu tempatan (4.30 pagi Malaysia).
Beza masa dengan Malaysia 1 jam.
Si cantik manis ni menyambut kami di Incheon Airport.
Kami panggil Ayu.
Sangat fasih berbahasa Indonesia dan sangatlah peramah.
Akhirnyaaaaaaa.....
Ok posing dulu ye sebagai kenangan....
Masa kami tiba cuasa di sana 2 darjah celcius....
Sejuk bekuuuuuu.
Tiba di Korea terlalu awal so kami tidak boleh check in hotel.
Ayu terus bawa kami ke Nami Island.......
Ok....Tungguuuuuuuuuuuu kisah seterusnya.....emmmmmm