Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Mei 2016

Sepetang di Pantai Telok Cempedak

Kisah weekend yang dah terobek...
14.5.2016- Seawal pagi en ayah fly ke Sabah kerana ada program di sana.
Tarikh yang sama ibu perlu ke Kuantan untuk mengangkut barang-barang Beby.
Ibu terpaksa pergi awal mengambil barang Beby sebab sayang rasanya nak mohon CRK.

Kesian Along.
Malam sebelumnya bersekang mata menyiapkan tugasan U.
Awal pagi Along hantar Ayah untuk ke airport.
Berkejar balik ke rumah dari Melaka.
Walaupun masih penat dan baru sampai rumah namun senyuman tak pernah lekang dari bibir Along.....

Along lah jadi penyelamat ibu.
Dalam kesibukan dengan studynya yang dah nak sampai ke penghujung,
 Along terpaksa berkejar balik untuk menjadi peneman a.k.a driver ibu.
Memang ibu kesian sangat tapi syukurlah Along seorang yang pentingkan keluarga melebihi kepentingan dirinya sendiri.
Sanggup ketepikan rasa penat dan lelah.
Syukur sangat...Along mampu menjadi sebahagian tulang belakang ibu dan ayah.
Along amat memahami kesibukkan ayah yang menjadi milik masyarakat.
Along tidak pernah sekali2 mengeluh dan merungut.
Sering menjadi penganti ayah menguruskan adik2.
Sering menjadi pendorong dan pemakar semangat adik2 untuk cemerlang..
Sering menyejukkan hati ibu....
Ya Alllah..bertapa ibu rasa begitu bertuah memiliki bidadari ini.......

Kami bertolak ke Kuantan lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Tiba di Kuantan pada 1.30 petang.
Singgah tempat Beby untuk mengangkut barang-barangnya yang mengunung.
Ayah dah pesan suruh bawa MPV sebab risau HRV tak mampu menampung barang anak dara ni.
Ha.ha.ha....nampak tak ayah risau dan memahami anak2 daranya yang punya koleksi kain baju dan teddy bear yang tinggi menggunung......


Ibu pinjam Beby dan BFF nya sekejap.
Saja singgah makan-makan kat Pantai Telok Cempedak.

Petang yang damai di PTC

Sekadar menghirup udara nyaman di tepi pantai.
Kebetulan petang Jumaat tu cuaca agak redup dan nyaman.
Air pun pasang......

3F

Sekadar celup-celup kaki dalam air....
Bina istana pasir katanya.....

Setelah senja kami betolak semula untuk pulangkan Beby n BFF nya ke kolej.

14 Mei 2016

Selamat Ulang Tahun Along

22 tahun yang lalu setelah 2 tahun penantian akhirnya ibu layak
mendapat status ibu.
Selang 2 hari menyambut Hari Guru.
Hadiah yang sangat berharga buat ibu bergelar ibu dan guru.

Syukur Alhamdulillah...penantian tidak sia-sia.
Walaupun masih berusia awal 20an dan jauh dari keluarga, ibu mampu
menguruskan segala-galanya dengan lancar.
Ayahlah yang banyak membantu
Menjaga dan memasak untuk ibu didalam pantang....
Kebetulan masa tu mama dan abah berada di Tanah Suci...

Terima kasih Allah kerana menghadiahkan kami seorang bidadari
yang cukup indah.
Seorang anak yang baik..sopan...lembut tutur kata...mendengar kata, bertanggung jawab, 
menjadi pembakar semangat adik-adik untuk turut cemerlang dalam pelajaran.
Menjadi penyejuk hati ibu dan ayah serta insan kesayangan atok serta pakcik dan makcik
sebelah ibu kerana Along merupakan cucu/anak saudara sulung.

Celebrate dan hadiah dari kawan-kawan serumah.
Seperti biasa kami akan menerima kek setiap kali tiba hari lahir.
Siapa lagi kalau bukan Sir Lee.
Terima kasih bergudang lemon Sir kerana tidak pernah lupa tarikh bersejarah kami sekeluarga.
Kami doakan agar kehidupan Sir bahagia dan aman tenteram serta murah rezeki.



Tahniah Along kerana tinggal tak berapa lama lagi akan menamatkan
pengajian degree di IPTA.
Ibu, ayah serta keluarga doakan agar Along dipermudahkan segala urusan..
dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki dan yang penting mendapat seorang jodoh yang mampu menjadi pelindung along..menyayangi along sepenuh hati sebagai mana kami menyayangi dan menatang along bagai minyak yang penuh.....dan paling penting seorang yang mampu memimpin Along ke arah kebaikan.....Amiin.....


9 Mei 2016

Kenangan Terakhir Sebagai GPM

Lebih 10 tahun ibu mengabdikan diri sebagai Guru Perpustakaan Media (GPM).
Bermula lantikan dalaman dan setahun kemudian ibu dilantik secara rasmi oleh
Jabatan Pendidikan Negeri.
Setiap apa yang ibu dapat...itu ibu anggap satu tanggung jawab yang perlu ibu lakukan
sebaik mungkin...
Sepanjang perkhidmatan ibu diberi kepercayaan sebagai salah
seorang Ahli Jawatan Kuasa daerah.
Banyak juga program-program Khidmat bantu, lawatan penanda aras dan Pertandingan
NILAM daerah yang ibu sertai.....

Sepanjang 1 dekad banyak kenangan pahit manis yang ibu lalui.
Diusia Farouk 2thn...dia membesar di situ.
PSS  dah jadi rumah ke 2 ibu.
Banyak masa sebelah petang...weekend dan cuti ibu habiskan di PSS.
Alhamdulillah 4Farahs dan ayah amat memahami dan memberi sokongan.

Beberapa kejayaan yang diperoleh hasil kerjasama rakan-rakan.....
Sepanjang masa lebih 10 tahun, PSS  dinobatkan PSS Cemerlang Daerah dan menjadi
penanda aras Zon.

Dan di akhir 2015 ibu rasa sudah sampai masanya untuk ibu berundur..
Ibu ingin mencari sesuatu yang baru sebagai cabaran...ibu ingin memberi
peluang pada orang baru...
Pada awal cadangan ibu...ibu mendapat tentang hebat daripada pihak atasan.
Alasan : bimbang PSS tidak mampu dikekalkan sebagai PSS Cemerlang....
Sampai satu ketika airmata ibu tertumpah.
Namun syukur kerana akhirnya mereka akur dengan keputusan ibu setelah berkali-kali ibu "mendesak".
Walaupun "mereka" masih menaruh harapan agar ibu menarik balik keputusan ibu.
Namun ibu sudah nekad......ibu tidak ingin selalu berada dalam zon selesa dan
kadang-kadang menjadikan ibu bosan tanpa sebarang cabaran.

Dan inilah hasilnya.....bermula tahun 2009-2015..tahun terakhir perkhidmatan ibu
PSS dianugerahkan 5 Bintang.....

2 kali PSS ibu diiktirafkan Tempat ke 2 PSS Cemerlang Peringkat Daerah.
Tahun 2015 PSS ibu cuma berbeza 0.5 markah dengan Johan Daerah....
Ibu berpuas hati kerana ibu risau jika menyandang Johan kerana banyak benda yang perlu ibu lakukan dan terpaksa menangguhkan perletakan jawatan ibu..
Ada hikmah....
Selama lebih 10 tahun PSS diiktirafkan PSS Cemerlang Daerah.

Ibu rasa cukuplah lebih 10 dekad khidmat bakti ibu di PSS.
Setelah 4 bulan berlalu ibu rasa semakin gembira dengan dunia baru ibu.

About me