Tarikh keramat di Hari Ibu ........ibu dihadiahkan seorang insan yang
yang melayakkan ibu bergelar "IBU".
Alhamdulillah....penantian selama 2 tahun ibu dan ayah berbaloi.
Ayahlah orang yang paling gembira kerana penantian
yang tak berpehujung itu membuahkan hasil.......
Syukur pada Allah kerana menghadiahkan sebutir
permata yang sangat indah buat kami.
FARAH NABILAH
Seorang anak yang sangat patuh....lemah lembut....mendengar kata...
tidak pernah melawan apatah lagi meninggi suara.....
Seorang kakak yang penyayang...manja dan menjadi motivasi
pada adik-adik untuk cemerlang sepertinya.....Alhamdulillah.
Dan sekarang Alonglah banyak mengantikan Ayah menguruskan adik-adik
bila ayah OT.
Sentiasa meluangkan masa menemani ibu merangkap driver ibu bila ketiadaan
ayah sewaktu menjenguk adik-adik....
Terima kasih Along kerana sekarang Along banyak berkorban
untuk ibu dan ayah demi adik-adik walaupun Along sibuk dengan kuliah.
Ibu dan Ayah doakan agar Along dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik,
murah rezeki dan paling penting Along terus cemerlang
sebagai seorang mahasiswi dan berjaya mengenggam segulung ijazah 2 tahun nanti.
Terima Kasih Allah kerana kurniakan seorang insan yang sangat
istimewa.....
Sweet 21st
Rakan-rakan Along meraikan birthday Along dan rakan-rakan lahir pada bulan Mei.
celebrate siri ke 2 bersama rakan2
di SR.
Ya Allah....lindungilah Along dengan kasih sayang dan rahmatMu....
Cheese cake tiba di malam birthday Along
kiriman Daddy Lee.
Terima kasih bergedung2 lemon Sir
di atas ingatan yang tak pernah luput.
Semoga Sir Lee dimurahkan rezeki.
Sayangnya birthday masih di U.
Ayah dah siao2 wassup gambar kek tu pada Along.
Insyaallah weekend nanti Along balik.
Tqvm Sir.