Minggu lepas dan minggu ni 3Farahs masih sibuk dengan mid-sem exam.
Saban hari bertalu-talu w.apps ibu mohon doakan kecemerlangan mereka bertiga.
Farouk pun sibuk jugak dengan exam.
Sibuk la sangatkan....
Kebetulan Farouk duduki final exam serentak untuk SK dan SAgama.
Pagi petang la dia duduki exam....
Macam biasa Farouk releks saja.
Langsung tak risau...tak stress...tak kisah dan pelbagai "tak" yang dia miliki....
Seolah-olah ibu yang nak exam.
Suruh buka buku banyak pulak songelnya....
Kononnya nak belajar secara on9.
Hish3x...ibu memang agak sukar nak caya auta mamat sorang nie....
Tengok.....Generasi Y la kononnya.
Alasan nak buat revision secara on9.
Si Ayah siap gorengkan "roti puri" letak sebelah bujang kesayangannya tu.
Si ayah siap tanya nak cicah apa? Nak air ke tak?....hai macam bos besar.
Ibu memang takcaya mamat ni 100%.
Bila ibu leka melayan fb, blog, insta n twitter.....dia pun mula la melencong ke lain...
Sabar jelah ibu dengan si Farouk sorang nie......
Seawal pagi Farouk akan solat berjemaah di surau.
Balik surau boleh pulak dia layan tab....
Maunya si ibu tak hangin...
Bila suruh buka buku banyak la aktiviti sampingannya.....nak buat air la....nak sarapan la....
buka tutup peti ais la.....adeh.....nasib baik ibu ni masih bersabar dan simpan suara
di awal pagi....
Bila kakak Naurah bersuara :
Ibu kakak dah dapat markah...bla..bla..bla
( ibu pun tak ingat subjek apa yang Naurah cakap sebab sedang bersilat kat dapur..).
Alhamdulillah ibu,setakat yg dapat semua kakak dapat A dan ada yang
kakak dapat markah paling tinggi dalam kelas.....
Sejuk hati ibu yang sedang panas.
Dan selamber je muka Farouk jeling-jeling....
Emmmmmm...Farouk, bila nak jadi macam kakak2 tu??????