Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 September 2014

Balik Kampung.

Seminggu cuti sekolah ibu balik kampung di Kelantan 
dan 2 hari ibu berada di Terengganu.
Ibu balik berempat je sebab Ayah terpaksa hadir seminar.
Redha dengan kesibukan Ayah dan ibu bersama Beby, Naurah dan Farouk membawa diri....
sadiskan.....huhuhu....
Pemandu berhemah ,Beby....
Perjalanan antara Muar-Pasir Mas memakan masa 10-12 jam......
Syukur Alhamdulillah...Allah permudahkan perjalanan kami.
Kali ni di kampung ibu tak banyak program sebab 2 hari ibu ke Terengganu dan
1 hari dihabiskan untuk 
majlis tahlil arwah kak long/a.long.
Selebihnya ibu habiskan masa berkualiti bersama mama.

1 minggu rasa tidak puas bersama mama dan abah.
Terlalu cepat masa berlalu.
Ibu terpaksa kembali untuk meneruskan kehidupan di sini.

 Dalam perjalanan balik ke Muar, kami diuji dengan ribut yang datang tiba-tiba.
Memang menakutkan.
Peristiwa ini berlaku di Jementah, Segamat.
Tiba-tiba angin kencang datang...hilang penglihatan kami.
Sampah sarap berterbangan...daun-daun berguguran....Penghadang plastik jalan berterbangan.
Ya Allah......semua pemandu kelam kabut dan panik.
Syukurlah masing-masing memberi kerjasama.


Dalam perjalanan antara Jementah ke Kebun Baru ada 2-3 tempat pokok tumbang merentangi jalan.
Syukur Alhamdulillah...rakyat Msia ni begitu perihatin.
Masing-masing keluar dari kereta dan lori membantu.
Sekejap je batang dan dahan pokok ditebang dan dialihkan.
Memang jem la masa tu...

p/s:
Hari ni Ayah terbang lagi untuk berseminar selama 4 hari dan 4 hari jugak
Selama4 hari jugak ibu berbengkel di sebuah sekolah menengah agama.
Kesian Farouk dan Naurah tanpa kakak2nya......huhuhu....

20 September 2014

MajlisTautan Silaturrahim MPKTBR 90/92-Keratan Akhbar Kosmo

Salam rindu semua.
1 minggu ibu menyepi dan hari ni cuma nak tepek sekeping dua gambar kisah dalam cuti.
Nanti kita bercerita panjang lagi ye.
Masa belum mengizinkan ibu untuk berceloteh dan menjengah ke rumah kalian....

Surat Khabar KOSMO 20.9.2014 ( Sabtu )


Cuba teka mana ibu??????
Sudah semestinya ibu akan menjadi penanda aras bila bergambar....he3x....

C
Ni yang on9 punya.
Zoom sikit.....
Tepek-tepek sebagai koleksi peribadi dan jadi kenangan.

16 September 2014

KPM dan Beby

Pada 5.9.2014 Beby bercuti selama seminggu.
Ketiadaan Along dan Angah disisi membuatkan ibu sedih.
Nasib baik Beby hadir disaat-saat ibu kesunyian.

Namun Beby cuti selama seminggu dan ibu terpaksa pulangkan semula dia ke KPM Kuantan.
Sekejap rasanya Beby berada disisi ibu.
Apakan daya, sekarang 3Farahs sudah mula mengorak langkah lebih jauh
untuk mengejar cita-cita dan impian mereka.
Dalam gembira melihat kecemerlangan mereka namun jauh disudut hati ibu
Allah sahaja yang tahu perasaan rindu seorang ibu.

Ibu perlu kuat untuk lalui semua ini demi masa depan anak-anak.
Terima Kasih Allah diatas kurniaan mutiara yang sangat bernilai
buat ibu dan ayah.
Jagalah dan lindungilah mereka semua dibawah rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.

 Budak Kuantan mengidam MarryBrown.

Si bujang tumpang sekaki....

p/s:
n3 auto publish.
1 minggu ibu cuti-cuti Malaysia.
No fb, no blog, no twitter, no internet.......
InsyaAllah kita bertemu lagi .........

About me