13.8.2014
12.15 tengah malam- Ibu menerima call daripada Beby di Kuantan.
Katanya dia terima call daripada seseorang yang tidak dikenali
melalui telefon umi (K.long) yang memberitahu mereka kemalangan.
Ibu call semula hp kak long dan ternyata suara lain yang mengangkatnya.
Ibu dengar suara Yaya (anak tunggal k.long) menangis semahu-mahunya.
Orang itu mengesahkan kak long dan abang long kemalangan.
Ibu call abah, ibu w.apps group family.
Adik2 ambil tindakan segera cari lokasi.
Call balai polis,call hospital.
30minit kemudian polis dah jumpa tempat kemalangan.
12.40 tengah malam-Kami dapat pengesahan dan mangsa disahkan meninggal
ditempat kejadian.
Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Ya Allah....saat itu ibu rasa dunia gelap.
Terkejut,binggung, tergamam....rasa macam mimpi.
Masih tak percaya dengan khabar yang diterima.
Anak-anak semua dah menangis teresak-esak.
Ibu buntu.
Ayah bertindak pantas.
Packing keperluan penting.
Kami tunggu pengesahan polis kemana jenazah akan dibawa.
1.00 pagi masih menunggu pengesahan.
Urusan polis masih belum selesai ditempat kejadian.
Akhirnya polis beri pengesahan jenazah di bawa ke hospital berhampiran
di Hospital Changkat Melintang.
2.00 pagi- Ibu masih kebinggungan.
Ayah arahkan kami masuk kereta.
Bertolak ke Perak.
Perjalanan Johor-Perak lebih kurang 6 jam.
8.00 pagi-Kami tiba di Hospital Changkat Melintang Bota.
Ibu saksikan begitu ramai orang menunggu depan bilik mayat.
Ibu lihat Abah, Adik Mie dah sampai dari Kelantan..
Adik Kie dari Rawang menyusul di belakang kereta kami.
Abah peluk ibu..menangis.
Adik mie peluk ibu menangis.
Kie cium tangan ibu dan menangis.
Agak lama kami menunggu siasatan polis.
Ibu tak pasti pukul berapa kami dibenarkan masuk ke bilik mayat.
Ya Allah....Ibu menangis semahu-mahunya bila kali pertama
menatap wajah terakhir Kak Long.
Ibu dipeluk adik Kie dan adik Mie...
Kami sama-sama menangis.
Keluarga pujuk ibu....tenangkan ibu...
Ibu tidak mampu menahan kesedihan.
Ayah turut menitiskan airmata...Along,Angah, Naurah dan Farouk
tersedu-sedan....
Kami ke bilik sebelah.
Sekali lagi kami menangis melihat wajah tenang abang long.
Senyuman terukir dibibirnya.
Ya Allah, adakah mereka sedang tidur?
Ibu tidak mampu lama di situ.
Tidak sanggup melihat kak long dan abang long sedemikian.
Ibu ke tempat Yaya dirawat.
Ibu peluk Yaya...ibu suapkan dia makan.
Ibu tak sanggup nak beritahu Yaya yang umi dan baba telah tiada.
Yaya kata dia call umi guna tabnya tapi umi tak angkat..Ya Allah...
12.00 tengahari- Urusan penyiasatan, post mortem (adik mie lakukan bersama doktor di sana),
mandi jenazah dan kafan.
Pihak hospital memangil ibu untuk ikut serta.
Ya Allah, ibu tiada kekuatan untuk masuk.
Ibu lemah..ibu trauma...ibu terlalu sedih....
Ayah, Farouk, adik Mie bersama mandikan jenazah abang long.
Adik kie seperti ibu...tidak kuat untuk berada di sana.
Ibu dan keluarga masuk ke bilik mayat.
Mengucup dahi kak long untuk kali terakhir.
Sejuk...kaku...Ya Allah...betulkah apa yang ada depan mata ibu......
12.20-Kedua-dua jenazah dibawa balik ke rumah arwah
di Ayer Tawar.
Begitu ramai kenalan Kak Long dan Abg Long.
Ya Allah...ibu terus berlari naik ke tingkat atas.
Ibu masuk bilik kak long.
Ibu peluk baju-baju kak long.
Ibu tak mampu menahan kesedihan.
Lama ibu berada di atas.
Ibu mula merindui Kak Long...
Selepas solat Zohor,jenazah dibawa ke Behrang
Diperkarangan rumah arwah.
Ramai rakan taulan sedang menunggu.
Berita online dan Keratan-keratan akhbar
Pemergian arwah berdua secara tiba-tiba mengejutkan kami sekeluarga.
Baru raya lepas kami habiskan masa bersama.
Tiada tanda-tanda yang ditinggalkan.
Cuma Kak Long tidak banyak cakap....asyik sibuk minta bergambar.
Katanya nak buat kenangan.
Bebylah orang yang paling sedih kerana Kak Long dan Abang Long pernah
membelanya masa kecil.
Menurut kata Beby, sejak akhir-akhir ni setiap hari
umi dan baba (k.long dan a.long) call, sms dan w.apps dia.
Setiap hari beri nasihat suruh dia belajar...suruh dia ingatkan mrk.
Semasa menerima khabar berita ini Beby sedang menduduki exam sem.
Agak lewat ibu maklumkan pada Beby sebab takut dia hilang fokus.
Bila terima berita sedih ni Beby menangis semahunya....dia pengsan di bilik kuliah.
Demam panas..mengiggil dan dah 3 kali terpaksa dikejarkan ke hospital.
Ya Allah.....
Menurut 4Farahs, semasa raya umi kata: Jomlah posing dengan umi.
Mungkin ni raya terakhir kita bersama.
Mungkin tahun depan kita dah tak sambut raya sama-sama..
Ya Allah....
Ya Allah...
Walaupun Kak Long anak tiri abah namun kasih sayang
abah pada kak long tiada berbeza dengan kami malah
abang long merupakan menantu kesayangan abah.
Kak Long seorang kakak yang terhebat.
Menyayangi kami sepenuh jiwa raganya,
sanggup berkorban demi keluarga terutama adik-adik.
Seorang kakak yang periang, penyayang dan perihatin.
Ya Allah...satu-satunya kakak kandung yang ibu miliki di dunia ini.
Seorang kakak,seorang sahabat yang sering berkongsi rahsia.
Antara kami tiada rahsia...sering menangis dan ketawa bersama.
Susah senang kami kongsi bersama.
Ibu tak pasti bagaimana hidup mendatang tanpa kak long.
Terasa sebahagian jasad dibawa pergi bersama.
Saat ini ibu terlalu merindui kak long.
Setiap saat kak long hadir.
Hilang segala kekuatan yang ibu miliki.
Airmata masih deras mengalir dan mengalir.....
Ibu terlalu RINDU pada kak long.
Ya Allah...
Moga Kak Long dan Abang Long ditempat para soleh dan solehin.
Kalian tetap hidup subur diingatan kami sekeluarga....