Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Mei 2014

Sinar Harian dan Harian Metro

Saja ibu nak tepek keratan akhbar yang ada gambar ibu...
Kisah basi yang berlaku minggu lepas.
Macam biasa sekadar dipinggiran dan menempel.. ...he3x...

Kalau tak silap ibu ni koleksi keratan akhbar yang ke 19 dan 20
tertepek muka ibu anak beranak.

SINAR HARIAN 19 MEI 2014.
 keratan akhbar.
Nampak tak minat yang berbaju serba hitam dan bertudung kuning menoleh ke belakang.

Ni pulak gambar yang sama tapi di dalam Sinar Harian on9
Frust pulak bila tengok gambar ibu (baju hitam + tudung kuning) yang menempel tu menoleh ke belakang...adeh....

HARIAN METRO 23 MEI 2014
Ke'frust'an ibu terubat bila rakan wartawan pm keratan akhbar Harian Metro nie....
Macam orang gila glemer pulak ibu..ekeke...
Menyelit jugak tu.....

23 Mei 2014

Resepi Kerabu Bilis

Alahai, kerabu bilis pun kecoh ibu nie...he3x..
Terkadang  bila dah disuatu peringkat umur macam ibu ni selera mula berubah.
Anak-anak yang sedang membesar lebih suka memilih ayam dan lauk-lauk tertentu
yang tidak bersesuaian  dengan tekak ibu.
Terpaksa la ibu cari altenatif lain untuk membuka selera.......

Hari ini dengan gigihnya ibu menyelongkar dapur.
Makan timbul idea nak buat kerabu ni.
Meh intai resepi.

Bahan-bahan:
3 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili besar/cili padi kalau nak pedas.
*semua bahan kat atas tu dipotong kecik2.
Gaul sebati, tambahkan 2 sudu sunquik perisa oren/mangga, cuka/perahan limau nipis, gula dan garam secukup rasa.
Goreng bilis sampai garing dan masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digaul sebati...
Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

22 Mei 2014

Beby dan Cita-cita

Beby puteri ke 3 ibu yang digelar master chef dalam family.
Setelah beberapa bulan 'bercuti' setelah tamat SPM, 
keluar result dan menunggu panggilan sambung belajar.
Seorang anak yang ambil mudah segala-galanya...
Nasib baiklah Angah dah tamat asasi dan ada di rumah.
Angahlah yang gigih mengisi permohonan UPU, matrikulasi dan segala-galanya.
Dan semasa semakan keluar, Angahlah yang bersusah payah buka lappy.
Membuat semakan.
Berkorban untuk si adik.
Macam Angah pula yang nak sambung belajar...adeh....


Tawaran ke matrikulasi dipandang sepi.
Tak minat la, tak naklah, susahlah.....

Tawaran UPU.
Tesl yang Beby hadir interview di UPSI hari tu diganti dengan tawaran
Diploma Kejuruteraan Awam.
Tiada respone diraut wajahnya.
Perkataan yang sinonim....susahlah..tak minatlah. tak sangguplah...tak sesuailah
Frust menonggeng katanya sebab cita-cita nak sambung TESL berkubur.

Adoiiii...ibu pulak terlebih risau dan stress.
Ibu pun tak pasti kemana hala tuju dia nak pergi.
Kalaulah universiti tu ibu punya senanglah nak ikut kehendak hati.
Geram pulak ibu rasa.
Cuma ibu dan ayah tidak suka memaksa.
Anak-anak yang nak belajar...kami beri ruang untuk mereka membuat keputusan
dan pilihan yang terbaik.
At last ibu offer Beby "kawin".....
Boleh macam tu?????

Dalam "frust" akhirnya Beby terima tawaran daripada KPM.
Diploma English Communication tajaan MARA.
Mulalah nampak keceriaan diwajahnya.
Maklumlah dia amat minat dengan dunia Bahasa Inggerisnya.
Anak Melayu Rojak + Jawa = minat ala-ala taksub dengan Bahasa Inggeris.

Rezeki Beby disitu agaknya.
Walaupun jauh disudut hati ibu ingin melihat dia melangkah ke matrikulasi
dan menyambung degree tapi Beby lebih berminat untuk merealisasi
impiannya untuk terus cemerlang dalam Bahasa Inggeris.
Beby yang nak belajar so ibu ikut jelah kehendaknya.
Cita-citanya tinggi menggunung untuk menyambung belajar ke luar negara.
InsyaAllah moga dipermudahkan...aminn.

Apapun cita-cita anak-anak ibu, ibu tetap akan bagi sokongan dan dorongan.
Dan yang pasti ibu tidak pernah jemu berdoa untuk kejayaaan dan kecemerlangan
anak-anak ibu.
Semoga Beby terus cemerlang dengan impian dan cita-cita Beby.

About me