Sejak sedari kecil cita-cita ibu ingin menjadi seorang guru.
Pilihan ke dua, pramugari....hehehe......
Pilihan ke dua tu sebenarnya keluar dari mulut cikgu-cikgu dan rakan-rakan ibu semasa kecil.
Maklumlah masa zaman sekolah badan ibu ni kurus dan tinggi lampai....
cikgu2 kata ibu sesuailah jadi pramugari kononnya......
Sejak ibu pilihan ke 2 ibu nak jadi pramugari....berangankan......adeh....
Syukur Alhamdulillah, ibu rasa pilihan ibu adalah tepat dan terbaik.
Amat sesuai dengan jiwa ibu.
Berserta dengan minat dan ibu lahir daripada keluarga pendidik.
Allah makbulkan doa-doa ibu.
Walaupun diusia remaja ibu dengan rela hati menolak tawaran belajar
yang jauh lebih baik. Nekad ibu menceburi dalam bidang pendidikan......
Sepanjang bergelar 'cikgu', ibu sentiasa diuji dengan pelbagai
permasalahan.
Namun ibu bersyukur, jiwa ibu terdidik menjadi seorang yang tabah, kuat,
sabar, redha dan memahami.
Allah menghantar murid-murid yang bermasalah untuk menguji.
Mereka mengajar ibu menjadi seorang yang bersyukur dan sabar.
Walaupun ada kalanya kesabaran ibu teruji kerana ibu jugak manusia biasa.
Bukan sekadar mengadap 3-4 orang murid tapi sehari perlu berdepan dengan ratusan
pelajar dan ibubapa yang datang dari pelbagai latarbelakang.
Ada kalanya terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang langsung tidak
boleh menerima teguran guru pada anak-anak.
Percaya 100% pada cerita anak-anak tanpa merujuk pihak sekolah.
Walaupun itu hanya sebahagian kecil saja.
Setiap hari ibu berdepan dengan murid yang tidak siapkan homework,
alat tulis asyik hilang (biasanya orang yang sama sampai jiwa raga cikgu gundah gulana),
kencing berak dalam seluar, jatuh, cedera, sakit, bergaduh....bla,bla.bla.
Dan sabar adalah ubat yang paling berkesan merawat jiwa ibu.....
Dan anak ini dikirimkan olehNya pada ibu dan rakan-rakan.
Amat-amat menguji kesabaran kami.
Namun mungkin suatu saat nanti, anak inilah yang mampu menambah pahala buat ibu.
Mungkin anak ini nanti mampu menarik tangan ibu ke syurga.
Mungkin anak inilah yang memudahkan perjalanan hidup anak-anak ibu.
Ya ibu akui, sebagai manusia biasa ibu terkadang hilang sabar.
Bila menyendiri ibu berfikir, bukan dia pinta dilahirkan sebegini.
Semua itu adalah anugerah dariNya.
Saat itu ibu sebak...rasa amat-amat bersyukur kerana Allah kurniakan ibu anak-anak yang sempurna.
Anak-anak yang tiada apa-apa kekurangan.
Ya Allah......
Dan anak ini tidak pernah menyimpan dendam.....bila dimarahi dia akan senyum pada ibu.
Dan akan terjerit-jerit dan melambai setiap kali melihat kelibat ibu.
Sering memberitahu rakan-rakan guru dia suka Cikgu Zakiah.
Katanya dia nak belajar dengan Cikgu Zakiah.
Tersentuh hati ibu.......alahai anak..maafkan cikgu kerana terkadang hilang sabar melayan kerenahmu.
Seorang lagi anak yang istimewa dimata ibu.
Awal pagi masuk kelas tidur.......zzzzzzzzzzzzzzzz....
Siap berdengkur dan meleleh air liur atas meja dan buku.
Sukar untuk dikejutkan.
Masih belum mengenal huruf dan angka wapaupun sudah 2 tahun belajar di pra.
Alahai, dan si cikgu inilah yang akan memimpin tangan anak kecil ini,
membasuh muka dan kepala di singki,
sambil berselawat dan bertasbih sambil meniup ubun2 kepalanya.
Kini ibu mengunakan alternatif lain.
Membawa stok gula-gula di dalam handbag sebagai umpan a.k.a ubat menghilangkan mengantuk. Nampaknya berkesan sebab sekarang matanya akan bulat bila ibu suapkan gula-gula kemulut kecil ini.
Disaat ibu mengeluarkan gula-gula dia akan hadiahkan ibu sebuah senyuman.
Terkadang 4Farahs mengusik ibu :
Hai ibu, takkan gula-gula untuk 'anak ibu' kat sekolah je..untuk anak-anak kat rumah tak ada ke?.
Tersenyum ibu mendengar usikan anak-anak.
"Angah, anak kecil macam inilah aset ibu.....
Merekalah sebenarnya banyak menyumbang pahala buat ibu..
merekalah yang menjadikan ibu seorang yang sabar dan tabah....
Sekarang ibu mampu tersenyum
walaupun dalam musibah dan kesedihan..itulah hikmahnya......"