Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mac 2014

Sotong Sumbat Bersayur.

Hari ni kita cerita pasal makan-makan pulak.
Sebenarnya ibu tengah lapar nie....

Sotong feveret ibu dan anak-anak tapi kat tempat ibu agak sukar nak
dapatkan sotong segar + besar.
Cara ibu nak gemukkan sotong dengan menyumbat sesuatu dalam isi perutnya.

Sotong-sotong yang tak berapa nak besar ni ibu isi sayur-sayuran kat dalam perutnya.....he3X.
Sayur tu ibu main belasah je yang ada kat dalam petiais ni.
Kebetulan yang ada karot, kacang panjang, kentang serta bebola ikan.
Masak dulu sayur-sayur tu kemudian ibu sumbat dalam sotong.
Kemudian tutup semula badan sotong tu dengan kepalanya...cocok dengan lidi......
Bila dah masak anak-anak sibuk tanya kenapa sotong ibu jadi gemuzzz dan gebu.....

Resepi sayur:
Langkah 1
Tumis bawang putih dan cili serta bawang besar.
Masukkan bebola ikan.
Tambah garam dan perasa.
Kemudian msukkan kentang, kacang panjang dan apa saja sayur kesukaan.
Goreng hingga masak tapi pastikan jangan lembek.

Selesai disumbat sayur ke dalam sotong tu:
Langkah ke 2
Tumis bawang besar + bawang putih + cili besar dalam minyak panas.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan perasa.
Sedikit air asam jawa atau asam keping....
Masukkan sotong yang telah siap disumbat tu.
Goreng sekejap je sebab sotong akan liat bila
lama-lama atas api.......

Siap untuk dimakan.
Jap lagi nak pergi pasar malam.
Nak cari sotong...he3x.....

6 Mac 2014

Hadiah Telekong Lycra

Dah lama nak buat n3 ni tapi asyik tertangguh.
Beby dah 2 bulan kerja sambilan selepas tamat SPM di atas kehendaknya.
Katanya nak kumpul duit pergi Korea semata-mata nak jumpa abang K-Pop...hehehe....
Gaji pertama Beby belikan ibu telekung
yang lebih kurang sama dalam gambar tu.
Terharu sungguh ibu....huhuhu...
Tapi yang pelik dia beli warna pink.
Warna yang paling dia tak suka...
Beby juga belanja kami satey kambing, daging,
perut dan ayam...

Terima kasih Beby.
Moga Beby bertambah murah rezeki..insyaallah..
Telekong tu ibu simpan dulu..sayang nak guna...

5 Mac 2014

Bengkel..Bengkel..Bengkel... iQ-PSS

Rutin tahunan ibu dan rakan-rakan Guru Perpustakaan Media  (GPM)
 berkampung di PKG.
Kalau bengkel buat kek sedap jugakkan, 
ni bengkel mengadap laptop dan perlu menjawab soalan-soalan untuk dinilai.....
Selesai jawab soalan on9 tu ibu printe untuk pengesahan guru besar dan simpanan.


Bayangkan sebanyak 25 keping kertas digunakan untuk printe soalan-soalan
yang selesai dijawab secara on9.....
Ce teka agak-agak berapa banyak soalan yang perlu ibu dan rakan-rakan jawab saban tahun. 
Ni belum lagi ujian kompetisi ICT dan pebagai ujian lagi.
Alhamdulillah segalanya kami dapat settlekan dalam tempoh yang
diperuntukkan........

About me