Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Oktober 2013

Resepi Kek Coklat BoboiBoy Mr Farouk

Sejak minggu lepas sibuk si mamat Farouk nak masak kek coklat.
Ibu suruh dia tunggu weekend sebab minggu lepas dia final exam.

Gigih dia tulis bahan-bahan nak buat kek.
Ayahlah jadi mangsa untuk pergi kedai.....

Gigih menyiapkan kek coklat.
Abaikan dapur yang dah mula berkecah tahap gaban.......aduyai...sabar jelah.

Patutlah beria-ia nak masak kek rupanya terpengaruh tengok resepi dalam majalah BoBoi Boy

Resepinya : 
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A:
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
perisa coklat
1/2 cawan air campur 2 sudu kecil nescafe

Bahan B :
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi.
2. masukkan minyak masak.
3. ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli 
dengan bahan A. Gaul sebati.
3. bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam hingga masak...
*Farouk kukus je sebab ibu malas nak lap oven tu....hehehe.....

Zoom sikit....

Hasil kek coklat yang telah siap hasil airtangan Farouk......

28 Oktober 2013

Tepek Keratan Akhbar Berita Harian.

Sekadar tepek keratan akhbar yang rakan ibu tag kat FB.
Sekadar buat kenangan.
Keratan akhbar ni semasa Kejohanan Padang dan Balapan sekolah ibu.

Farouk berbaju t-shirt hijau kat tengah-tengah tu...Kepala lentuk semacam je.
Ibu pulak terselit kat belakang bertudung biru......jumpa tak???? walah kecik no.....

p/s: TQSM kepada rakan wartawan Hai Rozzaman @ "Wak Jaman" di atas penerbitan keratan ni.
Jasa Wak tetap dikenang.

24 Oktober 2013

Selesai Urusan Pasport

Terima kasih ibu ucapkan kepada rakan-rakan blog yang
mendoakan kesihatan ibu.
Alhamdulillah keadaan ibu beransur baik.
Cuma ibu telah disahkah mengidap penyakit darah tinggi dan
Rabu depan ibu perlu buat pemeriksaan lanjut berkaitan dengan penyakit dalaman yang lain.

Dalam keadaan yang tidak begitu sihat ni ibu ambil kesempatan
menyelesaikan beberapa urusan penting.
Urusan utama ialah untuk settelkan pasport 2 orang kanak-kanak rebina ni.

Kami ke pejabat Imigrisen Muar pada sebelah petang.
Biasanya ibu lebih selesa membuat urusan di sana pada sebelah
petang kerana keadaan agak lapang dan terkawal.
Pegawai-pegawai di sini pun baik-baik dan mesra pelanggan.

Sempat je dua beradik ni main tangkap-tangkap gambar dengan tab.
Bosan la agaknya tu....

Tak sampai 1 jam segala urusan  pasport Farouk dan Naurah selesai.
Segala urusan booking dan bayaran sudah selesai, 
ibu pun dah siap-siap isi borang permohonan ke luar negara.
Risau jika ada masalah yang ibu alami sewaktu membuat permohonan ke 2 buah
negara pada tahun ini akibat kerenah birokrasi orang atasan.
Cuma sekarang ni nak settlekan pula urusan Visa dengan syarikat perlacongan
bagi percutian akhir tahun nanti.
Doakan agar segalanya berjalan lancar....InsyaAllah...

About me