Bersua kembali.
Dah 2 minggu ibu tidak sihat.
Sejak balik kampung untuk cuti Hari Raya Haji ibu dah demam.
4 hari ibu terbaring saja di kampung.
Sempat ke klinik di sana.
Ibu dibekalkan dengan beberapa jenis ubat.
Tekanan darah ibu meningkat + migrin + demam yang tak kebah-kebah.
Doktor di sana buat memo untuk ibu buat pemeriksaan lanjut setelah
balik ke Muar.
Ubat habis, demam belum kebah-kebah dan tekanan darah tak turun-turun.
Memang ibu jarang sangat diserang demam atau sakit tetapi
bila sekali kena memang teruk.
Minggu ni dah 2kali ibu ulang alik ke klinik kerana
ada appoiment dengan doktor..
Keadaan masih sama.
Kesihatan belum pulih...tekanan darah masih tinggi.....
Entah apa yang tak kena.
Rakan-rakan nasihatkan ibu berehat.
Tapi ibu ni jenis yang tak boleh duduk diam.
Dapat mc tetap hadir ke sekolah.
Ibu risau kalau sekadar terbaring tanpa buat apa2.
Semalam ibu ke klinik lagi untuk appoiment kali ke 3.
Ambil darah lagi.....check tekanan darah lagi...dibekalkan antibiotik lagi....
Sedikit ujian yang Allah berikan pada ibu setelah sekian lama menikmati kesihatan yang baik.
Dan esok ibu perlu jumpa doktor lagi.
Sepanjang minggu ini hingga minggu depan ibu perlu mengadap muka doktor.
Jika keadaan kesihatan belum pulih, ibu akan dirujuk ke pakar........
Ubat-ubat yang dibekalkan semalam.
Doakan agar kesihatan ibu pulih seperti sediakala.
Semoga ibu mampu jalani rutin seharian dengan ceria seperti hari-hari yang lepas....