Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 September 2013

Pendaftaran Along Sebagai Siswi UTeM.

Ahad merupakan tarikh pendaftaran Along di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Sebuah IPTA yang baru berusia 5 tahun namun dah berada disenarai top 10 Malaysia.
Sebenarnya ibu pun tak begitu tahu kewujudan UTeM ni sehingga
ada 2 orang anak rakan ditawarkan ke sini tahun lepas....hehehe......
Kebanyakan pelajar disini dalam aliran sains tulin dan bidang kejuruteraan/elektronik.
Lebih kurang kembar UTHM gitu........

Sepanjang tempoh persiapan, Along tidak kalut seperti Angah.
Sikap yang amat berbeza antara mereka berdua.
Semasa Angah dapat tawaran ke Asasi UiTM bulan 6 lepas,
seawal bulan 5 Angah dah mula prepare macam-macam.
A-Z mesti perfect tapi Along ni seorang yang "cool".
Esok hari pendaftaran baru mula packing barang.
Itupun ibu yang sibuk + bising2 suruh dia packing.

Akhirnya siap juga Along packing barang.
Mungkin ini pengalaman ke 2 Along untuk keluar menyambung pelajaran,
keterujaannya agak kurang sikit.
Lagipun masih ada barang-barang semasa kat Matrik boleh diguna pakai
dan masih elok dipacking...

Ayah bergegas balik dari meeting di KL.
Dah 2 hari ayah di KL.
Seawal 6.30 pagi kami bertolak ke UTeM.
Sebenarnya bukan jauh sangat pun.
Lebih kurang 40-45 minit je dari rumah melalui highway Utara-Selatan.
Ayah tak suka tergesa-gesa, lagipun pendaftaran along di sesi pertama (8.00 pagi).
Kami tiba di UTeM lebih kurang pukul 7.20 pagi.
Itupun dah ramai ibu bapa dan pelajar yang tiba.

Posing dulu di depan dewan besar.
Pendaftaran di jalankan di situ.....

 Pendaftaran dijalankan di dewan besar.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Ibu bapa berada ditingkat atas dewan sambil memerhati anak-anak
sementara anak-anak mendaftar di dewan.
Kagum ibu dengan kecekapan sistem di sana.
Tak sampai 15-20 minit pendaftaran Along selesai.....
Tahniah pada pihak pengurusan UTeM yang begitu cekap dan sistematik.

 Farouk dipaksa posing......hehehe....

 Dan seperti biasa, ayah yang paling "over" merakam setiap peristiwa bersejarah.
Ayah seolah-olah macam wartawan pulak......
Sanggup angkut segala peralatan kamera bagai..aduyai, kelakar pulak ibu tengokkan.......
Ibu tahu ayah amat-amat bangga dengan kejayaan anak-anaknya.
Kalau boleh ayah tidak ingin terlepas merakam setiap detik bersejarah dalam hidup anak-anak....

Kelakar pulak tengok pic yang Farouk snap nie.
Ibu sempat WhatsApp gambar ni dalam group family.
Adik ibu tanya siapakah pakcik disebelah Naurah tu yang kalut semacam tu...
Aduyai........kesian ayah.....hehehe.....

Akhirnya selesai proses pendaftaran dan dengan rasminya Along 
bergelar siswi diusia 19 tahun....
Bangga menunjukkan kad matrik yang menjadi miliknya kini....

Selesai urusan pendaftaran, kami bergerak ke asrama.
Memang agak jauh kerana UTeM ni memang luas.
Maklumlah tempat baru.
Jalannya agak jem jugak tapi terkawal dengan bantuan polis.

Akhirnya kami tiba di kolej kediaman.
Lupa pulak ibu nama kolej tu.....
Alhamdulillah, Along dapat ground-floor sama macam di matrik dulu..
Makin membiaklah lemak anak ibu nie.
Bilik dan perabut serba baru.
Setahu ibu, kolej kediaman ni baru siap dalam 2 tahun je.
Masih ada bau perabut baru.....Selesa sangat.
Roomate along juga merupakan kawan sekolej semasa di Matrikulasi Melaka dulu
dan mereka dalam kursus yang sama di sini...Syukur....

Posing sebelum ibu berangkat balik.
Saat itu muka Along mula berubah.
Air mata bergenang di pipi.
Lebih 4 bulan Along berkepit bersama ibu dan tibalah masa
untuk along menjalani kehidupan yang mencabar di sini.
Ibu doakan moga Along terus cemerlang dan berjaya
dalam impian.

Jauh disudut hati ibu, terselit rasa rindu pada Along dan Angah saat ini.
Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan yang ibu rasai....
Apapun ibu amat-amat bangga memiliki kalian.
Semoga Along dan Angah menjadi pemangkin untuk adik-adik terus
cemerlang....
Tahun ini ibu dan ayah menyaksikan dua orang anak bergelar siswi...
Syukur padaMu Ya Allah.....

31 Ogos 2013

Marhaban Ya Marhaban.

Kisah yang dah agak lapok nie.
Hari Ahad lepas ibu bekerja.
Bukan dipaksa oleh GB tapi di atas kerelaan rakan-rakan guru.
Itulah kami....1 keluarga yang sentiasa tidak berkira masa dan tenaga.

Seawal 7.30 pagi, ibu , farouk dan Naurah 
bersiap untuk memulakan misi Program Marhaban SKPK.

3 beranak dah siap untuk memulakan misi.
Jenuh ibu menyelongkar almari mencari baju warna biru 
yang di beli kat Vietnam tapi tak jumpa.
Akhirnya ibu seorang memilih tema hijau.....

Ibu bersama lebih kurang 20 orang anak-anak didik
menjelajah di 3 buah kampung.
Kira congak, kami akan terjah 7 buah rumah.
Perut perlu agihkan kepada 7 buah rumah + 2 open house rumah rakan ayah.......

MERIAH.
Alhamdulillah, tahun ini merupakan kali ke 12 ibu menyertai program marhaban sekolah.
Amat-amat terharu dan gembira di atas sambutan  dan
layanan mesra ibu bapa pada pihak sekolah..
Makanan pun meriah.
Disamping itu dikocek anak-anak ini terisi dengan duit raya.

 Kali pertama makan otak-otak ayam..
Sangat sedap.....nyom..nyom..nyom....

Cuba fokus pada seorang budak berbaju biru tu.
Ce teka siapa budak lelaki tuuuuuu???????
Itulah Farouk.
Berbasikal bersama-sama rakan-rakan kumpulan.
Ibu terpaksa angkut basikal ke dalam MPV di atas permintaan Farouk.
Katanya dia nak bersama-sama rakan-rakan berbasikal.
Seronok bila sesekali dia terlepas bebas berbasikal
dipelusuk kampung.

Balik rumah badan farouk mula tak sihat.
Orang yang tak lasak macam tulah.....

Petangnya kami bergerak pula ke open house rakan ayah dan cousin ayah.
Hari ini saja ibu beraya di 10 buah rumah.
Walaupun setiap rumah yang ibu masuk dah dicatu pengambilan
makanan tetapi rasanya perut ibu dah penuh dan sarat dengan air dan makanan.......huhuhu....

29 Ogos 2013

'DIA' dah Kembali.

Syukur Alhamdulillah, insan yang ditunggu akhirnya sudah kembali ke Tanah Air.
11 jam perjalanan  dari Kaherah ke KLIA tanpa henti
akhirnya mengundang rasa lega dihati adik Yu dan kami sekeluarga.

Akhirnya seawal 7.15 pagi waktu Malaysia adik Yu tiba di KLIA.
Salah seorang adik ibu ((kie) menanti di sana.
Sepanjang adik Yu berlepas kami adik beradik tak putus-putus ber"WhatsApp".
Gambar-gambar ini pun ibu ambil dari tab.

Setiba di KLIA adik Yu bersama 30 rakan dalam bidang perubatan tajaan
JPA diberi taklimat.
Mereka diberi jaminan untuk melanjutkan tahun akhir
di 3 buah negara pilihan lain (Ireland, India dan Indonesia)
memandangkan keadaan di Mesir masih dalam keadaan kacau bilau.

Menu pertama yang diminta setelah menjejak kaki ke Malaysia, Nasi Lemak.
Maklumlah hampir setahun meninggalkan Malaysia semasa cuti semester yang lepas.

Taraaaaaa.....licin.

Beberapa jam kemudian
Adik Yu menaiki penerbangan MAS untuk kembali ke Kota Bharu.
Tengahari baru tiba di Kota Bharu.
Di Airport Ismail Petra Adik Yu disambut oleh abah, adik atie bersama suami dan
adik bongsu.

Wajah ceria abah menyambut kepulangan anak tersayang.
Terpancar kegembiraan abah....

Adik Yu bersama Atie ( adik perempuan ibu ).
Mereka berdua amat rapat dan sering berkongsi segala rahsia.......

Mamalah orang yang paling bahagia dan gembira.
Ibu tahu jiwa mama bergolak hebat sejak mesir dilanda musibah.
Terpacul dari mulut mama :
"Tak boleh ke adik Yu sambung tahun akhir kat Malaysia???"
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala-galanya...

Terima kasih di atas doa2 semua.
Tidak terbalas segala jasa rakan-rakan semua......


About me