![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Selamat bersua kembali.
Alhamdulillah akhirnya ibu selamat menjejak kaki semula di bumi tercinta.
Rindu Malaysia.
Penerbangan memakan masa selama 2 jam yang tidak begitu menyeronokan dari kebiasaan.
Mungkin anak2 kapal yang tidak begitu mesra alam.....
Budget kali ini kurang sikit daripada bershopping di Vietnam.
Tapi tetap bergelar jutawaan.
Ibu cuma habiskan RM2K+ untuk bershopping.
Kalau ikutkan hati parah tapi belajar menjadi seorang yang kuat iman...hehehe...
Itu pun beli kain sulam 3 pasang seorang untuk 4Farah + ibu.
T-shirt untuk Farouk dan 4Farah.
Sedikit souvineer untuk family dan rakan.
Pemandangan bandar Bandung dari atas.....
Sentiasa sesak.
Tanpa polis trafik.
Highway menghala ke Jakarta.
Perjalanan lebih kurang 2-3 jam.
Jarang nak jumpa trafik-light.....
Rumah sakit.
Sekolah yang amat berbeza dengan Malaysia.......
Agaknya kalau ikut drive kat sini mau kena serangan jantung....
Peniaga jalanan pun di mana-mana sehingga ibu rasa rimas....
Yang jadi pengemis jalanan tak terkira.
Dari seawal usia hingga ke tua.
Kesian melihat kedaifan mereka.
Tapi yang kaya raya pun ramai.
Terlalu tinggi jurangnya antara mereka.....
Dalam hati rasa bersyukur kerana masih ramai lagi orang hidup
merempat dan menderita berbanding kita....