Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Mei 2013

Selamat Ulang Tahun Mama.

Akibat kesibukan dipenghujung cuti ibu tak sempat nak publish n3 untuk mama.
Semalam birthday mama-23.5.2013......
N3 ni ibu dah draf awal-awal tapi terlupa nak setting masa....huhuhu....

Selamat Ulang Tahun yang ke 64 untuk mama.
Ibu amat bahagia dan bersyukur kerana masih diberi peluang
untuk merasai kasih sayang mama....
Sesungguhnya ibu amat kagum dengan semangat dan ketabahan mama,
Juga kagum dengan kejayaan mama mendidik 8 orang anak-anak tercinta...

Ya ALLAH......
Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mama Hajah Hanisah,
Lindunglah mama Hjh Hanisah Ya Allah,
Limpahilah kasih sayang Mu pada mama,
Kurniakan lah ketenangan dan ketabahan buat  mama...
panjangkan umur mama untuk terus berada disisi  insan-insan tersayang.......
dan murahkan rezeki mama.......

Saat ini ibu rasa nak peluk mama puas-puas.
 Wajah ceria mama yang buat ibu bahagia.
Walaupun sekarang mama tidak mampu berjalan seperti dulu namum mama seorang yang 
kuat semangat. ibu amat kagum dengan mama.
Mama tidak pernah menunjukkan kesakitan dan kesedihan didepan anak-anak....
Itulah kelebihan yang mama miliki............

Sayang mama ketat2.......

23 Mei 2013

Baby Baru Ayah.

Wah tergugat ibu dengan tajuk tu...
Tak delah, sebenarnya ayah beli benda alah ni.
Dah seminggu pun.

Ibu pun tak tahu, Baby yang entah ke berapa.
Kamera digital dah ada 4 bijik, DSLR dah jadi gajah putih dan beli pulak en canon nie. 
Ayah ni kalau dah beli sesuatu memang leka.
Sweet pulak ibu tengok dok tilik2 benda alah tu.
Macam kanak-kanak ribena yang baru dapat mainan gitu.

Dan model kat rumah dah makin pupus.
Kalau dulu Naurah dah Farouk la jadi model tapi sekarang model dah tak bagi kerjasama.
So sekarang kami kena berhati-hati sebab ada je orang curi-curi candid gambar kami....huhuhu....

p/s:
Aduyai...ayah OT lagi....huhuhu....

22 Mei 2013

Cheese Cake Untuk Along.

Hari ini nak tayang makanan ye.
Bak kata ummiross, bukan sebab sakit jiwa....hehehe....

Birthday Along dah berlalu.
JJCM pun sudah cuma kek je belum ada.
Biasanya ayah yang selalu sponser kek birthday 5F tapi kali ini ayah amat sibuk dengan kerja.
Tak sempat langsung nak tempah kek untuk anak manjanya.
Kesian pulak tengok Along tu.
Mesti sedih......huhuhu.....

Untuk tidak menghampakan along, ibu tempah sebiji  dari rakan sekerja seorang ustazah..
Ibu pernah rasa cheese cake airtangan ustazah ni masa Hari Guru lepas.
Memang sedap walaupun simple.........
 Sebiji cheese cake blueberry + oreo untuk along....
Sedap dan harga berpatutan.
Cheese melimpah ruah.....

Kek tu ibu potong 6 bahagian sebab ayah tak minat kek.....
Puas kami makan...
Lain kali bolehlah tempah lagi ye Nurul......

Sekarang ni ibu dah tak ada masalah untuk  tempah
 melty, pavlova, red velvet dan cheese kek sebab kat sekolah dah ada orang yang mengambil tempahan.....
Maka potensi untuk kembang makin bertambah maju...huhuhu.............

About me