Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mei 2013

Sepetang @Ayer Hitam, Kluang.

Kisah basi lagi dan lagi.
Kisah berlaku semasa weekend yang lepas nie....

Lama dah ibu tak singgah kat Ayer Hitam, Kluang.
Dulu masa tinggal kat Mersing, mesti singgah sini OTW balik kampung ayah di Muar.
Antara Muar ke Ayer Hitam dalam lebih kurang 2 jam jugaklah kalau melalui lebuh raya.

Kami singgah sini dah petang.
Itu pun ayah singgah diatas prmintaan ibu.
Kebetulan hujan renyai2 dan makin lama makin bertambah lebat.
Kalau dulu kegilaan ibu membeli pasu seramik untuk dibuat koleksi.
Sekarang hobi itu seolah-olah berkubur........

Jom layan gambar 2 anak dara ibu di sebuah kedai di Ayer Hitam.....
 Gadis bungaaaaa.....

 Angah dan Naurah sekadar menemankan ibu cuci-cuci mata.....

Ayah dan Farouk sempat beli cenderahati sempena hari guru nanti.

p/s:
Mungkin blog ibu bercuti seketika kerana esok ibu bertolak
balik ke Kelantan untuk mengundi.
Selamat mengundi semua.
Pilihlah calon yang terbaik .........
Undi ditangan kita...................


1 Mei 2013

KMM Dalam Kenangan.

Setelah genap setahun along belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) akhirnya along
kembali ke pangkuan ibu dan keluarga.
Masih terbayang lagi semasa kami sekeluarga hantar along
untuk mendaftar di sana... Klik SINI .
Mungkin 1 tahun tidak lama tapi bagi ibu ianya begitu lama....

Akhirnya 5F berkumpul kembali untuk seketika kerana
bulan depan Angah pula akan melangkah pergi meninggalkan
ibu dan keluarga untuk mendaftar sebagai salah seorang pelajar matrik .
Angah di tawarkan ke Matrikulasi di Gopeng Perak.
Itulah pilihan Angah dan family.
Walaupun keputusan UPU belum keluar
tapi bagi ibu Matriklah tempat terbaik bagi pelajar aliran sains yang dapat keputusan cemerlang
menyambung pelajaran sebelum anak-anak ibu
menyambung degree nanti.....InsyaAllah.
Pengalaman adik-adik ibu menguatkan lagi semangat untuk melihat
kejayaan anak-anak.

Terperanjat dan tersentak ibu bila melihat barangan yang along angkut dari kolej.
Mak aiiiii....macam orang pindah rumah.
Sebahagian kotak-kotak berisi buku belum dikeluarkan dari kereta...Fuh!!!!
Dasyat sungguh.
Rasanya masa pergi hantar 1 tahun yang lepas along bawa 2 buah beg besar tapi bila balik
penuh 1 MPV dengan barang-barang yang entah dari mana.
Patutlah malam sebelum bertolak ayah tak benarkan kami ikut.
Rupanya ayah dah dapat agak anak daranya angkut barang 1 lori.....aduyai..anak manja ayah.


 Gambar kenangan Along bersama pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar yang banyak mencurahkan ilmu
buat along.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Harapan ibu, ayah dan family agar Along mampu memperolehi keputusan cemerlang
sebelum melangkah ke university pada bulan 9 kelak.
InsyaAllah, along akan bersaing dengan kakak2 dan abang2 seniornya di sekolah dulu
nanti kerana along 1 tahun lebih awal melangkah ke universiti........

p/s:
Selamat Hari Pekerja.
Hari ni jom kita bekerja kat dapur pulak......

29 April 2013

Ayah Berseminar , Kami Bercuti.

Seperti biasa kalau ayah berseminar, kami anak beranak ikut serta
dalam erti kata bercuti dihujung minggu.....
Walaupun sekarang ibu tidak lagi mampu mengikut ayah OT
pada setiap weekend tapi sekali-sekala ibu pergi jugak untuk tenangkan fikiran..
Masa tu anak-anak terpaksa "di pontengkan" dari
menghadirkan diri ke kelas tambahan atau Kelas Khas Agama.

 Menunggu ayah check in bilik.
Beby tak dapat bersama kerana dia ada program di sekolah.
Yang ikut cuma 3F.......

 Jom pergi bilik......

 Edisi sepah-menyepah bilik ibu/ayah dulu....
Rutin F&Co posing atas katil dulu sebelum edisi menyepah bilik jadi tongkang pecah......

Dah selesai urusan menyepah bilik ibu/ayah barulah mereka beredar ke bilik mereka pulak.
Itupun dah lepas Maghrib mereka kembali ke bilik mereka
padahal bilik terletak bersebelahan je...

 Sweet je bilik diaorang nie...Warna pink...
Sibuk Angah dan Naurah ajak ibu join tidur kat bilik mereka dan
Farouk dipaksa temankan ayah dibilik sebelah......
Punyalah Farouk sedih bila kena reject oleh kakak-kakaknya tu.......hehehe...
Malamnya kami keluar untuk shopping apa yang patut....

 Tak ada kerja, benda alah ni pun nak snap......hehehe....

 Dan ini......

Tempat pertama yang Farouk pergi pantau ialah bilik mandi.....
Motif : nak berendam sampai kecut......

 Macam biasa aktiviti Farouk kat bilik hotel bila ayah berseminar.....
Main game.

 Lepak-lepak +  tengok TV sambil buat homework.

Menu yang paling famos-emos masa menginap kat hotel.......MAGGIE!!!!.
Memang kena bawa stok banyak-banyak.
Maklumlah kalau dok terkurung perut asyik lapar je.........
Penyelamatnya adalah maggie....

Paginya kami bersarapan di cafe hotel.
Malas nak keluar.
Ayah sibuk melayan Naurah dan Farouk bersarapan.

 Bersarapan dengan nasi lemak.
Boleh tahan jugak sedap terutama sambal ikan bilisnya yang nyummy....
Bila pekena nasi lemak, dah tak layan makanan lain...Kenyanggggg.....

Ni jelah yang Farouk makan + emping jagung + susu segar......
Maklumlah Farouk tak suka makan nasi.
Memang membazir bayar sarapan untuk budak ni.......

About me