Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 April 2013

Farah Najdah dan KRS (Kadet Remaja Sekolah).

Kali ini pun n3 yang dah basi.
Kebelakangan ni ibu agak sibuk dan memang tak sempat nak buat n3 setiap hari....
Basi pun tak kisahlah ye.
Yang penting ada catatan kenangan.

Minggu lepas Beby mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki 
peringkat daerah Muar di SMKL, Tangkak.
Dah 2 minggu Beby berlatih secara intensif..
Banyak pelajaran dan tuisyen tertinggal.
Muka pun dah rentung..Ibu tengok pun dah tak kenal.....
Gelap + legam....

Persediaan sebelum bertolak ke tempat pertandingan...
Beby yang paling tinggi .......anak ibu katakan....cit!!!!!!

Pertandingan bermula.....
Gambar ini pun ibu snap daripada FB sekolah Beby.
So tak dapatlah ibu nak huraikan kejadian masa tu.....hehehe......

 Lepas pertandingan...posing kat rimbunan pokok buluh????????
Apa-apa jelah..Janji ada gambar kenangan.

Sekolah Beby tak menang sebarang tempat pun.
Sekadar dapat sijil penyertaan peringkat daerah.....

p/s:
Dapat khabar gembira tapi ibu yang over sedih...
nantilah ibu buat n3 ....huhuhu......


24 April 2013

Giliran Naurah Pulak...Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR

2 minggu lepas Angah menerima hadiah kecemerlangan dalam SPM.
Kali ini giliran Naurah pula menerima ganjaran kecemerlangan dalam UPSR.
Walaupun dah lebih 4 bulan berlalu namun pelajar cemerlang tetap diraikan
sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah dan PIBG....
Basi pun basilah........
Majlis ini pun dah berlalu minggu lepas......
Hari ini baru sempat ibu buat n3....
Kesibukan yang melanda membataskan rutin ibu.

 Angah dan Naurah.
Posing dulu sebelum ke sekolah.....

Bersama best friend yang sama-sama dapat 5A dalam UPSR 2012....
Naurah, Efa dan Nana.

 Blur pulak gambar nie.
Cuma ada sekeping ni je gambar yang sempat ibu snap sebab masa ni ibu sibuk
menguruskan bahagian hadiah.....
Naurah menerima cenderahati berupa wang sumbangan daripada PIBG.
Cenderahati di sampaikan oleh Tn Haji Mustafa Kamal B Dato' Hj Shamsudin 
(Ketua Penolong Pegawai Daerah Ledang).

Semoga Kakak terus cemerlang....ameen..ameen..ameen....

p/s:
Pagi ni ibu sibuk lagi...
Menghadirkan diri ke Karnival Matematik Peringkat Zon di SKBG pulak.....

p/s:
Doa buat Along yang sedang menduduki final exam....

Al-fatihah.....
Ya Allah,
Permudahkan segala urusan anaknda Farah Nabilah.
Berikanlah kesihatan yang baik, dada yang lapang, ketenangan buat anaknda.
Terangkan hatinya, mindanya, ingatannya....
agar anaknda dapat mengingati apa yang telah dipelajari, dibaca dan didengarnya.
Semoga anaknda Farah Nabilah dapat menjawab setiap soalan yang diberi
dan semoga anaknda memperolehi kecemerlangan.....
Ameen...ameen..ameen.......

23 April 2013

Pantai Air Papan @ Mersing.

Kisah Sabtu dan Ahad.
Ayah angkut kami semua ke Mersing.
Perjalanan dari BG ke Mersing memakan masa hampir 4 jam.
Kami bertolak pada 7.10 pagi dan sampai ke Mersing lebih kurang pukul 11 pagi.

Sampai je di Bandar Mersing, 
Ayah bawa ke tempat kenangan masa ibu tinggal di sana.
9 tahun juga ibu tinggal di Mersing.
Bandar Mersing tidak banyak berubah.
Banyak kenangan pahit manis di sini.
Berkawin di usia muda, baru bergelar guru, mempunyai 3 orang anak kecil dan berjauhan dari keluarga.
Ayahlah bertindak sebagai abang, sebagai guru, sebagai pelindung
dan ayahlah segala-galanya buat ibu saat itu.......
Gambar yang ayah snap dari bilik persidangan........

Muara sungai....

Model Ayah.
Masa ni ibu malas nak turun kereta akibat pening-pening lalat melalui jalan yang bengkang bengkok.......
So Ayah jadi cameraman..
Ayah tahu ibu suka buat catatan dairy dalam blog.
Setiap catatan mesti ada gambar-gambar kenangan........hehehe.....

Perjalanan menuju ke pantai....
Sana sini pantai.
Seronok betul Farouk dan Naurah.
Maklumlah, Muar jauh dari pantai.
Pantai ni pemandangan di belakang rumah ibu masa menetap di Mersing dulu....

Pantai Air Papan.
Terletak lebik kurang 7 km dari Bandar Mersing.
Banyak kenangan terpahat di sini......

Farouk dah tak sabar nak mandi.
Sedang tunggu kakak Naurah tukar baju.
So kena jadi model ayah lagi....hehehe....

Dah tak sabar nak berendam.

Posing dulu......

Muka bosan Farouk sebab kena paksa bergambar....hehehe.....

Saat yang ditungguuuuuuuu.............

Punyalah Farouk gembira dapat berendam......
Tapi kami tak lama di sini kerana ayah kena check in di Timotel Hotel..
 Petangnya ayah dah mula berseminar......
Nanti kita lihat apa aktiviti kami di bilik hotel....
Tungguuuuuu.......

About me