Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Mac 2013

Cuti-cuti Malaysia @ Kelantan.

Salam rindu semua.
Dan selamat bercuti bagi yang bergelar pelajar dan guru (tak semuanya cikgu bercuti ye....)

Sekarang ibu berada di kampung @Kelantan.
Mungkin ibu bercuti di kampung selama 1 minggu.

 Kami melalui highway yang masih belum siap.
Lama juga highway ni dibina tapi masih belum siap sepenuhnya.
Ibu pun tak pasti bila ianya akan siap untuk menghubungkan Bukit Besi ke Kuantan

 Inilah pemandu baru ibu.
Walaupun baru 1 bulan dapat lesen tapi Angah mampu menjadi
driver dengan jayanya.....Kami bergilir-gilir memandu kerana
perjalanan yang jauh memakan masa antara 10-12 jam.......

Ayah dah terbang ke tempat seminar selama 1 minggu.
Jadi terpaksalah ibu balik dengan anak-anak je....huhuhuhu.....

Keadaan sesak di Bandar Jertih...

Kami bertolak pagi dan menjelang Maghrib baru tiba di kampung.
Perjalanan yang memakan masa 10-11 jam......penatttttt............

p/s:
Maaf ye jika ibu tak dapat bw seperti biasa maklumlah
sekarang ibu berada di kampung.

21 Mac 2013

SPM dan Angah

Hari ini result SPM dah diumumkan.
Hilang segala debaran dijantung ibu sekeluarga.
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur kerana Angah mampu memperolehi result cemerlang
walaupun dia tidak berjaya melepasi target meraih straight A.
Apapun itu tetap bangga dengan kejayaan Angah.

Ibu mohon maaf kerana ibu tidak dibenarkan mencatatkan keputusan sebenar
di atas permintaan tuan punya badan.
Ibu akur dengan permintaannya.
Katanya cukuplah hanya "kami" saja yang tahu .
Juga pesanan dari angah agar ibu sampaikan ucapan jutaan terima kasih
kepada rakan-rakan blog yang tidak putus-putus mendoakan dia.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa-doa kita semua.....
Apapun perjalanan Angah masih jauh.

Petangnya ibu berkejar ke sekolah Angah kerana
 diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada hari yang sama.

Syukur Alhamdulillah....
Sesungguhnya ibu amat-amat bangga dan bersyukur dengan kejayaan anak-anak ibu.
Semoga Angah juga mampu melangkah lebih jauh lagi.......

Bersama rakan-rakan yang cemerlang dalam SPM 2012.....
Sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas..........

Angah menerima Anugerah Cemerlang SPM 2012 daripada YB Ir Hamim Samuri

 Bergambar bersama pelajar cemerlang 2012

 Zoom sikit.....Angah bersama best friendnya juga anak seorang rakan guru....
serius je muka Angah masa nie.......

 Sekeping gambar kenangan bersama ibu...

Angah....

Cover sijil yang angah dapat.

 Sijil Anugerah Cemerlang.

 Plak 

YA ALLAH....Ibu amat bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan
pada anak-anak ibu.
Kejayaan ke 2 yang anak hadiahkan pada ibu pada bulan ini....

Juga jutaan terima kasih di atas doa-doa yang tidak putus-putus buat kami sekeluarga.......
Hanya Allah yang akan membalasnya.....



20 Mac 2013

Sesekali...

Ini adalah antara n3 basi.
Kisah berlaku weekend hari tu.
Dah terperam dalam draf beberapa hari.....huhuhu
Nak buat macam mana, kesibukan melanda.......

Sesekali kalau kerajinan ayah melanda dapatlah kami menikmati masakan ayah.
Kalau dulu ayah rajin tolong ibu masak.
Maklumlah masa tu 3Farah masih kecil dan ibu sibuk menguruskan mereka bertiga.
Lagipun masa tu ayah tak sesibuk sekarang.

1 periuk steamboat hasil airtangan ayah untuk anak-anak terutamanya Along.
Maklumlah dah 1 bulan si manja ayah teringin nak makan steamboat ayah nie......

Semangkuk untuk ibu.
Sila jangan terpedaya sebab ni merupakan isi mangkuk yang pertama......
Untuk mangkuk seterusnya isinya melimpah ruah.....makan sampai lupa diri....
Kenapa ayah masak sedap sangatttttt????? Eh!!! Ayah pulak dipersalahkan...cit!!!!!

                        Bila tengok kakak2nya makan guna chopstik, farouk pun sibuk nak jugak.

Cuba perhatikan betul-betul macam mana Farouk menyalah gunakan chopstik.
Sila jangan terpedaya........
Ada ke patut dia buat chopstik tu sebagai penyucuk .....alahai.....

Bestkan kalau setiap hari ayah masakkan untuk kami.
Dah..dah...jangan nak berangan la ibu.......

About me