Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Mac 2013

Tahniah Along!!!!

Tiada hadiah yang berharga buat seorang ibu selain dari melihat kejayaan anak-anak.
Alhamdulillah ibu amat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak 
yang mampu buat ibu dan ayah bahagia.
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk malah jauh sekali untuk mendabik dada.
Dan ibu dah sering nyatakan di sini blog ibu adalah catatan harian kami
sebagai kenang-kenangan sampai bila-bila....

Minggu lepas Along dah dapat result examnya.
Dan minggu ni pelajar cemerlang menerima surat penghargaan daripada
Pengarah Kolej Matrikulasi secara individu.

Alhamdulillah setiap kali peperiksaan yang diduduki di kolej
Along mampu dapat kecemerlangan walaupun pada awalnya
dia sering mengadu agak sukar untuk mengejar setiap subjek
akibat persaingan dari rakan-rakan disana.......

Surat penghargaan daripada Pengarah Kolej di atas kecemerlangan Along
dalam Peperiksaan Pertengahan Semester..

Syukur Alhamdulillah, 
Along terus kekalkan kecemerlangannya hingga kini.
Along buktikan walaupun dia pegang jawatan Exco dan jawatan penting di kolej
tapi dia tetap mampu membahagikan masa antara ko-ku dan akademik.
Kerisauan ibu telah along rawat dengan kejayaan.

Ya Allah, ibu amat-amat bersyukur
 kerana Allah sering kabulkan doa-doa ibu
buat anak-anak tersayang.....Alhamdulillah.....

p/s:
Juga Tahniah untuk Naurah kerana mampu meraih straight A dalam exam PBS
pertama di sekolah menengah.
Juga untuk Beby Najdah yang mendapat markah tertinggi keseluruhan dalam BI.
Moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah.

16 Mac 2013

Edisi Shopping Lagi

Salam sayang semua.
2 hari ibu menyepi sebab di rumah line internet ada masalah.
Hari ni baru ok...Alhamdulillah.

Semalam selepas solat Jumaat kami bertolak ke Melaka
untuk menjemput buah hati ibu....
Kali ini  merupakan cuti terakhir Along sebab lepas dia akan tamat
pengajian di Matrikulasi dan bercuti panjang.....

Macam biasa hobi kami ialah shopping.
Setiap kali ke Melaka pasti kami akan singgah bershopping....

Kali ini Along tunggu kami di Tesco Melaka.
Singgah sini sekejap untuk beli sushi sambil cuci-cuci mata....
Sambil tu nak beli dress untuk along sebab dia ada majlis@program di kolej.
Penat pusing cari dress tema garden tapi tak ada yang sesuai....
Cerewet betul anak dara ibu....


 Wajah yang ibu rindui.
Dah 1 bulan lebih kami tak jumpa.
Rindu sangat-sangat kat Along.



Along ajak ayah ke Dataran Pahlawan pula..
Singgah solat Asar sebelum operasi shopping di Dataran Pahlawan.

Pot kegemaran anak-anak ibu.
Kat sini ibu beli t-shirt untuk Naurah dan along beli 2 helai blouse.....

Ya Allah penatnya nak melayan kecerewetan Along memilih dress.
Entah berapa banyak kedai kami masuk tapi tak ada yang berkenan.
Sabar jelah melayan citarasa anak-anak sekarang.
Akhirnya ada la sehelai gaun labuh warna peach yang dapat menambat hatinya.
Bila tengok harga berpeluh ibu.

si ibu pun dah rambang mata.
Terpandang handbag yang maching pulak dengan jubah ibu pakai tu....hehehe...
Namun iman kena kuat melawan perasaan sebab bulan 6 ni ibu ada visi dan misi yang lebih besar....

2 beradik ni pun tak nak kalah.
Misi nak beli dress tapi benda lain pula dibeli......
Masing-masing terbeli handbag.
Dah anak dara katakan.
Aduyai kalau ibu dulu nak beli  handbag yang harga Rm20-RM30 pun kena fikir 10X tapi
anak-anak sekarang setakat  handbag harga RM200-RM300 tu macam biasa-biasa je...
Boleh cakap "murah aje"......huhuhu.....

Handbag angah dan along.
Ibu belikan mama sepasang kasut valentino collections.
Dah lama tak beli hadiah untuk mama.
So untuk ibu kena KIV dulu la......

p/s:
Dapat perkabaran gembira dari along...
Nanti ibu cerita pada n3 akan datang.....

14 Mac 2013

Farouk Penternak Gajah.

Tajuk yang entah apa-apa.
Sejak zaman sekolah dulu ibu memang fail bab-bab nak bagi tajuk pada sebuah petikan....
huhuhu.....
Cuba tengok seekor anak gajah biru nie.
Sejak kecil Farouk bela gajah biru nie.
Gajah ni pun Farouk dapat percuma masa ayah beli pampers masa dia berumur 2 tahun.....
Bayangkan dah berapa lama mereka hidup bersama....

Sampai saat ini si gajah jadi peneman setia pada Farouk.
Kalau dulu si gajah tu juga pakai pampers macam tuannya.
Sejak si tuannya "bersara" dari dunia pampers sewaktu usia 3 tahun
maka si gajah pun turut bersara.....

Tapikan ibu rasa amat-amat tidak sesuaiiiiiii sebab tuan gajah dah berumur 9 tahun  5 bulan.
Macam tak mancho la....huhuhu.....

About me