Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Mac 2013

TQSM Dinas

Balik dari sekolah semalam ibu terima sampul surat pos laju.
Hati berbunga riang + suspen.
Tersenggeh sorang-sorang bila tengok nama pengirim...
Sebelum buka ibu raba-raba dulu..
Senyum lagi.
Agak-agak kalau ada jiran mengintai mesti kata ibu kena penyakit angau.

Inilah sampulnya......
Ce teka apa isinya??????

v

v

v

v

v

Taraaaaaa.........FM idaman kalbu ibu terima daripada Dinas.
Beberapa minggu lepas Dinas pergi bercuti di Berunai.
Dinas memang seorang yang pemurah.
Ada je cenderahati yang dia bagi ibu bila p cuti..Sama dengan JS.....
TQSM dear....Sayang Dinas ketat2....Muah3X.....

Yang paling mengembirakan ibu, inilah koleksi FM pertama dari Negara Berunai.
Ibu dah ada koleksi dari seluruh dunia tapi belum ada dari sana......
Tak sabar terus ibu tepek FM di petiais.
Dok elok2 no....jangan gaduh2...
Awas kalau datang penganas yang suka
buka/tutup pintu peti ais kuat2 tu...

Cuba tengok peti ais ibu..Kiri- kanan- depan bertepek dengan FM...
.cuma belah belakang je kosong...
Agak-agak kalau boleh tepek belah belakang confirm penuh jugak tu.....hehehe...
Itupun dah beberapa FM dah rosak akibat keganasan ayah.
Ayah tu kalau tutup petiais memang ganaz....maklumlah jejaka perkasa....huhuhu...


Ibu berangan suatu masa nanti ibu nak tempah satu frame
besar untuk ibu tepek koleksi kesayangan ibu nie dan gantung kat dinding.
Mesti cantikkan.
Setiap FM ibu tercatat nama  pemberi dan tarikh dibelakangnya.
Moga impian ibu menjadi kenyataan tapi entah bila ibu pun tak pasti....

12 Mac 2013

Key Chain "Tanda Nama" dari Felt

Alhamdulillah biz kecil-kecilan Angah dah nampak makin berjaya.
Setiap hari ada saja tempahan yang diterima terutama untuk key chain "tanda nama".
Angah jual dalam RM2.50 je.
Tak sampai hati nak cas mahal-mahal.
Maklumlah yang tempah pun kanak-kanak ribena.
Mereka membeli sambil menyumbang sedikit dana untuk PSS sekolah.
Bolehlah cikgunya ni buat beli bahan-bahan keceriaan seperti
bakul, bunga dan sebagainya.....

 tempahan untuk hari ni angah dah siapkan.
Esok bolehlah diberi kepada pemiliknya.....

Ada beberapa key chain yang belum dituntut tuan punya......

Kalau ada rakan-rakan nak tempah boleh order dari blog ibu nie.
Selain daripada membuat tempahan dapatlah wang itu ibu salurkan
untuk tabung dana PSS SK ibu.......

p/s:
Seawal 5 pagi ayah dah brtolak ke Putra Jaya kerana
ada pengumuman penting untuk penjawat awam hari ni...
Macam tulah kerja orang Cuepecs....
Sibuk sokmo.....huhuhuhu.....

11 Mac 2013

Farouk VS Ibu.

 Salam sayang semua.
Hari ini agak lewat ibu update status.
Seawal pagi dah pergi meeting di PKG.....sibuk sokmo...

N3 ni dah 1 minggu dalam draf tapi tak sempat pun nak edit.
Aktiviti ibu dan anak-anak yang tak mengira waktu dan ketika.

Hobi melukis ibu telah diwarisi oleh anak-anak.
Kalau dulu diwarisi oleh 4Farah dan sekarang ni bertambah ahli baru iaitu Farouk.
Sebenarnya sejak kecil Farouk minat melukis cuma dia TIDAK kreatif
terutama dalam bab-bab mewarna.
Setiap kali mewarna  hasilnya pasti HANCUZZZZZ.....
Kertas mewarna yang cantik pasti akan rosak binasa dikerjakan
oleh hasil seni Farouk tu....

Tapi tahun ni ibu lihat ada kemajuan dalam teknik dia mewarna.
Agak "menjadi" walaupun bakatnya tak dapat menandingi 4Farah
terutamanya Angah dan Naurah yang pernah meraih kejayaan hingga ke peringkat kebangsaan.
Malah Naurah pernah jadi anak angkat Bank Rakyat kerana mendapat
TOP 12 di Malaysia.
Kisah Naurah....Klik SINI

Hobi baru ibu...mencanting.....

 Dalam proses mewarna....

 Hasil yang telah siap.
Ibu masih tidak puas hati kerana masih comot dan tidak kemas...........

 Farouk pun turut serta mewarna...
Hasilnya dah memuaskan hati ibu walaupun comot di sana sini.........
Maklumlah kain cotton amat sensitif bila warna-warna menitik.....cepat nampak comot....

Ibu tepek di sini untuk dijadikan kenangan sampai bila-bila.....
 Hasil seni 2 beranak...Ibu vs Farouk......
Bila ibu amati betul-betul rupanya Farouk siap ada tone warna gitu.....hehehe....




About me