Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mac 2013

Cenderahati Dari PTS.

4Farah adalah peminat tegar buku-buku terbitan PTS.
Mereka akan leka kalau dapat mengadap buku-buku itu.

Sambil beli untuk buat koleksi mereka juga gigih mengumpul keratan
 stiker untuk ditukarkan dengan hadiah.
Setiap 10 keping stiker mereka akan dapat sebuah dairy atau novel terbitan PTS.

Awal minggu ni Along dan Angah menerima 2 buah novel
terbitan PTS.
Berkat kesungguhan mereka mengumpul keratan stiker tahun lepas.
Ini merupakan cenderahati ke 3 yang mereka dapat setakat ini.
2 buah bungkusan.
1 untuk Along dan 1 untuk Angah.

Kali ni mereka dapat novel...

Berserta penanda buku...

1 Mac 2013

Red Velvet Yang Mengoda...

Sekarang ni badan ibu makin mengembang gara-gara suka makan
makanan yang banyak kalori...
Boleh dikatakan setiap hari ada je makanan yang mampu mengalakkan pertumbuhan
lemak dibadan ibu......
Kebelakangan ini ibu digoda pula dengan pavlova, melty dan kek red velvet......
Semua tu ada dijual di sekolah....huhuhu....

Kek red velvet yang nyummy....

Walaupun sekarang selera makan nasi makin berkurangan tapi selera makan
makanan yang berlemak gebuz makin brtambah.
Tengahari semalam ibu lunch dengan benda alah ni.....

Kelmarin dah order juga kek red velvet yang sedap nie daripada seorang staf di sekolah ibu...
Semalam order yang lebih besar dan hari ini order pavlova lagi dan lagi.......
Sekelip mata je habis....

Aduyaii....macam mana nie????????

27 Februari 2013

Alhamdulillah...DIA Dah Mula Berubah....

Bagi  yang sudah lama mengikut blog ibu pasti akan tahu
kisah Farouk.
Satu-satunya bujang terhangat dalam keluarga kami.
Dia berbeza segala2nya dari 4Farah.
4 Farah cemerlang dalam akademik,
dalam bidang lukisan/seni,
 dalam bidang ko-kurikulum tapi
Farouk tak sebegitu.
Farouk cuma mampu berada dalam kelompok sederhana......

Bukan kerana IQ dia berbeza dengan 4F tapi sikap acuh tak acuh dalam
melakukan tugasan yang diberi.

Sejak di tahun 1 Farouk mampu menghafal sifir hingga 9.
Bila kakak2 ajar subjek Matematik,
 dia mampu memahaminya walaupun cuma sekali diajar.
......itu bukti yang IQ dia sama seperti kakak2nya.
Cuma sikap dia amat berbeza...
Tidak tekun dalam pelajaran.
Banyak aktiviti bercakap dalam kelas.
Kurang bertanggungjawab dalam menyiapkan HW...

Alhamdulillah, sejak melangkah ke Tahun 4 sikap Farouk dah banyak berubah.
Dari seorang murid yang malas + alergik membuat homework, 
kini dia mampu lakukan tanpa disuruh.
Kalau dulu ibu terpaksa memaksa dia buat HW.
Itupun berbagai-bagai alasan dia bagi..
"Jari nak patah la"
"Penat la"
"Ngantuk la.."
" lapar...haus....letih...bla.bla..bla..."
Aduh....besar sungguh dugaan membentuk dia......


Setiap kali solat ibu tak pernah lupa hadiahkan Al-Fatihah untuk anak-anak termasuk Farouk.
Sesungguhnya Allah sering mendengar doa ikhlas dan tulus dari seorang ibu...
Syukur Alhamdulillah, semoga Farouk terus berubah ke arah yang lebih baik......
N3 ibu bertajuk "Kelebihan Al-Fatihah- Jom Kita Kongsi Rahsia"

Farouk juga dah nampak kreatif dalam bidang seni.
Lukisan terkini yang farouk hasilkan...
Kalau dulu ibu ngeri je tengok setiap lukisan yang Farouk hasilkan.
Bayangkan masa dia warna gambar haiwan sewaktu di Pra Sekolah,
habis ditibai warna hitam.
Bila ibu tanya mana hilangnya haiwan-haiwan tu dengan selamba dia kata
haiwan tu menyorok.........hahaha....

p/s:
Maaf ye sebab sejak kebelakangan ni ibu tak sempat nak balas komen
akibat kengkangan masa yang begitu  menghimpit ibu........
Komen-komen tu ibu tak pernah miss baca cuma masa agak terhad untuk
mengadap lappy.......TQSM semua!!!!!

About me