Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Januari 2013

Watikah Perlantikan dan Bantuan Awal Tahun.

Salam Maulidur-Rasul.

Agak lama juga ibu tak bercerita tentang aktiviti sekolah ibu.
Sebenarnya dah banyak juga program berjalan walaupun baru beberapa minggu sekolah di buka.....

 Isnin lepas diadakan watikah perlantikan.
Program ditapak perhimpunan terpaksa dipindahkan ke kantin sekolah akibat gerimis.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar......

 Dengan rasminya Farouk dilantik menjadi pengawas perpustakaan.

Terima kasih Ustazah Hazlina dan rakan-rakan guru kerana memberi jawatan yang tepat untuk Farouk.
Ayah dan ibu tak begitu galakkan anak-anak jadi pengawas disiplin terutama semasa
mereka disekolah rendah kerana bersebab.......
Suka suki jekan.....hehehe.......

Walaupun ibu sebagai penyelaras PSS tapi kuasa pemilihan terletak pada
guru kelas, guru-guru, guru displin, GPK2 dan Guru besar.....

Farouk tidak begitu seronok dengan jawatannya itu kerana dia lebih berminat nak jadi pengawas displin.
Ibu bertegas agar dia menjadi pengawas perpustakaan @pustakawaan agar dia lebih tekun membaca.
Jika dia jadi pustakawaan bermakna dia banyak habiskan masa di PSS sewaktu bertugas...
Motif ibu dan ayah : Secara tidak langsung dia akan membelek buku-buku itu
dan timbul rasa minat untuk membaca.
Maklum la, Farouk ni lain sikit. Dia lebih minat mengadap lappy daripada mengadap buku...
Moga Farouk juga mampu menyaingi kakak Naurah yang digelar ulat buku...

Farouk dengan watikah perlantikannya tu....

Pada 17.1.2013 telah diadakan majlis penyerahan wang bantuan awal persekolahan.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir Hamim Samuri ( Ahli Parlimen Ledang).
Ibu dah masukkan gambar tu di FB sekolah.
Tapi yang sedih dan terkilannya gambar tu jadi sensasi bila berlaku perdebatan isu-isu politik pula.
Ibu rasa agak terkilan kerana FB sekolah amat tidak 
sesuai dijadikan tempat perbincangan isu-isu politik kerana ahlinya
terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Kalau nak berkempen silalah ke saluran lain kerana FB sekolah 
sekadar memaparkan isu-isu semasa  dan aktiviti-aktiviti sekolah....huhuhu......
Siapalah kita ni kan..Nak cakap lebih-lebih nanti kena gam pulak...
Eh!!!! macam artis pulak konon............

Semoga ibu bapa menggunakan wang itu sebaik mungkin untuk anak-anak....
Jangan la sampai cikgu-cikgu asyik kena sponser buku-buku latihan dan alat tulis anak-anak
yang sentiasa tidak lengkap tu.......
Bila tanya anak-anak katanya ayah buat beli handphone baru...Walahhhhh!!!!!

23 Januari 2013

"Maid" Baru 2013

Salam rindu semua.
Mood berblog masih ke laut.....

Hari ni ibu nak cerita tentang maid yang tidak berbayar.
Last year ibu dah ada "maid" free.
Masa tu Along tamat SPM dan menunggu panggilan ke matrik.

Tahun ni ibu dapat seorang lagi "maid free".
Giliran Angah pula mengambil alih tugas Along.
Ringan la sikit tugas ibu di pagi hari.
Sekarang Angah sedang belajar memandu kereta.
InsyaAllah akhir bulan ni angah test lesen memandu.
(tak lama lagi dapat pulak "kakak supir" free...)
Sambil-sambil tu angah tolong ibu masak bila tak ada kelas driving school......

Kalau sesiapa yang sering ke blog ibu akan tahu Beby adalah masterchef kat rumah ibu.
Angah lebih suka menolong ibu dalam kerja-kerja berkaitan dengan kerja perkeraniaan.
Dan angah memang tak minat masak.
Maklumlah budak skema.....hehehe......

 Gambar kenangan angah (paling kiri) bersama best friendnya.
Ibu kidnap daripada FB kawan Angah.....

Misi utama Angah sekarang belajar memasak.
Bila Angah tak ada kelas memandu, angah akan masak untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah, setelah gigih belajar masak pelbagai resepi,
ibu akui angah memang ada bakat juga dalam memasak.
Cuma sebelum ni tak pernah ingin mencuba....

Setakat ini angah dah cuba beberapa resepi asas seperti masak kari, rose black pepper, tomyam,
 ayam masak nyum-nyum (suka suki ibu letak nama resepi tu), masak kurma
dan beberapa masakan lain...

Jom layan gambar yang sempat ibu snap.......
Gambar masakan lain ibu tak sempat snap sebab ibu makan sampai xhinggat....
Misi pertama angah belajar masak karipap.
Abaikan inti karipap yang dah mula meleleh keluar tu......

Karipap dah siap.
Dan sila abaikan bentuk karipap yang pelbagai.
Almaklum la kanzzzz......
Percubaan pertama yang berjaya walapun kulitnya agak tebal....

Tomyam ayam + udang.
Boleh tahan jugak rasanya....

 Ayam goreng rangup.....Aikkkk!!! semuanya kepak!!!! Ada 6 ketul semuanya.
3 dah di bedal oleh ibu dan farouk....hehehe.....

Apapun, setiap pembelajaran akan memberi input yang amat berguna untuk diri kita.....

21 Januari 2013

Jom Main Lego.

Salam sayang semua.
Hari ini ibu nak cerita tentang hobi baru anak-anak ibu.
Asalnya hobi Farouk dan sekarang dah berjangkit kepada si kakak-kakaknya.

Mula-mula beli sekotak seorang.
Tak cukup sekotak pergi punggah lagi.
Masing-masing nak tambah koleksi.

Ibu sekadar lepak-lepak dan memerhati anak-anak dengan tekunnya mencantum semua tu....
Leka pulak ibu tengok ana-anak main lego...
Setakat ni, ibu belum berminat nak join sekaki.......hehehe....

Beberapa objek yang telah siap dan menjadi koleksi anak-anak.







Kejap baring, kejap meniarap, kejap duduk nak menyiapkan cantuman lego....

Puncanya bermula lego yang ibu beli kat Vietnam untuk Farouk..
Bila kakak-kakak tengok Farouk tekun memasang lego tu masing-masing teringin nak jugak.

Kat sana lebih murah 2X ganda berbanding di Malaysia.
1 kotak sederhana cuma 240,000 dong=RM30 berbanding kat sini RM60.

About me