
Salam rindu semua.
Ibu dah selamat landing kat rumah pagi semalam.
Tiba di rumah ibu dah penat sangat2 dan terpaksa menghadiri jemputan kawin hingga ke hari ni.....
Internet pun buat hal.
Nak upload gambar pun bermasalah.....huhuhu..
3 minggu bercuti tanpa blog dan FB.
Perjalanan dari Muar-->Kuantan--->Terengganu--->Kelantan--->Perak--->Muar
dalam masa 3 minggu...
Ibu betul-betul habiskan masa berkualiti bersama keluarga...
Kerja kami anak beranak makan, jalan, makan, jalan...sambil habiskan duit..
Sampai nak snap pic pun dah lupa.
Tersadai kamera dalam hbag.
Masa di kampung kat Kelantan, ibu diraikan dengan BBQ oleh Kak Long dan Atie..
Ada kambing, ayam, ikan dan macam-macam lagi.
Ibu tibai makan kambing sampai nak pitam......ngee...
Ibu banyak habiskan masa dengan mama.
Rasa seronok sangat melihat kesihatan mama yang agak baik dengan kehadiran kami.
Masa di Kelantan, sempatlah ibu dan anak-anak bershopping sakan.
Itulah aktiviti feveret ibu dan anak-anak......
Sempat ke bazar Tok Guru.
Terjumpa kuih belimbing kegemaran ibu sejak di kolej.
Dah lama sangat2 teringin nak makan.
Mula-mula beli RM2 ( 8 biji ).
Makan tak hinggat.
Kak Long ibu belikan lagi RM3 untuk ibu.
Aduyai dasyat sungguh ibu ni makan..
Macam dynasor......huhuhu.......
Tengok penimbang pun ibu dah risau......