![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Bukan ingin mendabik dada.
Semua catatan di sini sebagai dairy kenang-kenangan buat kami sekeluarga..
Kegembiraan hati seorang ibu bila dihadiahkan dengan kejayaan anak-anak.
Siang malam pasti seorang ibu tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak...
Hish!!! lain macam je bunyi ayat ibu.....hehehe......
Maaf ye, ibu ni tak pandai menulis.
Sekadar membuat catatan mengikut kata hati....
N3 terperam lagi akibat kesibukan ibu disaat akhir hari persekolahan.
Biar macam mana pun kesibukan ibu,
ibu cuba pastikan dairy ini ada catatan.....
Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Anugerah berjalan serentak.
Majlis 2 in 1....
A. Khatam Al-Quran.
Naurah mengenakan baju nikah yang ibu pakai 20 tahun yang lalu.
Anak-anak terperanjat melihat saiz baju ibu "xs" suatu masa dulu dan kini telah mengembang
dengan begitu dasyat sekali....huhuhu......
Majlis 2 in 1....
A. Khatam Al-Quran.
Naurah mengenakan baju nikah yang ibu pakai 20 tahun yang lalu.
Anak-anak terperanjat melihat saiz baju ibu "xs" suatu masa dulu dan kini telah mengembang
dengan begitu dasyat sekali....huhuhu......
Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai....
Naurah bersama-sama rakan2 diraikan di majlis khatam al-quran secara rasmi..
Kali pertama Naurah khatam sewaktu melangkah Tahun 1.
Ini adalah khatam yang ke 4-5 buat Naurah....
Naurah......
Bunga Pahar untuk ustaz yang mengajar Naurah dan 4F lain mengaji.
Terima kasih Ustaz kerana mengajar anak-anak ibu mengaji dengan begitu baik sekali.
Mereka juga pandai bertaranum......
Syukur Alhamdulillah mereka khatam seawal usia 7-9 tahun.....
B. Hari Anugerah Kecemerlangan
Sesi ke 2 pula diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.
Ibu pun tak sempat nak tengok kakak Naurah terima hadiah.
Ibu pun tak tahu hadiah apa yang Naurah terima turun naik pentas
lebih kurang 8-9 kali......
Gambar ni pun ibu ambil dari FB sekolah....
9 hadiah yang Naurah terima pada Hari Anugerah kecemerlangan....
TAHNIAH anak-anak ibu kerana memberikan hadiah yang sangat berharga buat ibu dan ayah di hari ulang tahun perkawinan ibu dan ayah yang ke 20 tahun ....
Ibu sentiasa berdoa agar anak-anak ibu menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat...
InsyaAllah........
p/s:
Terima kasih di atas ucapan dan doa2 sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah....
p/s:
Terima kasih di atas ucapan dan doa2 sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah....