
20 tahun lalu sewaktu ibu masih berstatus pelajar ibu telah bergelar seorang isteri.
Dalam keadaan tidak bersedia dan tanpa rasa cinta ibu menerima
ayah seadanya.
20 tahun bukan jangka waktu yang singkat.
Terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah ibu tempuhi bersama ayah.
Perbezaan usia yang agak jauh menjadikan kami seperti adik dan abang,
Faktor perbezaan usia menjadikan rumahtangga kami tidak alami banyak masalah.
Ayah lebih banyak mengalah dan berdiam diri.
Dengan sikap ayah yang pendiam dan ibu seorang yang sentiasa ceria.
Terlalu banyak perbezaan antara kami menjadikan bonus untuk saling melengkapi
antara satu sama lain.
Dan ibu bersyukur kerana kami dikurniakan 5 orang permata hati yang amat bernilai.
Terlalu banyak rahmat dan kurniaan dari Allah buat kami.
Ya Allah,
Semoga kebahagiaan kami kekal hingga ke syurga..
Dan jadikan kami insan2 yang sentiasa bersyukur dengan kurniaanMu Ya Allah......aminn.....
5 orang buah hati ibu dan ayah... .......




