Dah petang baru ibu sempat mengadap lappy dan membuat n3.....huhuhu
Hari ni Hari Lahir Beby yang ke 16 tahun..
Satu lagi anugerah yang tidak ternilai yang Allah
kurniakan pada ibu dan ayah.
Ibu dan Ayah amat bertuah kerana diberi
kesempatan untuk membesarkan Beby.
Seorang anak yang punya kelebihan tersendiri.
Walaupun dipandangan mata kasar Beby nampak agak
kasar berbanding 3Farah tetapi Beby mempunyai
hati yang penuh limpahan kasih sayang dan perihatin.
Beby sanggup berkorban demi orang-orang tersayang......
Dan Beby juga tidak pernah menghampakan ibu dengan menghadiahkan ibu kecemerlangan
dalam setiap peperiksaan yang beby lalui....
Ibu memanjat doa agar Allah kurniakan Beby
kesihatan yang baik,
terus menjadi anak yang bijak dan pintar,
sentiasa dilindungi Allah,
Dan harapan ibu agar beby menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Amin....
Puteri ke 3 ibu , Farah Najdah a.k.a beby.
Gambar selingan.
Ibu kidnap daripada FB Beby.
Gambar ni peristiwa 2 minggu lepas semasa Beby and The Geng menerima
anugerah "Penampilan Khas" untuk editor sekolah.
Kalau tak silap ibu, Angah juga menerima "Anugerah Khas Pilihnan Juri."
Klik ke
SINI untuk melihat hasil sentuhan Beby dan rakan-rakan dalam
menghasilkan blog KOKO SMKBG.
SELAMAT ULANG TAHUN.
SEMOGA HIDUP BEBY TERUS DIBERKATI ALLAH...
Aminn.....
ps:
Masih dalam situasi kesibukan yang melampau
dan mood berblog yang merudung......
Maaf ye jika ibu masih belum berkesempatan berkunjung ke rumah kalian....