Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Julai 2012

Tahniah Beby, Terima Kasih Open University Malaysia (OUM)

Pada n3 yang lepas ibu ada buat kisah Beby terpilih mendapat tajaan Kelas Bahasa Inggeris
OUM (Open University Malaysia).
Klik SINI .
Cuma 20 orang pelajar dipilih sertai kelas ni setelah diadakan ujian dan tapisan.

Syukur alhamdulillah kerana kelas berjalan dengan lancar mengikut jadual
setiap petang Jumaat dan pagi Sabtu.
Yang paling bestnya, kelas ini lebih ke arah menantapkan interaksi dalam Bahasa Inggeris
dan pelbagai aktiviti menarik
seperti drama, coral speaking, membuat cup-cake dan macam-macam.

Penaja Beby, OUM......Terima kasih OUM......

Pada 2 minggu lepas kumpulan Beby seramai 20 orang telah dibawa
untuk menyertai karnival peringkat daerah di SMK Dato" Sri Amar Diraja, Muar.

 Sijil yang Beby dapat hasil daripada penyertaan itu....

Pasukan Beby telah mendapat Tempat Pertama dalam  Choral Speaking Competition.

Mereka juga meraih Tempat ke 3 dalam  Readers Theatre Competition.

hadiah sampingan yang Beby dapat.

Sekarang Beby mampu menjadi mentor kepada rakan-rakan
dalam subjek Bahasa Inggeris.
Cuma ibu risau dengan subjek Bahasa Melayu Beby.
Ibu pun hairan kenapa semua anak-anak ibu lebih
cenderung dalam Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda sedangkan
setiap hari ibu berinteraksi Bahasa Melayu standard dengan mereka.....

TAHNIAH Beby, ibu bangga dengan kejayaan anak-anak ibu.....



18 Julai 2012

Mohon Doa Semua

Keluarga ibu diuji lagi.
Setelah beberapa bulan lepas kami diuji dengan kesihatan Wan Qaisara Balqis
kali ini kami diuji dengan keadaan yang hampir sama.

Semalam ibu mendapat khabar gembira dengan kehadiran orang baru
dalam keluarga kami, Ahmad Affan Shahim.
Anak ke 4 kepada adik ibu, Dr Ahmad Zakimi dan isterinya Rohaita.

Tiba-tiba sebelah malam ibu dapat perkhabaran sedih.
BB Affan di masukkan ke NICU kerana ada masalah pernafasan.
Sedih bila ibu terima gambar yang adik mie upload di FB family kami.
Rasa ingin ibu terbang ke sana.
Tak sanggup menatap tubuh kecil ini.
YA ALLAH,
Aku bermohon padaMu.
Kau selamatkan anaknda kami ini.
Berilah peluang untuk anaknda Affan untuk berada disisi insan-insan yang menyayangi dia.
Sembuhkan anaknda Affan.
Beri lah kami ruang untuk mencurahkan kasih sayang padanya......Ameen....

17 Julai 2012

Masuk Berita Harian Lagi.....

Sila jangan jeles + muntah ye bila baca tajuk n3 tu ......
Alahai ibu ni, siapa la nak jeles sekadar menempel kat surat khabar tu .
Bukan berita sensasi pun....

Hari Sabtu ibu terima mms dari rakan ibu seorang wartawan.
Katanya ada keratan berita di Berita Harian tentang kejohanan olahraga sekolah ibu
Padahal kejohanan olahraga tu dah beberapa minggu berlalu.
Hari Kejohanan Olah raga...klik SINI .
Ini cerita basi la....hu.hu.hu.hu.....
Basi pun basilah..... 


Keratan Akhbar BERITA HARIAN 14.7.2012
 Ce teka, mana muka ibu......
Ibu sekadar menempel...
Ibu bukan dari pasukan purnama tetapi suka suki menempel kat situ......lalalala.....

Oklah kalau tak jumpa....
Ibu yang pakai tudung hijau tu....yelah ibu guru penasihat pasukan hijau @ saujana,
mesti la kena sokong rumah hijaukan..Baju + tudung ibu berwarna hijau tau..
Tapi sayangnya rumah pasukan ibu kalah teruk tahun ni tau......huhuhu....

Kalau nak tengok koleksi berita kami di surat khabar sila klik SINI ....
Dah banyak jugak tau...
Semua tu secara kebetulan...
Cuma ibu terkilan kerana keratan akhbar tentang ayah semasa
mewakili Cuepecs dalam persidangan hilang..
Besau  gambar ayah dan jadi berita utama tau.......hehehe......

About me