Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Jun 2012

Hari Terbuka

Minggu ni agak sibuk.
Kelmarin berkejar-kejar dipadang untuk latihan sukan/olahraga.
Semalam cikgu pula kena kejar oleh ibu bapa.

Hari ni ada 2 program serentak, Hari Terbuka dan Perjumpaan Khas Ibubapa Thn 6.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Prestasi si bujang Farouk ada peningkatan.
Syukur Alhamdulilah.
Tak sia-sia perubahan sikap farouk kebelakangan ni....

Cuma ibu agak kecewa kerana prestasi Naurah agak merosot kali ni.
Naurah berada dirangking ke 3 keseluruhan Tahun 6.
Bila berbincang dengan cikgu kelasnya Miss Helen,
punca permasalahan Naurah ialah dalam penulisan
Bahasa Inggeris.
Menurut teachernya Naurah cuba melakukan kelainan dalam mengarang.
Mungkin belum tahapnya lagi untuk mengarang dalam
bentuk aras tinggi seperti pelajar sekolah menengah.

Ibu tahu Naurah amat meminati Bahasa Inggeris.
Dia suka cabaran.
Cuma percubaan kali ini memerangkap dirinya sendiri.
BIla mengarang dia menggunakan bunga-bunga bahasa dan dari itu
Naurah melakukan beberapa kesilapan dalam struktur ayatnya.........
Dan akhirnya markah Bahasa Inggerisnya juga jatuh ke tempat ke 3 keseluruhan tahun 6.
Moga Naurah mampu menaikkan semula rangkingnya
pada peperiksaan percubaan UPSR nanti.
InsyaAllah........



13 Jun 2012

Rezeki di Bulan Jun.....

Bahagia bila sentiasa diingati oleh orang-orang disekeliling.....
Setiap kali cuti pasti ada saja cenderahati yang akan ibu terima......

 Key chain pemberian dari rakan sekerja ibu yang bercuti 
di Australia (Miss Helen), Krabi Thailand(Mizah) dan Pulau Langkawi (Kak Mas).
TQSM kerana sentiasa mengingati diri ini.....

Hadiah sepasang baju kurung Pahang hadiah daripada kak long ibu.
TQSM kak long kerana sentiasa mengingati adik kak long sorang ni.

Shawl pemberian adik ibu, Kie yang dibeli semasa dia ke Vietnam......
Memang sepadan untuk dipakai dengan baju kurung pemberian kak long....
TQSM dik.....

Sebuah handbag daripada kulit yang cantik sangat-sangat..
Handbag ni juga pemberian daripada adik ibu yang dibelinya kat China.
Macam sepakat je depa beli barangan tu untuk ibu...MACHING la!!!!
Suka1000X......

Terima kasih semua diatas ingatan.
Semoga rezeki kalian bertambah murah.....amin....

p/s:
Petang ni ibu akan ke suatu destinasi.........?????????

Kisah Hari Ini di Tangkak.....

Hari ini ibu dan Guru Besar dijemput hadiri satu Majlis di Tangkak.
Perjalanan dari sekolah ibu ke Tangkak mengambil masa 15-20 minit.
Seramai 33 orang wakil GB/GPM seluruh Daerah Muar/Ledang.
Ibu dan GB satu-satunya wakil dari zon kami......

 Kuatkan diri memandu ke Tangkak....
Tersenyum bila Guru Besar menyapa:
"Alahai awak ni Z, kuat betul semangat awak...Dalam tak sihat masih tetap ceria....."
Itulah ibu........agak-agak boleh jadi pelakon tak??????

Program bermula pada 8.30 pagi dan berakhir dalam 1.00 petang.
Sebenarnya kami dijemput untuk meraikan kejayaan sebuah sekolah dalam daerah kami yang
berjaya menrangkul gelaran PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
Memang ibu sangat-sangat kagum melihat panorama sekolah ini dan SKL memang layak
merangkul gelaran juara dengan menyandang hadiah RM10,000.

Diakhir program kami dibawa melawat keseluruh kawasan sekolah.
Selesai jamuan ibu dibisikan dengan suatu berita yang tidak enak didengar....
"Z, awak kena bersedia ye kerana tahun ni sekali lagi PSS SK awak dicalonkan...
Kalau tahun lepas awak dikalahkan oleh SKL ni, mungkin tahun ni awak boleh...."

Cukuplah.....cukuplah......Ibu dah tidak mampu lagi!!!!!
Ibu dah tak sanggup lagi diserbu..... 


About me