Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Mei 2012

Kau Mengujiku...

MasyaAllah, 
"Astaghfirullah hal azim" mengucap panjang dulu sebelum ibu mulakan n3 kali ini.
Semalam ibu betul-betul teruji dan diuji.
Tahap kesabaran ibu melayang entah ke mana.
Kalau nak dibandingkan dengan "tarzan" di hutan rasanya suara ibu lebih power.
Kalau ada gelas kristal rasanya boleh retak menanti belah.
Nasib baik bangunan sekolah tak retak.......

Entah kemana hilangnya sifat penyayang, simpati, kasihan...
Hati membara + mendidih + mengelegak + terbakar....
Bila melayan kerenah si A.
Sepanjang ibu bergelar guru, inilah rasanya kali pertama ibu
begitu hilang sabar dan naik hangin.
Sikap A bukan saja mencabar ibu tetapi guru-guru lain yang mengajarnya.
Kedegilannya menguji kami.
Buat la macam mana, 
jeritlah macam mana, 
marahlah macam mana,
ajarlah macam mana,
cakaplah macam mana..lembut, pujuk , kasar, marah...
langsung tak memberi apa-apa makna.
Seolah-olah bercakap dengan patung a.k.a kayu a.k.a batu.
Si A akan buat tak tahu...membatu dengan mulut melopong.....

Tapi yang menguji kami, 
si A ni pandai pula mengajuk percakapan cikgu-cikgu, 
mengejek-ngejek bila nampak cikgu-cikgu lalu diluar kelas,
menyumpah-seranah cikgu dalam senyap..
(pada anggapannya cikgu tak dengar apa yang diperkatakan itu)
memanggil cikgu sesuka hati dengan gelaran 'wak', 'orang tua tu',
" cikgu singa"......Aduh!!!!!.

Ya Allah, ibu sedar ...
A dipilih untuk menguji kami..
A dipilih untuk mengajar kami erti kesabaran...
A dipilih untuk memberi kami pahala berganda..(itu pun kalau punya tahap kesabaran yang tinggi)
A dipilih untuk kami muhasabah diri........
Semoga kami terus sabar melayan kerenahnya yang terkadang membuat
ibu hilang pertimbangan.........

Terkadang ibu tersentap dan terfikir.
A seorang budak mentah,
Anak kecil yang tak tahu apa...
A juga punya hati dan perasaan...
Seorang anak kecil yang lahir dari sebuah keluarga miskin dan bermasalah.
Kehadirannya tiada apa-apa keistimewaan.
Namun A mampu mengegarkan hati dan naluri kami....
Moga kami terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayan kerenahnya...

"Astaghfirullah hal azim......"

antara barisan guru-guru....terselit ibu disitu..
antara barisan anak-anak murid...... terselit si A disitu.
Agak-agak yang mana si A tu..
Ce teka??????

Cuti Ini dan Kelas Tambahan....

Hari ni sk ibu baru adakan peperiksaan pertengahan tahun.
Itu tandanya cuti nanti bercutilah ibu dengan menanda kertas-kertas tu......
Takpelah, dah tugas ibu.
Mendapat rezeki pun dari situ.
Yang penting dapat settlekan kerja-kerja itu sebelum bercuti.

Mungkin ibu terpaksa  gunakan akta paksaan
pada anak-anak pada minggu ke 2 cuti sekolah.
Tiada kelas tambahan,
 tiada aktiviti sekolah ye ibu dan anak-anak.
Belajar, belajar jugak, ikatan kekeluarga yang paling penting dalam hidup........

Maklumlah anak-anak ibu bergantung sepenuhnya
pada tuisyen di sekolah semata-mata.
Anak-anak ibu tidak merasai tuisyen luar macam anak-anak orang lain.
KENAPA??????
Sebabnya ibu rasa tuisyen itu sudah memadai buat mereka.
Yang penting mereka ada semangat untuk belajar.
Alhamdulillah setakat ini mereka juga mampu meraih kecemerlangan......
 

21 Mei 2012

Kuih Abuk-abuk

Saja petang-petang ni nak layan gambar kuih.
Sebenarnya tak de mood nak update blog.
Idea melayang ke laut......

Kuih feveret ibu ni.
Orang Muar panggil abuk-abuk.
Ibu pun tak pasti dari mana dapat nama tu...
Yang penting sedappppp.......

Kalau ada jual kat kantin mesti ibu beli.
Ibu suka sangat kuih berasaskan sagu......

Resepi di bawah ni ibu kidnap daripada en google....
Ada masa nanti teringin nak masak.....


BAHAN-BAHAN :
300 gram sagu biji
½ biji kelapa parut
1 cawan gula melaka (dipotong kecil)
Daun pisang (dipotong segi empat sama)
Garam
Lidi
2 helai daun pandan


CARA-CARA:
Siram sagu dengan air bersih dan toskan.
Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. 
Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong
Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh
Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah
Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong
Lipatkan kelonsong daun pisang dan cucuk batang lidi supaya kelongsong jadi kemas.
Kukus selama 30~40 minit

p/s:
Terima kasih di atas nasihat yang rakan2 berikan.
Terubat kesedihan hati.
Tapi bila dah terluka pasti akan ada parut yang tertinggal....
Moga ibu dan rakan-rakan mampu lakukan tugas kami tanpa gangguan....

About me