Kisah "Misteri Nusantara" berulang lagi.
Malam tadi ibu ada kelas malam macam rutin.
Malam tadi ibu ada kelas malam macam rutin.
Seminggu sekali bermula pukul 8.00 -10.00 malam..
Nak jadi cerita, pada sebelah siangnya ibu sempat bersembang
dengan Miss Wee tentang kejadian-kejadian mistik di sekolah ni.
Maklumlah Miss Wee baru lagi di SKPK.
Gambar yang ibu snap sebelum "misteri nusantara" menyelubungi....
Cikgu kami lapar la....Boleh makan tak?????
Gelagat anak-anak didik ibu..Sambil belajar sambil makan.
Belajar dalam santai.......
Ilmu dapat, perut kenyang.....
Farouk pun ikut ibu malam tadi....sebagai body guard....
Cikgu kami lapar la....Boleh makan tak?????
Gelagat anak-anak didik ibu..Sambil belajar sambil makan.
Belajar dalam santai.......
Ilmu dapat, perut kenyang.....
Farouk pun ikut ibu malam tadi....sebagai body guard....
Malamnya kelas berjalan seperti biasa.
Dan macam kebiasaan ibu akan beri "take 5" kepada anak-anak
didik untuk ke tandas.
Maklumlah malam-malam,
ibu suruh mereka buat rombongan kalau nak ke tandas.....he.he.he...
ibu suruh mereka buat rombongan kalau nak ke tandas.....he.he.he...
Tiba-tiba bila balik tandas ibu lihat beberapa orang murid berbisik-bisik
sesama mereka.
Pelik + hairan juga ibu kerana selama ni kalau balik tandas
bukan main meriah lagi budak-budak ni mengusik kawan-kawan.
Kali ni muka mereka macam pucat je...
Tiba-tiba Adam bersuara :
"Cikgu, kami nampak kepala orang di atas koridor tingkat 3 di blok baru"..
"Kepala je cikgu, tak ada badan..
Meremang bulu roma ibu seketika..
Ibu : Biar betul awak ni...pak cik jaga kot.....perasaan awak je tu.
Itulah suka sangat pergi tandas...
Itulah suka sangat pergi tandas...
Latif : Betul cikgu...sumpah..saya pun nampak....
Shaza : Betul cikgu, saya pun nampak,..ada kepala je tetapi tak ada rupa..
serba putih.....eeeeeeee...seramlah!!!!!
Becok masing-masing bercerita dan menambahkan perasaan seram ibu.
Ibu : Dah...dah..baca surah banyak-banyak. Perasaan awak je tu..
Entah-entah bayang pokok.......
Ibu sebenarnya nak sedapkan hati sendiri yang dah tak tentu arah.
Mana logik ada bayang pokok di tingkat 3...walah!!!!!
Lebih-lebih lagi ibu tengah "bercuti"....hu.hu.hu....
Bukan sekali dua peristiwa sebegini berlaku malah berkali-kali.
Bulan lepas pun dah kecoh Pak guard terserempak
dengan makhluk tidak berkepala.
Makhluk tu siap kejar Pak Guard sampai ke pintu
hadapan sekolah.
2 hari kemudian pak guard tu letak jawatan dan demam berpanjangan..
Ya Allah, ibu mohon perlindungan dari MU.
Lindungilah kami dari perkara-perkara buruk serta yang tidak diingini.
Ibu tiada pilihan lain selain meneruskan kelas malam demi
anak-anak didik ibu.
Ibu terpaksa juga teruskan walaupun sering diselubungi ketakutan dan misteri.
Semoga Allah sentiasa melindungi ibu serta anak-anak didik ibu....
Doakan kesejahteraan kami semua.......amin....