Tajuk gempak je tu.
Beby a.k.a baru form 4.
Takkan dah masuk U kot???????
Kisah ni adalah kisah lapok sebenarnya.
Tapi dah namanya dairy keluarga, setiap peristiwa mesti ada coretannya.
Akhir bulan Mac lepas Beby menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris.
Masa Beby beritahu ibu, memang ibu tak ambil kisah sangat.
Maklumlah, Beby ni kalau bercerita kecoh semacam je..
naik bingit telinga ibu dibuatnya.....
Beby duduki peperiksaan anjuran YPJ-OUM
bagi memilih beberapa orang pelajar
cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris.
Minggu lepas kecoh lagi si beby nie.
Katanya dia dapat Top 3 dalam exam tu....
Syukur Alhamdulillah Beby mendapat Top 3 / 250+ pelajar
yang menduduki ujian kelayakan itu..
Seramai 25 orang pelajar terpilih untuk mendapat sponser Kelas Bahasa Inggeris
tajaan OUM dengan tenaga pengajar dari sana.
Kelas itu diadakan 2X seminggu dan akan diadakan di sekolah.....
Hari Jumaat lepas kelas pertama telah dijalankan.
Bukan main gembira lagi Beby bila balik bercerita.
Katanya seronok sebab kelas tu dipenuhi dengan
sesi soal jawab, public speaking, berdebat dan sebagainya.
Beby ni seorang yang suka kepada cabaran......
Hari Jumaat lepas kelas pertama telah dijalankan.
Bukan main gembira lagi Beby bila balik bercerita.
Katanya seronok sebab kelas tu dipenuhi dengan
sesi soal jawab, public speaking, berdebat dan sebagainya.
Beby ni seorang yang suka kepada cabaran......
Ibu berharap moga Beby tidak sia-siakan peluang ini..
Bukan senang nak terpilih dan yang penting tenaga pengajar adalah
dari kalangan orang-orang yang berpengalaman dan diketuai oleh
seorang prof. dari OUM....
Kelas juga adalah tajaan mereka.....
Faham-faham jelah puteri ke 3 ibu nie.
Banyak sangat penyakit "M" dia...........
Beby dibekalkan dengan 2 buah buku untuk first series.....