Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 April 2012

Angah Pandai Berpantun????

Hari  ni Angah mewakili sekolah dalam 
Pertandingan Pantun Peringkat Daerah
di SMK Sri Menanti.
Tak tahu la pulak ibu yang Angah a.k.a Farah Nadiah ni pandai berpantun bagai.
Bulan ni angah ada pertandingan berbalas pantun final .
Good Luck Angah!!!!!!



p/s:
Pagi tadi terima call dari PKG:
"Kenapa cikgu tak hadiri kursus hari ni??????"
"Maaf saya tak terima sebarang surat dan hari ni saya cuti sakit..."
Takde pulak ibu terima surat panggilan kursus...alahai.....

Tewas Juga Akhirnya...

Semalam ibu pergi sekolah dengan mata yang bengkak dan merah.
Kepala berdenyut-denyut.
Macam yang ibu cakap,
ibu jarang sakit tetapi bila kena memang teruk....
Masih berdegil.

Dah 2 malam Ayah jadi mangsa ibu...
Semalaman tangan Ayah memicit-micit kepala dan tengkok ibu.
Pantang tangan Ayah berhenti, ibu cubit2 kejutkan Ayah...ngee.....

Balik sekolah petang semalam ibu terus ke klinik.
Dapat cuti 2 hari, hari ni dan esok.
Terpaksa akur.....
Hari ini dan esok ibu terpaksa terlantar di rumah...hu.hu.hu......

p/s:
Hari ni Angah ke SMK Sri Menanti kerana sertai pertandingan
Pantun Peringkat Daerah Muar/Ledang.
Good Luck Angah.........

2 April 2012

Projek Jahitan Manik Pink

Petang semalam kepala ibu dah ok.
Terima kasih semua di atas doa-doa.

Bila dah ok, mulalah ibu tercari-cari sesuatu untuk dikerjakan.
Semasa menyelongkar almari terjumpa sepasang baju kurung.
Dah lama ibu jahit baju ni tetapi belum berkesempatan nak pakai.
Baju ni kosong tanpa ada apa-apa aksesori.
Stok manik masih ada.
Maka bermulalah projek ibu.........
entah bunga apa ibu pun tak tahu.
Main jahit je.
Kelopaknya masih tidak kemas sangat.
Ada yang kembang, dan ada yang macam nak gugur....he.he.he......

About me