![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Bila kesedihan melanda , ubat yang paling mujarab bagi ibu ialah melukis.
Terapi minda yang amat-amat berkesan pada ibu.
Hari ini ibu menyendiri.
Membawa diri yang gundah gulana disuatu sudut yang terpencil di blok B.
Suatu tempat yang mampu membuat hati ibu tenang.
Sendirian melayan kesedihan diri dengan aktiviti menconteng dinding....
Berbekalkan warna dan berus....
Memerah otak untuk merealisasi sebuah karya yang tidak seberapa.
Melahirkan seorang watak Iman Amsyar, abang kepada Baby Qaisara Balqis.
Seorang abang yang tidak sabar-sabar ingin melihat adiknya membesar dengan sihat....
Disamping itu ibu menzahirkan seorang gadis kecil yang ibu namakan Qaisara Balqis.
Seorang bayi kecil yang akan membesar dengan sihat seperti
yang ibu coretkan di dinding ini.....
Inilah doa ibu,
inilah harapan ibu....
Wahai Qaisara Balqis....
Dan hari ini, ibu sampai terlupa makan dan minum.
Waktu rehat berlalu tanpa ibu sedar.
Leka......di suatu sudut ini....
Kalau berterusan, merupakan petanda yang baik untuk ibu jadi langsing....
Demi mencari ketenangan jiwa yang dalam kerisauan...
Merawat hati yang tidak keruan.......
Rakan-rakan tercari-cari kemanakah hilangnya ibu hari ini.
Cikgu H merindui teman bergaduhnya...
Anak-anak murid sibuk datang ingin membantu........
Semua itu tidak melemahkan semangat ibu untuk terus melukis....
Dan esoknya ibu akan ke sini lagi membawa diri .
Untuk seketika waktu ibu jauh dari gelak ketawa rakan-rakan.
Semoga ibu mampu merawat kedukaan dan kesedihan ini..
p/s:
Qaisara Balqis, kau sering dalam ingatan ibu.
Namamu sering di dalam doa2 ibu.
Teruskan berjuang untuk melawan kesakitan itu.......