Cuti 4 hari Ayah sempat bawa anak-anak ke percutian singkat.
Niat hati nak pergi bercuti ke destinasi yang lebih menarik
tetapi terpaksa dibatalkan disaat akhir memandangkan lebuhraya telah dibanjiri dengan ribuan kereta,
Ayah terpaksa melencong ke Melaka.
Itu pun memakan masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi......
Tempat yang dituju tidak ada dalam perancangan kami.
Tapi demi tidak menghampakan anak-anak.....
Akhirnya kami tiba di Melaka Planetarium.
Farouk dan Naurah yang teruja sedangkan 3 farah macam tak begitu seronok.
Along : "Rasa macam budak-budak sekolah la datang sini ibu..."
Amboi-amboi, mentang-mentang la baru habis sekolah......
Along Posing dipintu masuk.
Bayaran RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.
Kami pun hairan kerana tidak ramai pengunjung.
Rupanya di dalamnya tak begitu menarik.
Tak banyak pameran dan bahan yang menarik.
Tak berbaloi Ayah melabur RM66 untuk masuk.
Tidak seperti di Petro Sains yang tidak jemu dimata Farouk dan Naurah
walaupun dah berkali-kali ke sana.
Kebetulan semasa sampai kami sempat menonton wayang 3D yang berkisar tentang angkasa.
Memang sistemnya canggih dan kami duduk dikerusi dalam keadaan baring dan menonton
dan skrinnya berbentuk bulat terletak dibahagian bumbung......
Masa tu ibu sempat lelapkan mata.....
Boring!!!!!.
Wajah-wajah yang tidak ceria.....
Mereka kata boring.......
Pintu gerbang di bahagian hadapan.
Seni binanya menarik tetapi isinya.......????????
Lorong menuju ke tempat parking kereta, perpustakaan dan galeri....
Ayah yang "over" masuk ke dalam kapsul angkasa....
Alahai siap berebut dengan anak-anak.....
Giliran Beby dan Naurah...
Beby, Ayah, Farouk dan Naurah je melayan semua benda alah kat dalam ni.
Ibu ,Along dan Angah bosan menanti.....
Mungkin ini kali pertama dan terakhir kami ke sini....
Destinasi kami yang seterusnya........tungguuuuu!!!!!!
p/s:
Perkembangan terkini baby Qaisara.
Ibu sudah mampu menarik nafas lega.
Terima kasih untuk kesekian kalinya untuk doa rakan-rakan.
Teruskan berdoa untuk Qaisara.
Allah kurniakan keajaiban kepada qaisara berkat doa2 kita..
Doa yang tulus dan ikhlas dari rakan2 ibu...
Perkembangan yang amat membahagiakan kami.
Baby Qaisara sudah mampu bernafas tanpa mengunakan
alat bantuan pernafasan.
Semua wayar2 dimulut dan dibadannya sudah ditanggalkan.
Baby Qaisara sudah mampu minum susu mamanya.
Dan yang amat membahagiakan ibu bila mendengar suara ceria
mama Qaisara.
Cuma Qaisara masih di ICU dan perlu pemantauan khusus.
Masih dalam keadaan berjaga.......
Mungkin Qaisara perlu tinggal disana selama 10 hari........
Salam dari mama Qaisara untuk semua :
6.00 petang
"Kak, sampaikan salam buat semua rakan-rakan blog dan FB akak.
Tidak terbalas segala jasa rakan2 akak yang tidak jemu mendoakan Qaisara.
Terharu dengan keikhlasan dan ketulusan rakan2 akak.
Tidak terbalas rasanya jasa2 mereka.
Atie doakan agar Allah memberi ganjaran yang tidak terhingga buat mereka.....
Atie amat2 terharu......."
sms terkini dari mama Qaisara a.k.a Atie:
11.50 mlm
Alhamdulillah, mesin utk prgerakan nadi n oksigen pun telah dibuang.
harap akn ada lagi perkembangan positif.
Terima kasih semua kerana tidak jemu-jemu mendoakan Qaisara.
Alhamdulillah.
Kisah Qaisara Balqis..